"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

IMAM NAWAWI PENGHIDUP AGAMA


Sejak diusia kecilnya, beliau telah dilihat berpotensi menjadi seorang ulama yang zuhud dan warak. Ulama yang saya maksudkan adalah Yahya bin Syaraf bin Husin bin Husain al-Nawawi. Beliau lebih dikenali ramai sebagai Imam Nawawi. Sejak kanak-kanak lagi sudah dikesan kewibawaannya menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. Sebab digelar al-Nawawi kerana beliau tinggal dan dilahirkan di sebuah kampong bernama Nawa yang terletak di daerah Damsyik, Syria.


Kegemaran Imam Nawawi menuntut ilmu telah terbukti sewaktu usianya yang masih kecil. Pada suatu masa, ketika imam Nawawi membaca quran, dimana kanak-kanak yang lain sedang bermain, malahan akan menangis jika rakan-rakannya mengajak beliau bermain supaya berhenti baca quran. Datang seorang alim yang bernama Sheikh Yasin Yusof Marakashi, seorang ulama yang berpandangan jauh, memberitahu guru quran imam Nawawi; “Jagalah budak ini baik-baik, dia bakal menjadi ulama besar dan ahli ibadat”. Guru tersebut membalas, “Adakah tuan ini ahli nujum atau penilik nasib”. Sheikh yasin menjawab, “ Bukan, tetapi ALLAH menghendaki aku mengeluarkan kata-kata ini”.

Abang-abang dan akak-akak, Imam Nawawi telah dihantar ke kota besar Damsyik, yang mana ketika itu sebuah tempat terbesar pengajian Islam. Terdapat hamper 300 universiti dan kolej. Beliau menimba ilmu di sebuah tempat bernama Madrasah Rawahiah. Kalau tuan-tuan nak tahu, Imam Nawawi ini mengikuti 12 majlis ilmu dalam sehari. Subhanallah. Cuba tanya diri kita berapa banyaklah ilmu kita? Berapa banyaklah majlis ilmu kita hadiri sehari?

Weii..ISLAM ini SIMPLE la!!!


Salam ukhwah fi sabililah. Bagi yang kurang faham maknanya , salam persaudaraan di jalan ALLAH. Pokok pangkal kehidupan kita adalah ALLAH.. Kita makan, minum, bangun tidur, pergi pasar, melancong, semua ini hendaklah kita kaitkan dengan ALLAH, baru kerja dianggap ibadat bukan adat.

Adat dan ibadat adalah dua item yang berbeza. Contoh bagi duit raya, maklumlah sekarangkan masih raya lagi, so tak salah jika saya ambil contoh terkini. Bagi duit raya merupakan adat sebuah masyarakat di malaysia. Masa kecil dulu pergi rumah orang bukan nak makan kuih tapi nak duit. Maklumlah pemikiran kanak-kanak, duit merupakan perkara psaikologi mereka. Kalau tak percaya, cuba bagi seringgit ke, dua ringgit ke, dekat mereka ni, lepas tu suruh dia pergi baca buku. Ikut kajian 90 % kanak-kanak yang diberi duit ini akan baca buku. 


Haa..nampak tak bagi duit itu adalah adat sebuah masyarakat. Berbeza dengan ibadat, contohnya puasa, keluar zakat, berbuat baik kepada ibu bapa, solat hari raya (raya lagi). Ini semua adalah ibadat bagi seorang yang bergelar islam. Sebab apa perkara ni digelar ibadat? Kerana semua perbuatan ini dilakukan berasaskan dalil al-quran dan hadis RASULULLAH s.a.w. Setiap benda yang diperintahkan ALLAH dan rasulNYA merupakan perkara ibadat.

Ok, sekarang bagaimana kita nak jadikan adat kebiasaan masyarakat ini menjadi ibadat supaya kita peroleh pahala daripada ALLAH. Memang bestkan jika setiap saat dan tempat, kita peroleh pahala dan ganjaran ALLAH. Haa..mehh dengar elok-elok, cara dan bagaimana adat kebiasaan boleh kita jadikan ibadat.

Al-maklum semua daripada kita sudah mengetahui tentang hadis dan dalil-dalil quran, Misalnya ayat quran tentang berbuat baik kepada ibu bapa. Ayat quran ini menunjukkan perintah umum, asal perkara yang kita lakukan itu disenangi dan disukai oleh ibu bapa maka kita peroleh pahala. Sebab ada ayat quran yang memberitahu tentang ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa.

KALKULATOR DUNIA DAN AKHIRAT ITU BERBEZA


Salam tuan dan puan yang membaca blog ini. Semoga masih diberi kesihatan dan keupayaan daripada ALLAH untuk menjalankan rutin harian kita. Belum terlambat rasanya saya mengucapkan selamat hari raya. Di waktu beginilah pada kebiasaan aktiviti-aktiviti ziarah menziarahi, kunjung mengunjung, bagi duit raya dan macam-macam lagi. Apa yang penting? Memburu keredhaan ILAHI dan keampunan ALLAH.


Abang-abang dan akak-akak, kita ni sebenarnya murah hati, baik hati, tapi kadang-kadang busybody. Haa..jangan marah, itulah kenyataan kita sebagai manusia. Kalau busybody menentang maksiat, takpa la jugak, ini busybody nak ngumpat orang. Bertaubatlah dik, dan abang sekalian. Kita ni sekejap je dekat dunia ni. Kalau kira kalkulator dunia memang terasa lama, cuba kira menggunakan kalkulator. Contoh kita hidup dekat dunia ni paling lama pun 100 tahun, purata bagi seorang wanita umurnya 80 tahun, manakala bagi lelaki 75 tahun. Orang yang sampai 100 tahun begitu jarang untuk ditemui dikalangan kita.

1 HARI (akhirat) =1000 TAHUN (dunia)
*jika hidup 100 tahun, maka kiraanya
100/1000 x 24 = 2 JAM 40 MINIT (akhirat kita hidup)

Nak tahu formula tak. 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia seperti mana diberitakan melalui hadis-hadis dan kata ulamak. Berdasarkan nisbah ataupun ratio perkiraan matematik. Kita hanya hidup 2 jam 40 minit sahaja mengikut perkiraan hari akhirat. Sangat singkat dan sekejapnya kita bedara di dunia ini. Tolak makan, tolak minum, tolak main, tolak tidur, tolak bual-bual, hanya berapa jam sahaja kita memperuntukkan untuk berbuat amal. Itu belum tolak buat maksiat (nauzubillah min zalik). Jadi apa yang patut kita buat. First islah atau perbaiki diri kita balik. Sekurang-kurangnya perbuatan kita sekarang lebih baik daripada perbuatan kita sesaat yang lepas.

SEORANG BUDAK YANG AKU RESPECT


Pekerjaan itu hukumnya harus. Maka pergilah kemana sekalipun, bila dinamakan pekerjaan yang halal maka hukumnya harus. Tetapi ramai daripada kalangan kita yang lupa syarat-syarat sebagai pekerja. Ada yang suka mengambil kesempatan semasa waktu bekerja. Suka ponteng, membuta, menipu, merasuah, sabotaj dan sebagainya. Tanpa mereka fikir hukum yang pada mulanya harus boleh bertukar haram pendapatannya. Sebuah sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram (pendapatan, hasil pencarian) maka neraka lebih layak baginya” (riwayat bukhari).

Jom kita islah atau perbaikkan kualiti perkerjaan kita. Mungkin kita tidak tahu, mungkin juga buat-buat tidak tahu. Tapi pokok dasarnya semua orang kena ambil tahu. Satu kaedah fiqhiah, semua perkara berkaitan hukum, selagi mana tinggal dinegara islam dan ada ulamak dalam bidang tersebut, maka tidak ada excuse dihadapan ALLAH di akhirat kelak. Jadi tolong-tolonglah ingatkan kawan kita supaya mengambil berat semampu kita mengetahuinya. Sekurang-kurangnya kalian berusaha untuk tahu. Bukan  takut bila dah tahu hukum, maka kalian tidak boleh lakukan benda tersebut berulang kali.


Rentetan peristiwa saya berada di ekspo. Ketika sedang berniaga saya kagum dengan seorang pemuda ni. Dia masih muda tetapi ambil beratnya tentang bersih gajinya melebihi daripada orang yang lebih dewasa. Bila ditanya rupanya budak ni daripada kalangan yang berusaha belajar agama. Tidaklah sampai tahap ulama’ tapi budak ni berusaha mengamalkan apa yang dia pelajari.

Al-kisah, budak ni hendak pulang daripada kedai bosnya. Beriringan dengan sabun, berus gigi, ubat gigi ditangannya. Lalu bosnya pun bertanya, “kenapa tak ambil je plastic merah tu, senang sikit bawak sabun tu”. Budak ni pun jawab “tuan, saya takut disebabkan plastic ini saya diseksa diakhirat bertahun-tahun lamanya”. Tuannya bertanya “kenapa kamu kata begitu?”. Budak ini menundukkan kepalanya sambil membalas pertanyaan tuannya “saya dibayar gaji untuk menjaga kedai tuan, maka plastik ini bukan hak saya, jika saya mengambilnya maka saya telah mengkhianati tuan, diakhirat kelak saya akan digelar munafik sebab melanggar amanah tuan”. Tuannya termenung mendengar jawapan yang menusuk ke lubuk hatinya, lalu berkata “Terima kasih ya ALLAH kerana memberikan aku pekerja yang begitu amanah menjalankan tugasnya”

PERISTIWA DI MALAM “EKSPO PARIT RAJA”


Salam ukhwah blogger yang dihormati. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan akal. Teruskan kehidupan kita dengan riang dan gembira. Baru-baru ini saya berniaga di ekspo parit raja, johor. Memang meriah dengan ramainya gerombolan manusia berpusu-pusu memasuki pasar. Senario di pasar parit raja sukar digambarkan melalui perkataan, hanya mereka yang melihat dan pergi sahaja dapat membuat kesimpulan sebenar.

Baju BOBOI BOY (top product)
Dalam sibuk berniaga menjual baju budak-budak kecil. Seperti lazimnya saya dapat pelbagai pengalaman dan pengajaran yang mungkin kita boleh ambil sebagai iktibar. Firstly, kesibukan di sini bolehlah saya analogikan macam orang mengerjakan saie, sofa dan marwah. Betul punya ramai, sampai berhimpit-himpit. Maka timbullah masalah-masalah kegoyangan iman berlainan jantina. Ada yang mengambil kesempatan, meraba-raba, berpelukan, saling berpegang tangan (takut kekasihnya diambil kesempatan), padahal dia yang nak ambil kesempatan. Bagi mereka ruangan ekspo-ekspo inilah sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk buat perkara yang dikeji itu.

Abang-abang dan akak-akak, mari kita kira balik, berapalah sangat amalan kita dibulan ramadhan ni. Siang beramal, malam menggatal. Setiap apa yang seronok di dunia ini sekejap. Mereka yang tak dapat mengejar dunia akan rasa kegagalan, manakala mereka yang sudah menikmati nikmat dunia akan merasa kekurangan. Heyy wanita janganlah terpedaya kepada kekasih yang nakkan “body” je. Lepas dah dapat rasa, pakwe kamu tu akan tinggalkan punya. Kalau tak kena tinggal pun, asyik kena marah je. Kamu pula akan sentiasa serba salah, sebab tubuh kamu telah diratah free. Nak marah pakwe takut dia lari, lalu kamu redha je dengan apa yang kaum laki ni lakukan.

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?