Salam rakan… Ini adalah rentetan daripada Si Khunsa ingin berkahwin.. Apa Hukumnya???... Bagi menentukan Khunsa Ghairu Musykil ada beberapa cara yang ulamak berikan penentuan.
Pertama: Melihat cara keluar air kencing
- Apabila air kencing itu keluar melalui zakar maka ia adalah lelaki begitu juga sebaliknya. Bagaimana jika air kencing itu keluar melalui kedua-duanya??? Maka di sini perlu dilihat, manakah yang terlebih dahulu keluar. Jika yang keluar dahulu melalui zakar maka dia adalah lelaki begitulah sebaliknya. Jika air kencing itu keluar pada waktu yang sama, maka dilihat pula mana satu yang lebih lama keluarnya. Jika keluarnya sama dan berhentinya juga sama maka khunsa tersebut dihukum sebagai khunsa musykil
Kedua: Malihat cara keluar air mani
- Jika air mani keluar melalui zakar maka dihukumkan dia adalah lelaki begitu juga sebaliknya. Jika keluarnya berubah-ubah, saling berganti maka ia dikategorikan sebagai khunsa musykil.
- Jika keluar darah haid daripada kemaluannya maka ia dihukumkan sebagai perempuan, kerana lelaki tidak akan keluar haid daripada kemaluannya. Jika pada masa yang sama di keluar haid daripada faraj dan kencing melalui zakar ia dikategori sebagai khunsa musykil.
Keempat: Kehamilan
- Jika seorang khunsa itu hamil maka dihukumkan dia adalah perempuan.
Kelima: Pertumbuhan organ tubuh
- Jika khunsa itu berjanggut dan misai serta berkecenderungan nafsu terhadap wanita maka dia dihukumkan sebagai lelaki. Sebaliknya jika payudara yang tumbuh dan montok maka dia dihukumkan sebagai perempuan.
Di sini kita lihat bahawa Islam itu mempunyai peraturan dan sistematik yang lengkap. Dapat kita lihat bahawa khunsa tidak dibiarkan begitu sahaja dalam konflik kehidupan. Mereka juga diberi peluang untuk hidup sama dan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Wallahua’lam…
ha!sy mmg tgh k0npius pasal khunsa..tenkiu ye f0r this inf0..btw tuan umah,ade award utk anda kat bel0g sy..sgt2 bbesar ati kl0 anda sudi amik and k0men..ni die link ye
BalasPadamhttp://atikanatasha.blogspot.com/2010/12/an0ther-tag-by-cik-nurun-syg.html
insyallah saya lihat blog atika... ada award ye..
BalasPadam