"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Betul ke 'WUDUK' kita ada MAGIK??




Salam muhibbah daripada TK, moga hari ini kita lebih baik daripada semalam. Entri yang lepas TK ada mengatakan tentang keutamaan ilmu perubatan dalam Islam. Sebenarnya kita sahaja yang tidak menyedari bahawa perlakuan kita selama ini merupakan ubat kita pada setiap hari.

                Setelah diteliti satu persatu ajaran Islam, kita pasti akan temui mengapa dan kenapa Islam mensyariatkan sesuatu perlakuan. Kalau dulu kita mempraktik tanpa mengkaji dan meneliti, cuba kali ini kita buat dan kita rasai keberkesanan syariat Islam dalam kehidupan kita. Ayuh kita selongkar kehebatan Islam dalam ilmu perubatan.

“Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Jika ubat telah mengenai penyakit, penyakit itu pasti sembuh dengan keizinan Allah Azza wa Jalla”
                                                                                                                                                Riwayat Muslim

                Hadis di atas memberi keyakinan kepada pesakit dan pengubatnya bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Dalam riwayat Imam Ahmad disebut kecuali penyakit tua. Usah kita risau dengan penyakit yang ada pada
tubuh badan kita. Seharusnya kita bersyukur dengan penyakit yang datangnya daripada Allah S.W.T. Secara langsung, Allah masih sayangkan kita.

                Dalam entri TK pada kali ini, TK ingin memfokuskan bab berubat dengan wuduk. Mesti terlintas di fikiran kita apakah dengan wuduk kita boleh berubat. Betul ke TK? Jika kalian tanya kepada TK , semestinya TK jawab Insyallah atas keizinan Allah.

                Setelah menelaah kajian yang dibuat oleh Dr. Magomedov. Dia merupakan seorang pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology di Daghestan State Medical Academy dalam artikelnya Muslim Rituals and Their Effect the Person’s Health bahawa wuduk yang setiap sebelum solat fardu kita lakukan dapat membangkitkan dan merangsang aura tubuh secara semula jadi.

                Aura ini kalau yang kurang faham, bolehlah diertikan sebagai Nur(Cahaya) tubuh yang menjadi asbab wajah kita berseri-seri dan tampak sejuk mata memandang. Pernah atau tidak kita dengar orang kata : “kalau muka macam awak ini, boleh jadi penceramah bebas sebab muka awak ada aura”.. “awak ini ada auralah, saya tengok awak tenang je hati”... Bermacam-macam lagi contoh yang boleh kita definisikan sebagai Aura ataupun lebih senang ‘daya penarik’.

                Menurut Dr. Magomedov rangsangan itu muncul pada seluruh tubuh, khususnya kawasan yang dikenali sebagai Biological Active Spots (BASes). BASes hampir sama dengan istilah titik refleksologi ala Cina. Pada kebiasaannya cara untuk merangsang titik tersebut hendaklah melalui tekanan atau cucukan jarum. Pasti ramai yang berfikir, kalau tekanan baru mendatangkan kesan bagaimana wuduk boleh merangsangkan.

                Sebenarnya terdapat 700 BASes di tubuh kita. 65 daripadanya mempunyai kesan reflek yang cepat. Ia memadai dengan hanya urutan ringan atau mengusap lembut untuk mengaktifkannya. Tempat ini dikenali sebagai Drastic Spot. Tambahan lagi, 61 daripada 65 terletak pada anggota wuduk.

                Dalam ilmu perubatan moden ia dikenali sebagai hidromassage(urutan menggunakan air sebagai cara penyembuhan). Contohnya menyapu air ketika membasuh muka dapat memberi kesan positif pada usus, ginjal dan sistem saraf. Selain itu wuduk juga dapat mencegah kulit daripada dimasuki kuman penyakit yang merupakan orang terbesar tubuh yang ditugaskan untuk melindungi badan kita racun, kimia, penyakit dan pengawal suhu badan.

                Sekian dulu daripada TK moga kita dapat mengamalkan wuduk tidak semestinya ketika hendak solat tetapi dalam kehidupan seharian kita. Insyallah kita dapat rahmat daripada Allah selain menangkis penyakit luaran menggunakan ‘benteng’ wuduk. Aminn.. Wasalam…. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?