"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."
Memaparkan catatan dengan label CERITA PENDEK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA PENDEK. Papar semua catatan

:: Darah Kita, Diri Kita ::

Salam rakan blogger yang disayangi, alhamdulillah hari ini kita berjumpa kembali diruangan lingkup kehidupan sebagai mukallaf yang diberi mandat oleh ALLAH s.w.t. untuk mentadbir muka bumi ini. Hari ini saya hendak bawakan komik yang berkisar tentang jenis darah manusia dan sikap-sikap mereka ayuh kita lihat ada tak yang kena dengan kita.

Weii..ISLAM ini SIMPLE la!!!


Salam ukhwah fi sabililah. Bagi yang kurang faham maknanya , salam persaudaraan di jalan ALLAH. Pokok pangkal kehidupan kita adalah ALLAH.. Kita makan, minum, bangun tidur, pergi pasar, melancong, semua ini hendaklah kita kaitkan dengan ALLAH, baru kerja dianggap ibadat bukan adat.

Adat dan ibadat adalah dua item yang berbeza. Contoh bagi duit raya, maklumlah sekarangkan masih raya lagi, so tak salah jika saya ambil contoh terkini. Bagi duit raya merupakan adat sebuah masyarakat di malaysia. Masa kecil dulu pergi rumah orang bukan nak makan kuih tapi nak duit. Maklumlah pemikiran kanak-kanak, duit merupakan perkara psaikologi mereka. Kalau tak percaya, cuba bagi seringgit ke, dua ringgit ke, dekat mereka ni, lepas tu suruh dia pergi baca buku. Ikut kajian 90 % kanak-kanak yang diberi duit ini akan baca buku. 


Haa..nampak tak bagi duit itu adalah adat sebuah masyarakat. Berbeza dengan ibadat, contohnya puasa, keluar zakat, berbuat baik kepada ibu bapa, solat hari raya (raya lagi). Ini semua adalah ibadat bagi seorang yang bergelar islam. Sebab apa perkara ni digelar ibadat? Kerana semua perbuatan ini dilakukan berasaskan dalil al-quran dan hadis RASULULLAH s.a.w. Setiap benda yang diperintahkan ALLAH dan rasulNYA merupakan perkara ibadat.

Ok, sekarang bagaimana kita nak jadikan adat kebiasaan masyarakat ini menjadi ibadat supaya kita peroleh pahala daripada ALLAH. Memang bestkan jika setiap saat dan tempat, kita peroleh pahala dan ganjaran ALLAH. Haa..mehh dengar elok-elok, cara dan bagaimana adat kebiasaan boleh kita jadikan ibadat.

Al-maklum semua daripada kita sudah mengetahui tentang hadis dan dalil-dalil quran, Misalnya ayat quran tentang berbuat baik kepada ibu bapa. Ayat quran ini menunjukkan perintah umum, asal perkara yang kita lakukan itu disenangi dan disukai oleh ibu bapa maka kita peroleh pahala. Sebab ada ayat quran yang memberitahu tentang ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa.

KALKULATOR DUNIA DAN AKHIRAT ITU BERBEZA


Salam tuan dan puan yang membaca blog ini. Semoga masih diberi kesihatan dan keupayaan daripada ALLAH untuk menjalankan rutin harian kita. Belum terlambat rasanya saya mengucapkan selamat hari raya. Di waktu beginilah pada kebiasaan aktiviti-aktiviti ziarah menziarahi, kunjung mengunjung, bagi duit raya dan macam-macam lagi. Apa yang penting? Memburu keredhaan ILAHI dan keampunan ALLAH.


Abang-abang dan akak-akak, kita ni sebenarnya murah hati, baik hati, tapi kadang-kadang busybody. Haa..jangan marah, itulah kenyataan kita sebagai manusia. Kalau busybody menentang maksiat, takpa la jugak, ini busybody nak ngumpat orang. Bertaubatlah dik, dan abang sekalian. Kita ni sekejap je dekat dunia ni. Kalau kira kalkulator dunia memang terasa lama, cuba kira menggunakan kalkulator. Contoh kita hidup dekat dunia ni paling lama pun 100 tahun, purata bagi seorang wanita umurnya 80 tahun, manakala bagi lelaki 75 tahun. Orang yang sampai 100 tahun begitu jarang untuk ditemui dikalangan kita.

1 HARI (akhirat) =1000 TAHUN (dunia)
*jika hidup 100 tahun, maka kiraanya
100/1000 x 24 = 2 JAM 40 MINIT (akhirat kita hidup)

Nak tahu formula tak. 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia seperti mana diberitakan melalui hadis-hadis dan kata ulamak. Berdasarkan nisbah ataupun ratio perkiraan matematik. Kita hanya hidup 2 jam 40 minit sahaja mengikut perkiraan hari akhirat. Sangat singkat dan sekejapnya kita bedara di dunia ini. Tolak makan, tolak minum, tolak main, tolak tidur, tolak bual-bual, hanya berapa jam sahaja kita memperuntukkan untuk berbuat amal. Itu belum tolak buat maksiat (nauzubillah min zalik). Jadi apa yang patut kita buat. First islah atau perbaiki diri kita balik. Sekurang-kurangnya perbuatan kita sekarang lebih baik daripada perbuatan kita sesaat yang lepas.

PERISTIWA DI MALAM “EKSPO PARIT RAJA”


Salam ukhwah blogger yang dihormati. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan akal. Teruskan kehidupan kita dengan riang dan gembira. Baru-baru ini saya berniaga di ekspo parit raja, johor. Memang meriah dengan ramainya gerombolan manusia berpusu-pusu memasuki pasar. Senario di pasar parit raja sukar digambarkan melalui perkataan, hanya mereka yang melihat dan pergi sahaja dapat membuat kesimpulan sebenar.

Baju BOBOI BOY (top product)
Dalam sibuk berniaga menjual baju budak-budak kecil. Seperti lazimnya saya dapat pelbagai pengalaman dan pengajaran yang mungkin kita boleh ambil sebagai iktibar. Firstly, kesibukan di sini bolehlah saya analogikan macam orang mengerjakan saie, sofa dan marwah. Betul punya ramai, sampai berhimpit-himpit. Maka timbullah masalah-masalah kegoyangan iman berlainan jantina. Ada yang mengambil kesempatan, meraba-raba, berpelukan, saling berpegang tangan (takut kekasihnya diambil kesempatan), padahal dia yang nak ambil kesempatan. Bagi mereka ruangan ekspo-ekspo inilah sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk buat perkara yang dikeji itu.

Abang-abang dan akak-akak, mari kita kira balik, berapalah sangat amalan kita dibulan ramadhan ni. Siang beramal, malam menggatal. Setiap apa yang seronok di dunia ini sekejap. Mereka yang tak dapat mengejar dunia akan rasa kegagalan, manakala mereka yang sudah menikmati nikmat dunia akan merasa kekurangan. Heyy wanita janganlah terpedaya kepada kekasih yang nakkan “body” je. Lepas dah dapat rasa, pakwe kamu tu akan tinggalkan punya. Kalau tak kena tinggal pun, asyik kena marah je. Kamu pula akan sentiasa serba salah, sebab tubuh kamu telah diratah free. Nak marah pakwe takut dia lari, lalu kamu redha je dengan apa yang kaum laki ni lakukan.

ORANG ASLI PERLUKAN KITA

“Adik, kami semua di sini perlukan kalian”. Itulah luahan seorang makcik diperkampungan tersebut. “Kami nak tahu sangat ilmu islam, tapi sayang kami hanya dikunjungi 1 bulan sekali”. Lihatlah kawan-kawan, mereka diceruk-ceruk hutan ini sentiasa inginkan ‘pelita islam’ untuk menerangi kehidupan mereka. Tapi sayang ada dikalangan kita yang memandang rendah kepada orang-orang di sini.



Mari kita jelajahi kehidupan mereka. Alhamdulillah saya dibukakan hati oleh ALLAH untuk menziarahi mereka. Walaupun baru habis kursus, kepenatan belum reda. Namun saya kuatkan juga nak lihat sendiri bagaimana kehidupan mereka di pedalaman. Setelah kami sampai kira-kira pukul 9.00 malam. Kebetulan malam tu malam penutup program bersama mereka.

Saya turut bersyukur kepada ALLAH sebab menemukan saya erti sebuah kenikmatan. Jika kalian lihat rumah-rumah mereka yang kecil, terasa sayu di hati memikirkan rutin harian mereka. Mereka tak didedahkan dengan informasi luar. Mereka hanya tahu perkembangan berita dikalangan mereka.

KELEBIHAN VS KEKURANGAN


Salam tuan dan puan. Selamat pagi daripada saya. Jika hari masih pagi semasa baca coretan ini. Saya waktu sekolah menengah dulu selalu fikir. “Aku ni dah besar nak jadi apa ya?”. Sibuk memikirkan tentang kerjaya semasa dewasa nanti. Rupa-rupanya kerjaya itu akan datang jika kita tahu kelebihan dan kekurangan kita.

Eh betul ni. Tak tipu punya. Insyallah saya bagitahu tip-tipnya. Ada orang merasakan diri mereka tidak berguna. Sebab mereka tak jumpa kelebihan yang ada pada diri. Ingat sekali lagi apa yang saya katakana di coretan saya sebelum ini. Manusia diciptakan ALLAH mempunyai faedah dan kelebihan. ALLAH tak kan ciptakan manusia sia-sia je dekat dunia ni. Pasti ada kelebihan, tapi jangan lupa kita juga ada kekurangan.

Orang yang paling bijak adalah mereka yang tahu kekurangan diri mereka dan mereka berjaya mengatasi kekurangan tersebut. Macamana nak tahu kekurangan ni? Nak cerita sikit. Jangan marah-marah. Ini reliti sifat dan sikap kita. Kadang-kadang manusia akan marah jika orang lain bagitahu tentang kekurangan dia. 

KAMBING PUN TAHU SENYUM



Salam tuan dan puan yang dirahmati ALLAH. Semoga sihat dan ceria selalu disamping keluarga tercinta.Senyumlah selalu untuk dapat kehidupan yang berkualiti. Eh betul? Kalau tanya saya, saya akan jawab betul sebab. Otak kita ni teransang berdasarkan emosi kita. Ingat, bukan nafsu je boleh teransang, otak pun sama jugak. Jika kita melakukan sesuatu kebaikan atau benda yang positif, maka otak kita teransang untuk melakukan yang positif.

Haa… dah jumpa kan tip nak bagi kita ceria. Hidup kena ceria-ceria. Janganlah muram dan monyok je. Nanti diri kita pun monyok jugak. Sebab itu banyak masalah yang timbul. Masalah di tempat kerja. Masalah dengan kawan, keluarga dan semua orang yang berhubung dengan kita.

Nak tahu tak dengan senyum jugak kita dapat selesaikan masalah kita. Nak tahu macamana? Ni nak cerita sikit ni. Bila kita ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Waktu tu sebenarnya otak kita tidak menggunakan keseluruhan daya pemikiran untuk fikir cara penyelesaian. Sebab tu kita kena senyum untuk aktifkan minda kita ke arah pemikiran positif. Barulah masalah dapat diselesaikan. Jadi abang-abang, akak-akak, adik-adik kalau ada masalah cuba senyum kalau tak boleh, paksa-paksa senyum. Kerana mungkin diri kita ni kena paksa baru nak jadi.

"NANTI KAU DAH BESAR, KAU TAHU LA"...

GAMBAR HIASAN


Salam dan apa khabar semua? Moga-moga hari ini kita masih lagi dibawah kerahmatan dan keberkatan ALLAH. Alhamdulillah, hari ini membuatkan hati kita tergerak kepada pengisian ilmu. Tak kira apa jua bidang ilmu yang kita belajar. Yang pasti semua ilmu itu milik dan kepunyaan ALLAH.

Abang, akak, tuan dan puan yang dirahmati ALLAH. Amin. Haa.. bila kita dengar seseorang itu mengatakan kebaikan yang menjuruskan kepada diri kita. Cepat-cepat sebut amin. Kenapa ya? Sebabnya bila orang tu sebut kebaikan yang ditujukan kepada kita. Itu bermaksud dia sedang mendoakan kita. Lagi-lagi kalau dekat majlis ilmu, bukan kita je yang sebut amin, bahkan para malaikat yang beribu-ribu meng’amin’kan juga doa itu. Haa.. untungkan.

Mari kita buka minda kita, tenangkan hati kita dengan perkongsiaan ilmu ini. Dulu saya gemar membuat artikel bercirikan akademik, lebih complex gitu. Memang tatabahasa dan ejaan saya jaga betul. Tapi semenjak beberapa hari ini, saya lebih gemar menulis dengan penuliasan yang lebih santai. Supaya mudah difahami. Asalkan isinya sampai kepada pembaca yang budiman. Amin.

Dulu masa saya kecil saya sering diberitahu oleh orang-orang veteran ataupun usia mas. Mereka kata dekat saya “budak kecik tak boleh dengar orang-orang tua cerita” , “alah nanti kau dah besar kau tahu lar” , “jangan menyampuk orang tua cakap”. Haa betul tak. Saya yakin kalau tak semua pun,  2/3 daripada kalangan pembaca menghadapi situasi yang sama macam saya. Maklumlah saya tulis

Pemuda bisikan SYAITAN!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Tazkirah Kejap. Semoga kalian berada dalam keadaan aman dan bahagia. Mungkin ada yang kecewa tapi itu sementera sahaja. Mungkin juga ada yang sedang suka tapi ingat dengan kesukaan akan membawa kedukaan.
Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita semua beroleh syafaat daripadanya. Bersyukur juga kehadrat Allah s.w.t. kerana masih lagi memberi ruang lingkup kehidupan di dunia untuk kita memanfaatkan kebaikan.

Hari ini TK hendak bawakan tajuk Pemuda BISIKAN syaitan. Di sini TK bawakan surah yang berkaitan tentang tajuk ini.


Maksudnya :

Bila ATOK sudah berpesan...

Gambar Hiasan


Salam semua pengunjung yang dihormati dan dirahmati Allah s.w.t.. Alhamdulillah hari ini kita bahagia dan gembira disamping keluarga. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan nikmat bahagia tersebut. Hari ini TK hendak kongsikan sebuah kisah yang menarik dengan seorang tua dan budak kecil.

                Mereka berbual dengan rancak tanpa menghiraukan orang disekelilingnya. Berlakulah soal jawab antara mereka. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tegap dan gagah di hadapan mereka. Mengikut adat dalam Islam pemuda tadi haruslah memberi salam kepada yang duduk lebih-lebih lagi yang duduk di situ adalah golongan yang lebih tua. Maka berlakulah konflik atau persoalan anak kecil tadi dengan orang tua tersebut.

        “Atok..kenapa pemuda tadi muka masam je??”

Kisah TOK IMAM dengan MAT LEPAK..!!

Gambar Hiasan

Salam semua kawan-kawan yang dihormati. Dalam kita berbincang dan berbual di ruangan maya ini ada segelintir yang menganggap web agama kebanyakkan membosankan. Tambahan lagi kurang siapa yang kurang faham tentangnya. Lebih-lebih lagi, jika sudah habis baca pun masih tidak faham. Pada peringkat ini sebenarnya kita kena selitkan entri-entri yang boleh menaikkan semangat mereka untuk lebih cenderung memahami agama.

Hari ini buat pertama kali TK bawakan entri berkisar jenaka untuk adik-adik, akak-akak atau abang-abang di ruangan Tazkirah Kejap. Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

               Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Mazlan, sorang bernama Azlan dan sorang lagi bernama Safri. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.


HUTANG perosak kehidupan



Salam rakan blog Tazkirah Kejap. Bagaimana hari ini? Mungkin kita gembira.. mungkin juga kita derita dengan pelbagai masalah diri dan keluarga. Hari ini TK nak kongsikan coretan bab HUTANG. Siapa sepanjang hidupnya tidak pernah berhutang, mungkin itu suatu yang mustahil untuk kita elakkan. Siapa yang selalu berhutang, mungkin ini menjadi kebiasaan bagi diri setiap insan.

                TK Cuma nak kongsi sedikit pengalaman TK dengan kalian tentang orang yang berhutang ini. Pertama, jika kita nak berhutang, kita kena pastikan yang kita mampu bayar balik hutang kita. Andaikata tidak mampu, gunakanlah bekalan yang sedia ada.

                Biasanya orang yang berhutan ini dia inginkan sesuatu yang lebih daripada yang dia ada sekarang. Contohnya tahun ini dia ada simpanan RM3000, oleh sebab hendakkan simpanan yang lebih banyak, dia sanggup berhutang untuk melabur, membuka rangkaian perniagaan yang lebih besar atau pun menginginkan sesuatu yang luar dari kemampuan diri mereka.

Raja Namrud berlawan dengan nyamuk..

Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT dengan tentera nyamuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri.” (Al-Muddatsir: 31) Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Kisah Abu Hanifah dengan Si Pemalas...

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata,


 "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Air mata Nabi Adam...




Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.

            Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." 
      
           Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

          Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Jin yang irihati kepada Ratu Balqis...



Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.


        Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca. 

Kisah Abu Hanifah dengan Si Atheis...



JAWAPAN MENGGUNAKAN LOGIK...!!!


Imam Abu Hanifah pernah bercerita : Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Ulama-ulama Islam membiarkan saja, kecuali seorang, iaitu Hammad guru Abu Hanifah, oleh kerana itu dia segan bila bertemu dengannya. Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu
mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata:

"Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan".

MaKa Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun dia pun BAngUN berkata:

"Katakan pendapat tuan!".

Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya: Atheis :
Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan? Abu Hanifah : Allah berfirman:

"Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"

Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya?, Pada tahun berapa Dia ada?


Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?