"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Siapa kita disisi Rasulullah s.a.w. SEBENARNYA???



Salam takzim kepada semua rakan blogger sekalin. Alhamdulillah hari ni TK hendak menceritakan sebuah artikel yang agak jarang TK uar-uarkan di blog ini. Berkaitan siapa kita di sisi Nabi Muhammad s.a.w.

                Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita beroleh manfaat daripada syafaat baginda s.a.w. Kebanyakan daripada kita bila mendengar nama Rasulullah s.a.w. atau Nabi Muhammad s.a.w. buat dengar  tak dengar sahaja. Tahukah kalian barang siapa yang inginkan syurga indah Allah s.w.t. ada dua perkara penting. Pertama rahmat daripada Allah s.w.t. dan syafaat baginda Nabi Muhammad s.a.w.

                Pernahkah kalian terfikir berapa ramai umat islam di muka bumi ini semenjak utusan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pesuruh Allah s.w.t. Jumlah terkini umat islam adalah 1.5 bilion. Ini bagi mereka  yang masih hidup. Jadi berapakah bilangan mereka yang telah meninggal dunia. Tidak perlu berfikir, sudah tentu puluhan ataupun ratusan billion ramainya.

                Kiraan di atas TK tunjukkan supaya kita ini sedar berapa ramai yang memerlukan syafaat daripada baginda s.a.w. ketika di akhirat kelak. Itu tidak termasuk umat

Orang BERJAYA dan orang GAGAL..apa bezanya??

                Salam semua, apa khabar kalian hari ini? semoga sihat disamping keluarga. Bukan mahu cerita motivasi tapi ingin berkongsi pengalaman. Maklumlah kitakan mempunyai watak yang berbeza. Sudah tentu jalan ceritanya juga berbeza.

                Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. dan ahli keluarganya semoga kita mendapat rahmat semasa hari perhitungan nanti. Ramai yang kata dekat TK kenapa perlu ulang ucapan selawat ini. TK hendak soal kepada kalian dalam sehari berapa kali kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Adakah wajar bagi seseorang yang hendak mohon dan meminta rahmat dari baginda s.a.w. tapi ucapan selawat kepadanya hanya sekali-sekala.

                Di sini buka TK hendak perbahaskan ucapan tersebut, tapi cerita tentang kehidupan kita di dunia. Agak-agak kalian berapa kali kita berjaya dan gagal dalam kehidupan. Semestinya tidak terkira. Bagi mereka yang selalu gagal mungkin boleh mengira bilangan mereka berjaya. Tapi cukup jarang sekali orang yang selalu berjaya mengira bilangan kegagalan mereka.

Kehidupan di KK1....

                Salam kepada rakan blogger sekalian. Alhamdulillah setelah lama mendiam diri akhirnya Allah s.w.t. beri lagi kesepatan dalam penulisan blog ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahlinya semoga kita peroleh rahmat daripada baginda di akhirat kelak.

                Alhamdulillah hari ini TK hendak ceritakan pengalaman TK di Kolej Kediaman 1 (KK1). Setelah hampir seminggu beralih tempat kediaman, akhirnya TK boleh juga serasi di tempat yang baru. Bukan bermakna selama ini tidak serasi, tapi belum serasi.

                Masuk ke KK1 macam-macam kawan-kawan kata. Maklumlah mereka kebanyakannya menyewa di rumah-rumah taman. Bagi yang duduk atau tinggal di KK1 ini diorang beranggapan hidupnya dikongkong, terkurung dan macam-macam lagi.

Amal banyak tapi sengaja taknak bayar HUTANG>>>


 Salam rakan yang disayangi. Semoga kita masih lagi di bawah perlindungan Allah s.w.t. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya. Moga-moga kita semua beorleh syafaat daripada baginda. 

                Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi kelapangan masa dan kesihatan badan untuk kita meneruskan kehidupan yang singkat ini. Hari ini TK hendak bawakan sapotong ayat Al-quran. Allah s.w.t. berfirman:


Maksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalat secara hutang hingga tempoh tertentu, maka hendaklah kamu menulisnya”.
(Surah Al-Baqarah:282)


            TK bawakan ayat ini kerana hendak mengingatkan diri dan rakan-rakan bahawa hutang bukan benda yang remeh-temeh bagi diri seorang muslim. Disebabkan hutang amalan kita tergantung. Hebat mana pun kita, banyak manapun amalan kita tapi jika berhutang maka amalan baik tersebut tidak dikira sehinggalah hutang itu dijelaskan.

                        Kebelakangan ini TK lihat ramai betul yang suka berhutang tapi tidak mengambil endah untuk membayarnya. Mereka beranggapan bahawa alah member-member hutang nanti boleh bayar, boleh runding, boleh settle. TK kesian dengan orang yang beranggapan seperti ini, mungkin tiada orang yang hendak memperingatkan mereka.

 Ada pula yang berkata:
“Alah kau ni member-member kira halal jela, itu pun nak berkira ke”.
“Ea aku tak bawak duit la, len kali aku bayar”
“Ko ni kawan-kawan berilah diskaun”

                     Nasihat TK kalau niat tu taknak bayar hutang, tak payah hutang. Tidak berguna amal banyak, belajar agama, tapi hutang keliling pinggang. Hendak ditegaskan dekat sini bahawa hutang tetap hutang. Samaada halalkan atau tidak itu atas budi bicara orang yang memberi hutang, bukan orang yang berhutang.

                      Ada pula member seorang ini, suruh kawan TK itu buat kerja, setelah selesai buat kerja member tu kata mahal pula. Nasihat TK kepada mereka-mereka ini kalau malas hendak buat kerja tapi kedekut hendak bayar  tak payah suruh orang lain buat tugasan itu. Ini benda dah selesai, tinggal hantar sahaja pun berkira hendak bayar…

                     Sekian daripada TK wallahua’lam….

                                                                            

First time masuk CORAL SPEAKING.. Conductor..,.!

 
Salam semua rakan blogger. Alhamdulilah syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan kekuasaanNya kita bernaung di alam ini. Semoga kita selalu mengambil iktibar dibalik rahsia alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. semoga kita beroleh syafaat dan manfaat daripada baginda di akhirat kelak. 

                Hari ini TK ingin kongsikan kepada kalian bahawa barang siapa yang berusaha kejayaan dan kemenangan ditangan mereka. Kisahnya bermula bila ustazah Salma iaitu guru bahasa arab kelas TK memberitahu bahawa setiap kelas kena buat persembahan dan setiap persembahan membawa markah-markah yang tertentu. 

                Kami membuat keputusan untuk memilih ‘coral speaking’ sebagai pilihan. Hari demi hari kami berlatih. Segala penat lelah dan pengorbanan masa kami luangkan. TK ditugaskan sebagai ‘conductor’ untuk persembahan tersebut. Buat julungkalinya TK masuk pertandingan di bawah nama ‘coral speaking’ dan menjadi conductor bagi kelas TK. Mula-mula fikir boleh ke jadi conductor tanpa pengalaman. Rupanya percubaan itulah pengalaman, jika kita tidak mencuba pasti pengalaman kita tiada. 

                Pengalaman menjadi conductor suatu perkara manis yang tidak akan TK lupakan. Bermacam kerenah dan ragam manusia harus diserasikan bila bergelar conductor. Jika perangai dan kelakuan sebegini kena buat macam ini, kalau orang lain kena sesuaikan bakat yang ada pada orang itu. Mula-mula sungguh merumitkan tetapi lama-kelamaan sudah semakin serasi dan sepadu dengan kerenah mereka. Kadang-kadang macam nak marah tapi sabar jela…. Mungkin ini ujian Allah s.w.t. sebelum Dia beri berita gembira kepada hambanya.

                Hari perlawanan semakin hampir, hasil yang terbaik belum kami sepakati. Latihan demi latihan kami lakukan untuk menyesuaikannya dengan keadaan. Bila tiba hari yang ditunggu, hati berdegup semakin laju justeru gemuruh menjadi guruh. Pelengkap persembahan TK utarakan. Biar penat badan asal tujuan beroleh kejayaan.

                Kemuncak persembahan kami, dimulai dengan tepukan dari pihak penonton. Alhamdulillah segala hasil mengikut apa yang dirancang. Kami mendapat johan pertandingan tersebut. Benarlah kata pepatah siapa yang berusaha pasti dia beroleh hasil sepertimana yang dia usahakan. 

Sekian daripada TK, semoga kita beroelh hasil sepertimana apa yang kita rancangkan….

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?