"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Bila SUAMI atau AYAH diistihar DAYUS???


Salam TK kepada semua rakan-rakan dan pengunjung Tazkirah Kejap. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga beliau. Moga-moga hari ini kita beroleh rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. Ikhlaskan niat hari ini untuk mempelajari dan mencari ilmu Allah s.w.t yang luas di seluruh bumi ini.

                Hari ini TK akan membawakan sebuah tajuk yang sungguh penting di zaman sekarang. Memandangkan maksiat begitu banyak berlaku dimana-mana sahaja. Bila lihat anak-anak gadis yang rosak dengan cara pakaian dan pergaulannya. Pusat hiburan yang semakin banyak di Bandar, sudah menjadi ‘trend’ anak muda sekarang.

                TK ingin memberikan info “Siapakah DAYUS??”. TK mulakan entri ini dengan sepotong hadis daripada Rasulullah s.a.w.

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما    الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله


Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA" - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Lemahkah AKU dalam keluarga...


Salam kunjungan bagi rakan yang baru menemui ruangan Tazkirah Kejap. Setelah bertahun menyediri tidak menulis, hati tetap berbicara ‘tulislah..tulislah…tulislah’ agar diri ini sentiasa teringatkan siapakah diri kita ini. Hari ini TK hendak bawakan sebuah entri bertajuk Lemahkah Aku dalam keluarga lanjutan Atok sudah berpesan.

                Dahulu TK seorang yang biasa dan suka kepada hiburan. Maklumlah masih kecil seusia sekolah rendah. TK tidak mengerti apa erti kehidupan. Kenapa kita perlu hidup. Adakah untuk makan supaya kenyang. Adakah untuk minum supaya hilang haus. Adakah untuk bermain dengan rakan-rakan supaya hilang kedukaan atau kesedihan. Namun fikiran selalu mengiakan walaupun hati berkata ‘tidak’.

Bila ATOK sudah berpesan...

Gambar Hiasan


Salam semua pengunjung yang dihormati dan dirahmati Allah s.w.t.. Alhamdulillah hari ini kita bahagia dan gembira disamping keluarga. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan nikmat bahagia tersebut. Hari ini TK hendak kongsikan sebuah kisah yang menarik dengan seorang tua dan budak kecil.

                Mereka berbual dengan rancak tanpa menghiraukan orang disekelilingnya. Berlakulah soal jawab antara mereka. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tegap dan gagah di hadapan mereka. Mengikut adat dalam Islam pemuda tadi haruslah memberi salam kepada yang duduk lebih-lebih lagi yang duduk di situ adalah golongan yang lebih tua. Maka berlakulah konflik atau persoalan anak kecil tadi dengan orang tua tersebut.

        “Atok..kenapa pemuda tadi muka masam je??”

Kisah TOK IMAM dengan MAT LEPAK..!!

Gambar Hiasan

Salam semua kawan-kawan yang dihormati. Dalam kita berbincang dan berbual di ruangan maya ini ada segelintir yang menganggap web agama kebanyakkan membosankan. Tambahan lagi kurang siapa yang kurang faham tentangnya. Lebih-lebih lagi, jika sudah habis baca pun masih tidak faham. Pada peringkat ini sebenarnya kita kena selitkan entri-entri yang boleh menaikkan semangat mereka untuk lebih cenderung memahami agama.

Hari ini buat pertama kali TK bawakan entri berkisar jenaka untuk adik-adik, akak-akak atau abang-abang di ruangan Tazkirah Kejap. Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

               Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Mazlan, sorang bernama Azlan dan sorang lagi bernama Safri. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.


Betul ke ONANI itu HARUS?


Assalamualaikum kepada semua pengunjung dan rakan blogger. Moga hari ini lebih baik daripada semalam. Berdoalah di pagi hari agar kita beroleh keberkatan dan kerahmatan sepanjang hari yang kita lalui. Memang ‘best’ hidup bahagia disamping keluarga, terutama yang sudah berumah tangga. Tambahan lagi, hari cuti atau hujung minggu. Masa inilah untuk kita meluangankan masa yang ada untuk beramah mesra. Bagi yang belum berkahwin, sabarlah ya..

                Hari ini TK bercadang membawakan entri yang berkisar tentang ‘ONANI’ atau lebih dikenali dengan ‘lunch up’. Sebelum TK membahaskan perihal topik ini, ada satu kisah yang agak melucukan masa TK sekolah menengah. Ada seorang rakan TK ini, dia agak pandai berbahasa inggeris. Satu hari dia boleh Tanya dalam kelas kepada Cikgu BI (Perempuan belum kahwin) apa makna ‘lunch up’. Rakan lain punyalah ketawa, disebabkan Cikgu tadi tidak tahu makna perkataan tersebut lalu Cikgu itu meminta tempoh untuk diberitahu kepada semua pelajarnya.

                Tidak sempat satu hari, waktu rehat rakan TK sudah dipanggil Cikgu tersebut untuk dikenakan denda kerana menyoal perihal soalan yang berbaur ‘porno’ di dalam kelas. Semenjak itu, rakan TK tidak menyoalkan perkara yang bukan-bukan lagi dalam kelas.

PMR yang mengejutkan pihak pentadbiran..Apa RAHSIA???


Salam ukhwah kepada semua rakan blogger yang disayangi. Alhamdulillah hari ini kita diberi lagi peluang daripada Allah s.w.t. untuk terus menjalani kehidupan sebagai khalifah Allah atau pun pemegang amanah di muka bumi ini. Mulakanlah hari ini dengan senyuman yang manis dan ceria kerana setiap perbuatan atau amalan pada awal hari mempengaruhi keseluruhan hari.

                Alhamdulillah semalam pada 23/12/2010 keputusan PMR  telah dikeluarkan. Tahniah buat adik-adik yang mengambil PMR pada tahun ini. Moga dengan keputusan yang membanggakan boleh menjadi pendorong untuk mereka terus menuntut ilmu Allah s.w.t. Bagi yang kurang membanggakan jangan putus asa kerana Allah s.w.t. itu perancang yang sebenarnya. Mungkin hikmah disebaliknya adalah lebih baik bagi kita.

                Ramai yang bertanyakan siapakah ‘TK’ sebenarnya. TK adalah ringkasan daripada tajuk blog ini TazkiraH Kejap manakala nama ‘Faris’ adalah nama admin blog ini. Hari ini TK hendak beri satu info sebuah sekolah yang diberi nama “Sek. Men. Keb. Sri Gading” yang mencapai keputusan diluar jangkaan semua pihak.

                Perihal sekolah ini dahulu adalah sebuah sekolah bumiputera keseluruhannya. Pada peringkat awal pihak sekolah atau pihak pentadbiran memberi ‘target ranking top 10’ di peringkat daerah. Dengan kekuasaan Allah s.w.t. sekolah ini berjaya mencapai ‘ranking 3’ dalam daerah. Satu keputusan yang membanggakan sejurus memcahkan rekod sekolah selama penubuhannya.

"SEKSI" dari sudut pandangan TERUNA


Salam TK buat semua pengunjung blog Tazkirah Kejap. Alhamdulillah hari ini kita sihat dan bahagia disamping keluarga yang tersayang. Beberapa hari ini TK tak ‘post’ entri sebab bercuti bersama keluarga yang tersayang. Kita mulakan artikel ini dengan lafaz Basmallah semoga apa yang kita baca kita ingat dan mampu menyebarkan serta mengamalkannya. Jika ia bermanfaat gunakanlah andaikata ada yang tidak bermanfaat tinggalkanlah.

                Setelah bercuti bersama keluarga banyak pengetahuan yang TK dapat. Melihat ciptaan Allah S.W.T. yang cantik dan indah menyebabkan ketenangan hati dan jiwa. Lafazlah ‘subhanallah’ apabila kita melihat sesuatu penciptaan tuhan. Ada seorang ‘member’ ini, dia ini pantang tengok perempuan. Bila terpandang lalu dilafazkan ‘subhanallah’, lepas itu ajak pula kawan-kawan dia ‘usya’ perempuan itu dengan alasan bahawa kecantikan perempuan adalah ciptaan Allah S.W.T. Tambahan pula jika wanita tersebut seksi dan mengghairahkan. Semakin kuat ‘Astaghfirullah’ semakin kuat ‘Subhanallah’.

                TK pernah diberitahu suatu kejadian yang menarik perhatian TK. Waktu itu berlaku perbualan antara wanita yang seksi (tidak tutup aurat) dengan lelaki yang boleh dikatakan arif ilmu agamanya. Maka berlakulah perbualan seperti berikut:

'BEST' berilmu jika disebarkan...



Salam ukhwah rakan blog sekalian. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang hidup oleh Allah S.W.T. pada hari ini. Mulakanlah kehidupan dengan mengucap ‘alhamdulillah’ sebagai tanda syukur kita kepadaNya. 

                Hari ini TK ingin menceritakan tentang perihal kehidupan. Pepatah orang barat ‘life is not a destination but it is a journey’. Kehidupan kita bukanlah satu takuk destinasi yang ingin dituju tetapi ia adalah sebuah perjalanan yang sementara.

                Tetapi kebanyakan manusia hari ini menjadikan dunia ini seoalah-olah sebuah destinasi yang ada penamatnya. Justeru, mereka berlumba-lumba mengejar dan berlari kea rah destinasi masing-masing. Alangkah ruginya kita andai kita tergolong daripada golongan ini.

TK musafir ke Kedah...


Assalamualaikum kalian blogger yang dirahmati Allah S.W.T. semoga hari ini kita beroleh manfaat hidup di dunia sebagai khalifah muka bumi ini. Hari ini TK berada di Kedah menghadiri satu majlis perkahwinan kawan sekelas TK. ‘First time’ sampai di Kedah sejak tahun 2003. Buat pertama kali juga TK pergi ke Kedah dengan rakan sekelas. Pengalaman yang menyeronokkan, tambahan lagi menaiki kereta api yang memakan masa 12 jam untuk sampai daripada Nilai ke Kedah.
                Kami bertolak pada jam 6.00 petang daripada Kolej Desa Jati menaiki sebuah kereta proton saga Husaini. Berbekalkan pengalaman menaiki LRT ke Seremban, kami duplikasikan menaiki monorel ke KL Sentral. Perjalanan ke KL Sentral merupakan pengalaman pertama TK menjejakkan kaki di tempat bertuah itu. Keadaan di sana sederhana sesak, mungkin kami tiba pada bukan waktu balik kerja. Setelah membeli tiket (takut juga kalau tidak ada tiket), kami solat di sebuah surau. Andaikata TK seorang diri di situ memang agak sukar mengetahui keadaan surau yang terletak di lorong yang tercerok sedikit daripada penglihatan umum.

                Tiket menunjukkan waktu berlepas 9.15 malam waktu Semenanjung Malaysia daripada KL Sentral. TK dikehendaki berada di ‘Gate A’ pada waktu 8.45 malam. Setelah menempuh kesesakan manusia, TK dan sahabat2x sampai jam 8.44 lebih kurang.


                Pengalaman pertama menaiki Kereta api sewaktu umur TK menjangkau usia 9 tahun ke Kelantan. Pada mulanya, TK tidak tahu cara baca no. tiket yang diberikan. Setelah mencuba dan bertanya akhirnya TK berjaya menjejaki tempat duduk yang kelihatan selesa pada pandangan mata. Terasa kehangatan suhu kereta api setelah duduk sejenak menunggu pemergian kereta api bergerak. TK terasing daripada rakan2x kerana perbezaan waktu pembelian tiket.

Si Khunsa ingin berkahwin... Apa Hukumnya???

Salam rakan TK yang disayangi. Terima kasih kerana memberi luangan masa membaca entri TK hari ini. Suka TK nyatakan di sini bahawa ‘support’ rakan semua menaikkan semangat TK dalam menulis dan terus menulis. Hari ini TK hendak bawakan sebuah persoalan sebahagian masyarakat luar tentang Perkahwinan Khunsa dan apa hukumnya dalam konteks agama Islam. Mungkin ada antara kalian yang lebih arif dan berilmu berbanding TK. Jadi di sini kita berkongsi ilmu untuk menambah pengetahuan kita. TK mengalu-alukan teguran kalian yang lebih arif untuk kita sama-sama mendapat manfaat dan berkat daripada Allah S.W.T.


        Sebenarnya lafaz ‘khunsa’ ini telah dibahaskan oleh para ulamak Islam. Kebanyakan masyarakat ada yang tersalah tafsir penggunaan khunsa yang ditujukan kepada golongan lelaki khususnya. Pada dasarnya Allah S.W.T. menciptakan manusi ini dalam 2 jenis sahaja, ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. dalam surah Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

Cara menentukan Khunsa Ghairu Musykil....




Salam rakan… Ini adalah rentetan daripada Si Khunsa ingin berkahwin.. Apa Hukumnya???... Bagi menentukan Khunsa Ghairu Musykil ada beberapa cara yang ulamak berikan penentuan.

      Pertama: Melihat cara keluar air kencing

-      Apabila air kencing itu keluar melalui zakar maka ia adalah lelaki begitu juga sebaliknya. Bagaimana jika air kencing itu keluar melalui kedua-duanya??? Maka di sini perlu dilihat, manakah yang terlebih dahulu keluar. Jika yang keluar dahulu melalui zakar maka dia adalah lelaki begitulah sebaliknya. Jika air kencing itu keluar pada waktu yang sama, maka dilihat pula mana satu yang lebih lama keluarnya. Jika keluarnya sama dan berhentinya juga sama maka khunsa tersebut dihukum sebagai khunsa musykil

Kedua: Malihat cara keluar air mani

-      Jika air mani keluar melalui zakar maka dihukumkan dia adalah lelaki begitu juga sebaliknya. Jika keluarnya berubah-ubah, saling berganti maka ia dikategorikan sebagai khunsa musykil.

Lelong...Lelong...Lelong... apa hukumnya???




Assalamualaikum rakan blogger yang disayangi, hari ini TK hendak bawakan tajuk berkaitan LELONG. Adakah ia dibenarkan atau tidak di dalam Islam. Disebabkan ramai diluar sana yang keliru ada atau tidak lelong ini pada zaman Rasulullah S.A.W. atau zaman sahabat. Setelah diselidiki dan dikaji maka terimalah santapan entri terbaru TK.

                Lelong ini boleh didefinisikan sebagai jual beli yang dikenali dalam Islam sebagai ‘al-muzayadah’ dari sudut bahasa bermaksud ‘saling naik-menaik’. Dalam konteks jual beli lelong ini semua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual. Sesiapa yang menawarkan harga tertinggi dinobatkan sebagai pemenang.

Muslim sebenar adalah Muslim yang sihat.....





Assalamualaikum rakan blogger semua, semoga kalian dalam keadaan sihat dan sejahtera. Sebut perkataan sihat ini, ramai yang dekat luar sana sentiasa mahu sihat sepanjang masa. Tetapi mereka hanya kata hendak sihat tanpa mengetahui bagaimana cara untuk sihat. Dalam entri TK pada kali ini, TK ingin bawa satu kaedah yang ‘simple’ untuk kita sihat.

                Sebelum itu TK ingin kita buka minda bahawa sihat dan sakit ini daripada Allah S.W.T. , kedua-duanya mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sebelum ini TK ada bawakan entri beruntungnya orang sakit pada musim yang lepas. Hari ini TK akan menjelaskan pula bagi sesiapa yang belum mengalami kesakitan yang serius supaya mencegah diri mereka daripada sakit.

Betul ke 'WUDUK' kita ada MAGIK??




Salam muhibbah daripada TK, moga hari ini kita lebih baik daripada semalam. Entri yang lepas TK ada mengatakan tentang keutamaan ilmu perubatan dalam Islam. Sebenarnya kita sahaja yang tidak menyedari bahawa perlakuan kita selama ini merupakan ubat kita pada setiap hari.

                Setelah diteliti satu persatu ajaran Islam, kita pasti akan temui mengapa dan kenapa Islam mensyariatkan sesuatu perlakuan. Kalau dulu kita mempraktik tanpa mengkaji dan meneliti, cuba kali ini kita buat dan kita rasai keberkesanan syariat Islam dalam kehidupan kita. Ayuh kita selongkar kehebatan Islam dalam ilmu perubatan.

“Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Jika ubat telah mengenai penyakit, penyakit itu pasti sembuh dengan keizinan Allah Azza wa Jalla”
                                                                                                                                                Riwayat Muslim

                Hadis di atas memberi keyakinan kepada pesakit dan pengubatnya bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Dalam riwayat Imam Ahmad disebut kecuali penyakit tua. Usah kita risau dengan penyakit yang ada pada

TK diperkenalkan tentang sihat....




Assalamualaikum wahai rakan blogger yang disayangi, Alhamdulillah hari ini kita diberi kesempatan dan ruang lingkup kehidupan daripada Allah untuk kita sentiasa mengingatiNya. Hari ini TK nak buat satu entri tentang kesihatan tubuh badan. Sebenarnya kesihatan ini adalah salah satu kewajipan yang kita patut jaga. Tanpa kesihatan kita susah dan sukar menjalani kehidupan kita.

                Masa zaman sekolah menengah dulu, TK tidak ambil berat sangat pasal kesihatan ini. Maklumlah zaman masih muda. Semua perkara dihukumkan ‘harus’ ketika itu. Tapi batasan hokum jagalah. Kembali kepada topik, TK telah berkenalan dengan sahabat seorang ini namanya Izzat. Dia ini seorang yang suka join ‘halaqah’ atau ‘usrah’. TK pun joinlah mereka tanpa memikirkan apa perkara yang mereka bincangkan.

                Selepas setahun perkenalan, TK pun tertariklah juga dengan pengisian ‘usrah’ ini. Mereka perbincangkan berkaitan isu semasa, persoalan hukum, tadabbur ayat dan lain-lain. Semasa ulang tahun TK yang ke-18 (muda lagi), TK telah dihadiahkan sebuah buku yang bertajuk “Berubat dengan Solat” karya Fahrur Muis.

Siapakah DAJAL sebenarnya... Manusia atau Raksasa?


Salam pengunjung yang dirahmati Allah S.W.T. Semoga kalian sihat dan sejahtera disamping keluarga yang tercinta. Lafaz Bismillah pembuka bicara daripada saya ingin mengingatkan diri saya dan kalian semua tentang satu fitnah besar yang telah kita lupakan. 
      
      Jika saya bertanya kepada anda “Kenalkah anda kepada Dajal?” sudah tentu pelbagai jawapan yang saya terima. “Dajal ini gergasi yang menakutkan”, “Dajal adalah musuh utama kita selain Iblis laknatullah”, “Dajal ini akan memfitnah kita di Akhir Zaman nanti”, “Dajal ini boleh menggunakan azimat yang Allah S.W.T. beri kepadanya”.
Akan tetapi sayang seribu kali sayang Dajal yang kita fikirkan jauh daripada apa yang kita bayangkan.

Zaharudin.net laman islamik pilihan TK



Salam pengunjung yang dihormati sekalian, semoga hidup dirahmati dan diberkati Allah. S.w.t. Alhamdulillah hari demi hari TK dapat suntikan motivasi daripada web zaharudin.net. TK juga bersyukur kerana ada segelintir guru yang mahir dalam agama Islam yang menggunakan internet untuk dakwah kepada Allah s.w.t. 

          TK agak terlewat diperkenalkan oleh web zaharudin.net. Terima kasih buat rakan blogger yang sedia berkongsi link zaharudin.net dengan TK. TK kata demikian kerana jarang sekali ulama di Malaysia ini menggunakan blog sebagai tempat pertanyaan golongan yang keliru dengan erti Islam sebenarnya. Percayalah andaikata kita betul memahami erti Muslim itu sebenar kita akan bertambah iman kepada Allah s.w.t.

          Bila kita selalu mendengar, melihat dan mengkaji tentang agama Islam nescaya kita akan mendapat satu perasaan untuk menyiakan bahawa Islam adalah agama yang syumul daripada setiap aspek. Kita sekarang bertuah kerana terdapat laman-laman web islamik yang boleh kita rujuk .

Wah..senangnya cari rezeki



“Kenapa kita hendak mencapai kaca yang berkilau tapi jauh di dasar lautan, Sedangkan emas yang ditangan hanya tinggal digilapkan”. Maksud TK , kadang-kadang manusia ini tidak sedar akan kebolehan dan kelebihan diri masing-masing. Mereka sering bermusuh-musuhan sekiranya ada rakan mereka yang berjaya dalam perniagaan atau hidup senang disaluti kemewahan.

          Suka TK nyatakan di sini bahawa mereka itu sebenarnya lupa bahawa Allah ini Maha Adil dan Maha Pemberi Rezeki. Mereka sering mengeluh dengan takdir yang Allah tentukan sedangkan itu adalah suratan kehidupan. Manusia itu diberi akal dan fikiran bukan untuk memikirkan kejayaan seorang rakan tetapi fikirlah bahawa diri kita ada suatu kelebihan dan kebolehan. Cari dan terjemahkan di dalam kehidupan seharian, mungkin di situ kita peroleh keberkatan.

          Manusia ini hebat tapi jarang menggunakan kehebatan, akan tetapi hasad, dengki dan cemburu dengan kejayaan orang lain menjadi perencah kehidupan. Mereka sebenarnya mesti dikejutkan agar mereka terjaga dari buaian yang sering membawa mereka ke arah kesesatan. Mari kita selongkar kenapa dari dulu hingga kini kita ‘belum’ berjaya bukan ‘tak kan’ berjaya. Sila fahami maksud TK.

          Setiap manusia boleh berjaya dengan gemilangnya andai mereka tahu caranya. Mestilah yang pertama kita kena jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.

         Jika dengan Allah kita tidak jaga lagikan manusia. Cuba kita bayangkan kita ada 10 orang rakan. Antaranya seorang sahaja kawan baik kita. Dengan dialah kita meluah kesedihan, berkongsi pengalaman dan rakan bermain kita sentiasa.

          Suatu hari ‘bestfreind’ kita ni ditimpa kesusahan dalam waktu yang sama seorang rakan yang lain mempunyai kesusahan juga. Rasa-rasalah yang mana kita dahulukan. Semestinya ‘bestfreind’ kita .. Betul tak? Oleh itu, seandainya kita hendak Allah sayang dekat kita, kita hendak doa kita dimakbulkan Allah, maka jagalah hubungan kita dengan-Nya.


Tegur Menegur...Baik ke Buruk?


TEGUR MENEGUR

Salam pengunjung pada hari ini, Alhamdulillah hari ini kita diberi ruang masa untuk kita perbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Adakala kita terlupa dengan kesibukkan diri kita di pentas dunia. Maklumlah kita ini makhluk namanya manusia. Perkataan ‘manusia’ itu sendiri membawa maksud ‘lupa’.

        Setelah sibuk bekerja sepanjang hari, apa salahnya kita peruntukkan diri kita sejenak untuk kita mengingati bila akan berhentinya detik nadi kita. Mungkin ada orang berpendapat

        “Aku masih muda, takde masa nak ingat mati ni, mati lambat lagi”

        Pernah tak kita terfikir bahawa kita ini dekat mana pun boleh mati. Pernah tak kita rasa bahawa setiap saat kita sedang diperhatikan. Pernah tak kita anggap bahawa kita ini lemah disisi Allah s.w.t. Tapi fitrah diri ini selalu mengatakan bahawa kita perancang kehidupan. Diri ini juga berkata bahawa kita tidak perlu diperhatikan kerana kita tahu beza kebaikan dan kejahatan. Tambah lagi,  kita ini punya kekuatan untuk kita lawan semua kejahatan. 

        Berbicara memang mengasyikkan, kadang-kadang kita lupa bahawa setiap pertuturan akan dihisab di timbangan. Andai kata kita bercakap tentang kebaikan, bersyukurlah akan dibalas dengan kenikmatan. Andai kata sebaliknya, nauzubillah bahawa kesengsaraan menunggu di hadapan.

        “urmm, aku tahulah nak buat apa, tak perlu nak ingatkan, aku pun dah besar”

        Kebiasaan orang bila dtegur akan membawa pelbagai reaksi. Mengikut kajian TK bahawa tindak balas orang yang ditegur terbahagi kepada 4 bahagian. 

·       Bila ditegur dia akan melawan kerana sifat ego dan sombong dalam diri tanpa memberi hujah, mungkin kerana dia kurang ilmu dalam bab tersebut.

·       Bila ditegur dia akan melawan dengan hujah yang bertentangan dengan kita, mungkin kerana dia orang ilmuan dan dihormati masyarakat.
·       Bila ditegur dia akan berdiam diri tanpa reaksi sama ada dia menerima atau menolak teguran tersebut, mungkin dia seorang yang ‘open minded’ dengan semua hujah.

·       Bila ditegur dia akan tegur kita balik, mungkin kerana orang ini memang selalu menegur orang.

Sebenarnya TK mengklasifikasikan golongan tersebut atas pengingatan kita sendiri. TK ada jumpa seorang rakan. Dia memang seorang yang berilmu, berkarisma dan pendai berceramah. Sifat tersebut memang TK ‘respect’ akan tetapi setiap manusia ini ada kekurangan. Satu hari TK tegur dia bab solat, mungkin satu bab ini dia kurang terperinci mempelajarinya. Tiba-tiba dia kata:

        “Kau ni kalau nak tegur aku biar tengok sikit diri tu, mana dalil dan perbahasan ulama’, jangan tegur orang kalau tidak belajar habis”

Tersentak hati ini bila rakan yang dulu TK ‘respect’ kata begitu. TK sangka baik mungkin ketika itu dia sedang ‘bad mood’. Kita sebagai muslim di bumi Allah s.w.t tambahan lagi umat akhir zaman ini, begitu cetek ilmu jika dibandingkan dengan ulama’ terdahulu. 

        Oleh itu, kalau kita punyai ilmu setinggi gunung pun belum tentu kita tahu apa semut di bawah berbual. Jangan kita sombong dengan diri atas tiket ilmu yang kita ada. Jika kita terus-terusan tidak boleh ditegur maknanya kita tidak bersedia menerima ilmu daripada orang yang menegur kita. Ilmu yang ada untuk dikongsi bukan untuk disimpan dan dibanggakan. 

“Seorang guru yang berpengalaman dan berilmu pun belum tentu dia tahu apa ilmu yang ada pada anak muridnya.”

Kerana ilmu dan pengalaman setiap manusia itu berbeza. Akhir sekali buat teman blog andaikata kata-kata TK ini boleh diguna pakai dan dipraktikkan gunakanlah dalam kehidupan. Bukalah hati dan fikiran kita untuk sedia ditegur. 

        Anggaplah orang yang menegur sebagai guru dan kita sebagai anak muridnya. Mungkin dengan cara ini kita boleh menerima dengan hati yang terbuka. Aminn…Wasalam daripada TK.

Oh.. macam ni rupanya kita



Assalamualaikum semua rakan blog TK yang disayangi. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk kita memdengar, mengkaji dan menelaah bahan bacaan ilmiah. Moga-moga kalian berada dalam ‘mood positive’ pada hari ini. 

       Sebenarnya tidak semua orang atau manusia diberi ruang lingkup dalam kehidupan seharian mereka untuk ruangan ilmu. Mereka kadang-kadang merasakan ilmu ni hanya untuk zaman persekolahan dan universiti. Padahal ilmu Allah itu luas dan kita tidak akan dapat keseluruhannya walaupun kita hidup 1000 tahun.

Fahaman yang salah!!
                Kalau dulu ibu bapa kita beritahu kita “Along belajar betul-betul dekat sekolah, nanti boleh jadi doktor atau peguam”. Cuba kita lihat ayat ini dari perspektif tersiratnya, ini bermaksud bahawa ilmu itu telah sempurna dan lengkap bila kita telah mencapai sesuatu matlamat yang diimpikan. Ini bertentangan dengan pendapat TK bahawa ilmu ada penghujungnya.

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?