Salam rakan yang
disayangi dan dihargai. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Kesyukuran juga dipanjatkan kepada Allah SWT kerana memberi kita ruang
kelapangan masa untuk mencari serba sedikit ilmu dan pengetahuan.
Akhwan dan akhwat
hari ini kita melihat dunia begitu besar sebagai tujuan hidup. Namun segelintir
sahaja daripada kita yang melihat dunia ini sebagai batu loncatan keredaan
Allah SWT.
Hari ini saya ingin berkongsi tip mudah peroleh pahala. Opps sekejap. Sebelum
itu saya ingin mengajak kalian tarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian hembus
perlahan-lahan. Supaya diri kita lebih focus tentang apa yang ingin saya
sampaikan.
Saya tidak berminat untuk menjadikan artikel ini berat dan kompleks. Supaya ia
lebih mudah difahami. Bila kita duduk sorang-sorang kita selalu mengelamun. Tip
yang pertama nak dapat pahala mengelamun adalah niatkan kita melihat kebesaran
Allah SWT. Ucaplah SUBHANALLAH…
Percaya atau tak kita perolehi pahala daripada Allah SWT, insya ALLAH. Akhwan, bila kita renung berapa banyak yang kita sumbangkan kepada Islam. Berapa banyak ilmu yang kita belajar tentang Islam. Kalau belajar pun tak banyak, jangan ditanya tentang mengajar.
Ok. Sekarang saya nak
beritahu bahawa setiap guru mengajar & menyampaikan ilmu, kita sebagai
orang biasa mendapat tempias pahala. Apa yang seronoknya? Pahala kita sama
seperti guru yang mengajar itu tanpa dikurangi sedikit pun. Subhanallah, begitu
pemurahnya Allah SWT.
Tak perlu modal, tak perlu duit. Hanya guna kelebihan dalam diri kita untuk mendapat pahala. Caranya ialah kita ‘share’ segala input berkaitan agama dalam Facebook, Twitter, MySpace dan sebagainya. Setiap manusia yang lihat share kita, justeru terlintas menjadi baik. Subhanallah, sepanjang hidupnya membuat kebaikan kita dapat pahala. Haa… Nampak tak Maha Kaya Allah SWT.
Tak perlu modal, tak perlu duit. Hanya guna kelebihan dalam diri kita untuk mendapat pahala. Caranya ialah kita ‘share’ segala input berkaitan agama dalam Facebook, Twitter, MySpace dan sebagainya. Setiap manusia yang lihat share kita, justeru terlintas menjadi baik. Subhanallah, sepanjang hidupnya membuat kebaikan kita dapat pahala. Haa… Nampak tak Maha Kaya Allah SWT.
Akhwan dan akhwat, Allah ni sayang dekat kita. Dia bagi Syurga siapa sahaja
yang dia suka. Dengan syarat hambaNya itu ada usaha nak buat baik demi
keredhaan Allah SWT. Dalam facebook banyak benda kita boleh share atau tag.
Benda ini simple kalau kita tahu. Selepas tu, ada orang tanya.
“Saya tak pandai agama, macam mana nak share atau post-post dakwah”
Jawanpannya sahabat, anda hanya perlu ‘like’ page unsur dakwah. Cuba cari page
ustaz-ustaz kita contohnya Zaharuddin.net, Dr.Maza,
Prof.
Dr. Muhaya, Ustaz Zahazan dan banyak lagi. Dekat dalam page
diorang banyak cerita fasal dakwah atau kata-kata hikmah. Just click and share.
Insya ALLAH saham akhirat kita semakin bertambah.
Jika anda minat
kartun, like page-page dakwah santai contohnya Jom
baca hadis, mujahid(perkongsian ilmu, jom dakwah, Nahdah Muslim, Like
suka-suka jer dan macam-macam lagi.
Akhir kata akhwan dan akhwat, moga kita dapat mengambil manfaat sedikit
sebanyak daripada artikel kecil ini. Semoga saat ini kita mengorak langkah
menuju keredaan Ilahi. Bila lagi nak sumbangkan peranan kita sebagai hamba
ALLAH swt. Sekaranglah masanya.