"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Oh.. macam ni rupanya kita



Assalamualaikum semua rakan blog TK yang disayangi. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk kita memdengar, mengkaji dan menelaah bahan bacaan ilmiah. Moga-moga kalian berada dalam ‘mood positive’ pada hari ini. 

       Sebenarnya tidak semua orang atau manusia diberi ruang lingkup dalam kehidupan seharian mereka untuk ruangan ilmu. Mereka kadang-kadang merasakan ilmu ni hanya untuk zaman persekolahan dan universiti. Padahal ilmu Allah itu luas dan kita tidak akan dapat keseluruhannya walaupun kita hidup 1000 tahun.

Fahaman yang salah!!
                Kalau dulu ibu bapa kita beritahu kita “Along belajar betul-betul dekat sekolah, nanti boleh jadi doktor atau peguam”. Cuba kita lihat ayat ini dari perspektif tersiratnya, ini bermaksud bahawa ilmu itu telah sempurna dan lengkap bila kita telah mencapai sesuatu matlamat yang diimpikan. Ini bertentangan dengan pendapat TK bahawa ilmu ada penghujungnya.


                Ya, memang benar kita mesti mempunyai impian dan cita-cita. Kalau tiada impian dikata pula seperti “mendayung sampan ditengah lautan tanpa berfikir tempat tujuan”. Pada pemikiran TK, “life is a journey, not a destination” … dalam konteks ini menunjukkan bahawa kehidupan itu adalah satu perjalanan yang tiada penghujungnya, ia bukanlah satu destinasi yang kita impikan. Destinasi dalam ungkapan itu adalah Akhirat. 

                Justeru itu, kita sebagai khalifah dan pemegang amanah Allah di muka bumi ini hendaklah sentiasa mencari, mengkaji dan memahami sebanyak mana ilmu yang Allah peruntukkan kita di dunia ini. 

“Jangan kita sombong dan angkuh dengan status PHD yang kita miliki kerana belum tentu kita mahir dalam ilmu pertukangan. Jangan kita kata kita adalah ulama’ agama yang alim dalam semua perkara kerana belum tentu kita alim dalam ilmu masakan”

Kesimpulan di sini, TK nak sampaikan bahawa tinggi mana pun kita belajar, hebat mana pun kita berguru kita tetap ada kekurangan. Andaikata kita ada kelebihan jangan kita terlalu bangga dengan pemberian Allah itu kepada kita, kerana kita adalah seorang peminjam.Setiap manusia Allah bahagikan kelebihan dan kekurangan yang berbeza-beza. 

Andaikata kita hebat dalam sesuatu bidang jangan kita pandang hina dan cerca orang yang lemah dalam bidang tersebut, kerana mungkin orang yang lemah tadi mempunyai kehebatan dan kelebihan yang tiada pada diri kita.

Sekian sahaja daripada TK untuk coretan kali ini. Insyallah di masa akan datang kita perbincangkan lagi hal-hal kehidupan dunia masa kini. Wasalam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?