"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Kisah TOK IMAM dengan MAT LEPAK..!!

Gambar Hiasan

Salam semua kawan-kawan yang dihormati. Dalam kita berbincang dan berbual di ruangan maya ini ada segelintir yang menganggap web agama kebanyakkan membosankan. Tambahan lagi kurang siapa yang kurang faham tentangnya. Lebih-lebih lagi, jika sudah habis baca pun masih tidak faham. Pada peringkat ini sebenarnya kita kena selitkan entri-entri yang boleh menaikkan semangat mereka untuk lebih cenderung memahami agama.

Hari ini buat pertama kali TK bawakan entri berkisar jenaka untuk adik-adik, akak-akak atau abang-abang di ruangan Tazkirah Kejap. Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

               Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Mazlan, sorang bernama Azlan dan sorang lagi bernama Safri. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.


Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.

Tok imam mencabar 3 orang itu ke surau pada waktu Maghrib.

Si Mazlan pun berkata, "Tok imam ingat kami ni kurang pandai ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh Mazlan azan. Tanpa berlengah terus je Mazlan azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera Tok imam merampas mikrofon daripada Mazlan & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Mazlan.

Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk.. Masuk je kali ketiga, Azlan panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

Tok imam pun undur le ke belakang. Azlan pun angkat takbiratul ihram.
"Allahu Akbar!"
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Tiba-tiba si Azlan ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali je tok!!"
lalu batallah solat Azlan. Yang lain-lain pun ikut berhenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pula si Safri jadi imam. Si Safri pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam dekat si Safri ni.

Lepas solat, Tok imam pun puji-memuji si Safri ni... dengan bongkaknye si Safri berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..."
Tok imam pun terkedu dan terpana dengan kelakuan Si Safri.

“Moral of story” daripada cerita ini, TK berharap agar orang yang berilmu mengajak kepada kebaikan dengan cara berkhemah dan bijaksana. Kebanyakan daripada mereka yang kurang arif ilmunya tentang agama bukan kerana mereka tidak tahu Islam tetapi cara dan kaedah mengajak kepada agama itu kadang-kadang tersilap. Gunakanlah pendekatan bukan desakan, insyallah sedikit sebanyak mereka akan terima.

                Ada seorang rakan saya melarang sungguh jika penceramah menyelitkan babak jenaka dalam ceramahnya. Dia memberikan hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya, sesiapa yang membuat lawak yang menyebabkan orang lain ketawa akan dicampakkan ke neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan. Maaf jika TK tersilap tafsirnya, ataupun hadis ini lemah dari satu sudut. Tetapi inilah hujah dia dan terus melarang penceramah membuat jenaka. Pada pengamatan TK, lawak jenaka tidak salah jika betul niatnya. Mungkin gaya penceramah tersebut menyampaikan ilmu manarik minat pemuda dan remaja sekarang. Lebih baik mereka (remaja) duduk di masjid dengar ceramah daripada melepak dan ketawa di tepi jalan. Namun ini adalah pendapat TK.

                Bagi yang suka melepak pula, marilah kita sama-sama cuba mengamalkan ilmu agama walau sedikit. Mulakan dengan benda yang senang. Lafaz “Astaghfirullah” sebanyak mana yang kita mampu pun sudah memadai. Bukan tiba-tiba jadi imam masjid, semestinya akan membuatkan kita lagi takut ke masjid. Jaga solat sudah memadai untuk kita mula berubah. Jika solat kita jaga, percayalah semua perkara dalam Islam kita akan patuhi dengan redha dan rela.

                Akhir daripada TK, jangan pandang seseorang melalui luaran dan gerak gerinya kerana kita akan memandang rendah kepadanya dan akan tertutup pintu ilmu daripadanya, tetapi dengarlah setiap percakapan dan tegurannya moga kita peroleh ilmu daripadanya. Moga kita dibersihkan hati dengan mangamalkan zikrullah.Amin..Wasalam....

6 ulasan:

  1. btul2 aq penah tgk imam mcm tu..
    gt nak gnti je imam tu

    BalasPadam
  2. ye, manusia ni mudah bosan dengan ajakan/paksaan utk melakukan sesuatu dengan ikhlas lebih2 lg bab agama. Selitkan sedikit unsur2 lawak dn jgnlah pula keterlaluan. Utk membuka minda dan menarik hati mereka.

    BalasPadam
  3. manusia sekarang dalam segenap hal tak pernah nak serius..mesti nak kene ade lawak.kalau penceramah tu tak ada lawak, dikatanya tak best & boring & tak pandai menarik hati masyarakat & tak pandai berdakwah. saya nak tanya, adakah soal syurga dan neraka ni perlu ada lawak-lawak?

    BalasPadam
  4. lawak sememang nye perlu diselitkan..
    tp bab hukum syurga dan neraka perlu diubah cara penyampaiannya agar ia lebih difahami...
    cerita di atas hanya rekaan supaya ia tidak dilakukan.. sukran akhi

    BalasPadam
  5. that right......
    cara penyampain dakwah masa kini kita xboleh lagi seperti dulu....
    perlukan pembaharuan seiring dengan peningkatan dan pembangunan dunia...
    islam bersifat universal.....
    tidak salah jika unsur2 dakwah itu dapat dilakukan cara sedemikian rupa....
    kerana dengan cara berbaza akan menarik minat para jemaah untuk lebih memahami apa yang ingin disampaikan.....

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?