"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Lelong...Lelong...Lelong... apa hukumnya???




Assalamualaikum rakan blogger yang disayangi, hari ini TK hendak bawakan tajuk berkaitan LELONG. Adakah ia dibenarkan atau tidak di dalam Islam. Disebabkan ramai diluar sana yang keliru ada atau tidak lelong ini pada zaman Rasulullah S.A.W. atau zaman sahabat. Setelah diselidiki dan dikaji maka terimalah santapan entri terbaru TK.

                Lelong ini boleh didefinisikan sebagai jual beli yang dikenali dalam Islam sebagai ‘al-muzayadah’ dari sudut bahasa bermaksud ‘saling naik-menaik’. Dalam konteks jual beli lelong ini semua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual. Sesiapa yang menawarkan harga tertinggi dinobatkan sebagai pemenang.

                Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan beerti pihak penjual telah bersetuju dengan satu ketetapan harga dan diikuti kontrak jual beli yang mengandungi ijab dan Kabul termeterai secara automatic antara kedua-dua belah pihak.

                Mengikut hukum Islam jual beli ini adalah HALAL namun dengan syarat-syarat tertentu. Sebagai hujah TK dalam menghukumkan halal bedasarkan hadis ini:

Rasulullah S.A.W. menjual gelas dan hils(hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang atau pelana). Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud (memulakan tawaran) : “Sesiapa yang ingin membeli pelana dan gelas ini?” Lalu berkata seorang lelaki: “Aku setuju untuk mengambilnya (membeli) dengan harga satu dirham” Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda lagi: “Ada sesiapa yang ingin membayar lebih daripada satu dirham?” Lalu seorang lelaki bersetuju dan membayar dua dirham. Lalu Rasulullah S.A.W. menjual kepada lelaki itu. (Riwayat al-Tirmizi no. 1139. Menurut al-Tirmizi hadis ini Hasan)

Hukum berkaitan lelong ini jual telah ada ijmak tentang keharusannya, sebagaimana yang telah disebut oleh para ulamak mazhab Hanbali. Manakala mazhab Syafi’I mestilah ia tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli. Jika ia sebagai al-Najash yang haram.

                Majlis Fiqah Antarabangsa yang bernaung di bawah al-Munazzamah al-Muktamar al-Islami telah pun mengeluarkan butiran keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya.

1.           1. Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti 
                  catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran,   
                  pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak 
                  bercanggah dengan hukum syariah.

2.                               2. Penganjur atau penjual dibenarkan meminta  
                  jaminan daripada mereka yang turut serta dalam 
                  majlis lelongan bagi memastikan semua daripada 
                  mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar 
                  dan bersedia dengan pembelian sekiranya menang.

3.                                3. Dibenarkan penganjur lelongan mengambil cas 
                  kemasukan atau penyertaan dengan syarat tidak 
                  melebihi nilai sebenar. Ini bermakna ia mestilah nilai 
                  minimum dan pihak penganjur tidak akan 
                  mengambil keuntungan daripadanya kecuali sekadar 
                  urusan pentadbiran sahaja.
4.                                4. Diharamkan pihak penganjur atau penjual 
                  melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan 
                  naik. Ia dinamakan al-Najash yang diharamkan 
                  secara jelas oleh Rasulullah S.A.W. Antara bentuk-
                  bentuk lain bagi al-Najash ialah orang yang tidak 
                  membeli mempromosikan barang yang dijual 
                  dengan pujian bekenaan kualiti berdasarkan 
                  kepakarannya. Ini dilakukan bagi mendorong peserta
                  menaikkan harga sedangkan apa yang dikatakan 
                  adalah dirancang oleh pihak penjual.
5.                                 
                                       5. Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, 
                  kononnya jualan sedang berada ditahap yang sangat  
                  murah.
6.                           
                                        6. Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan 
                  yang boleh dibaca. Didengar dan dilihat bagi
                  menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak
                  sedemikian.

Kesimpulannya daripada TK andai kita hendak membeli atau menjual barangan lelong semestinya kita mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Insyallah kita diperoleh keberkatan daripada Allah S.W.T. dalam kehidupan kita. Waallahua’lam… 

5 ulasan:

  1. boleh bertanya...
    bagaimana kalau lelong bank?
    ada sesiapa boleh beri penjelasan....

    BalasPadam
  2. e-bay tu macam mana pulak..?

    BalasPadam
  3. hukum lelong di ebay.. HARUS selagi mana mengikut syarat2 di atas...
    dan tidak melakukan jual beli emas, perak, mata wang...

    BalasPadam
  4. bgaimana pula leleongan dari pajak gadai islam...mcm brg kemas emas...

    BalasPadam
  5. lelongan pajak gadai (ar-rahnu) dibenarkan atas sebab emas tersebut sudah menjadi milik bank selepas tuan punya gagal menebus emas tersebut...

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?