"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Tegur Menegur...Baik ke Buruk?


TEGUR MENEGUR

Salam pengunjung pada hari ini, Alhamdulillah hari ini kita diberi ruang masa untuk kita perbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Adakala kita terlupa dengan kesibukkan diri kita di pentas dunia. Maklumlah kita ini makhluk namanya manusia. Perkataan ‘manusia’ itu sendiri membawa maksud ‘lupa’.

        Setelah sibuk bekerja sepanjang hari, apa salahnya kita peruntukkan diri kita sejenak untuk kita mengingati bila akan berhentinya detik nadi kita. Mungkin ada orang berpendapat

        “Aku masih muda, takde masa nak ingat mati ni, mati lambat lagi”

        Pernah tak kita terfikir bahawa kita ini dekat mana pun boleh mati. Pernah tak kita rasa bahawa setiap saat kita sedang diperhatikan. Pernah tak kita anggap bahawa kita ini lemah disisi Allah s.w.t. Tapi fitrah diri ini selalu mengatakan bahawa kita perancang kehidupan. Diri ini juga berkata bahawa kita tidak perlu diperhatikan kerana kita tahu beza kebaikan dan kejahatan. Tambah lagi,  kita ini punya kekuatan untuk kita lawan semua kejahatan. 

        Berbicara memang mengasyikkan, kadang-kadang kita lupa bahawa setiap pertuturan akan dihisab di timbangan. Andai kata kita bercakap tentang kebaikan, bersyukurlah akan dibalas dengan kenikmatan. Andai kata sebaliknya, nauzubillah bahawa kesengsaraan menunggu di hadapan.

        “urmm, aku tahulah nak buat apa, tak perlu nak ingatkan, aku pun dah besar”

        Kebiasaan orang bila dtegur akan membawa pelbagai reaksi. Mengikut kajian TK bahawa tindak balas orang yang ditegur terbahagi kepada 4 bahagian. 

·       Bila ditegur dia akan melawan kerana sifat ego dan sombong dalam diri tanpa memberi hujah, mungkin kerana dia kurang ilmu dalam bab tersebut.

·       Bila ditegur dia akan melawan dengan hujah yang bertentangan dengan kita, mungkin kerana dia orang ilmuan dan dihormati masyarakat.
·       Bila ditegur dia akan berdiam diri tanpa reaksi sama ada dia menerima atau menolak teguran tersebut, mungkin dia seorang yang ‘open minded’ dengan semua hujah.

·       Bila ditegur dia akan tegur kita balik, mungkin kerana orang ini memang selalu menegur orang.

Sebenarnya TK mengklasifikasikan golongan tersebut atas pengingatan kita sendiri. TK ada jumpa seorang rakan. Dia memang seorang yang berilmu, berkarisma dan pendai berceramah. Sifat tersebut memang TK ‘respect’ akan tetapi setiap manusia ini ada kekurangan. Satu hari TK tegur dia bab solat, mungkin satu bab ini dia kurang terperinci mempelajarinya. Tiba-tiba dia kata:

        “Kau ni kalau nak tegur aku biar tengok sikit diri tu, mana dalil dan perbahasan ulama’, jangan tegur orang kalau tidak belajar habis”

Tersentak hati ini bila rakan yang dulu TK ‘respect’ kata begitu. TK sangka baik mungkin ketika itu dia sedang ‘bad mood’. Kita sebagai muslim di bumi Allah s.w.t tambahan lagi umat akhir zaman ini, begitu cetek ilmu jika dibandingkan dengan ulama’ terdahulu. 

        Oleh itu, kalau kita punyai ilmu setinggi gunung pun belum tentu kita tahu apa semut di bawah berbual. Jangan kita sombong dengan diri atas tiket ilmu yang kita ada. Jika kita terus-terusan tidak boleh ditegur maknanya kita tidak bersedia menerima ilmu daripada orang yang menegur kita. Ilmu yang ada untuk dikongsi bukan untuk disimpan dan dibanggakan. 

“Seorang guru yang berpengalaman dan berilmu pun belum tentu dia tahu apa ilmu yang ada pada anak muridnya.”

Kerana ilmu dan pengalaman setiap manusia itu berbeza. Akhir sekali buat teman blog andaikata kata-kata TK ini boleh diguna pakai dan dipraktikkan gunakanlah dalam kehidupan. Bukalah hati dan fikiran kita untuk sedia ditegur. 

        Anggaplah orang yang menegur sebagai guru dan kita sebagai anak muridnya. Mungkin dengan cara ini kita boleh menerima dengan hati yang terbuka. Aminn…Wasalam daripada TK.

1 ulasan:

  1. betul tu...
    kita kalau dah jd guru pun...
    perlu juga meminta teguran...
    agar kita lebih tawaduk dengan ilmu..
    yang ada

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?