"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Muslim sebenar adalah Muslim yang sihat.....





Assalamualaikum rakan blogger semua, semoga kalian dalam keadaan sihat dan sejahtera. Sebut perkataan sihat ini, ramai yang dekat luar sana sentiasa mahu sihat sepanjang masa. Tetapi mereka hanya kata hendak sihat tanpa mengetahui bagaimana cara untuk sihat. Dalam entri TK pada kali ini, TK ingin bawa satu kaedah yang ‘simple’ untuk kita sihat.

                Sebelum itu TK ingin kita buka minda bahawa sihat dan sakit ini daripada Allah S.W.T. , kedua-duanya mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sebelum ini TK ada bawakan entri beruntungnya orang sakit pada musim yang lepas. Hari ini TK akan menjelaskan pula bagi sesiapa yang belum mengalami kesakitan yang serius supaya mencegah diri mereka daripada sakit.

               Sememangnya sakit dan sihat itu datang daripada Allah S.W.T. tetapi kita sebagai hamba mestilah menjaga pinjaman tubuh badan yang Allah S.W.T. berikan kepada kita. Ibarat kalau kita pinjam barang daripada seseorang dalam keadaan baik, mestilah pulang dalam keadaan baik. Kembali kepada topik yang ingin TK ceritakan.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat dirinya sedang tidur mengerekot akibat sakit perut. Beliau lantas bertanya. “Apakah perut kamu sakit?” Dia menjawab, “Benar, wahai nabi.” Kemudian Nabi bersabda, “Bangunlah dan dirikanlah solat. Sesungguhnya dalam solat ada ubat.”
(Ibnu Majah)

                Dalam hadis di atas disebut, solat dapat membebaskan diri kita daripada sakit dalam hati dan usus. Ini bersandarkan kepada 3 sebab.

-          Pertama : Solat adalah milik Allah S.W.T. bermaksud solat adalah ibadah yang boleh menolak penyakit dengan keberkatan.
-          Kedua     : Solat adalah perkara psikologi bermaksud solat boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit yang ada.
-          Ketiga     : Solat adalah perkara seimbang bermaksud solat merupakan senaman jasmani bagi kesihatan kita.

Kata Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad Sayyid, “selain senaman jiwa solat juga merupakan senaman jasmani. Sebab solat itu terdiri daripada gerakan tubuh seperti berdiri, rukuk, sujud, berhenti seketika, keikhlasan, perasaan tunduk dan rendah diri. Perlakuan ini secara tidak langsung menggerakkan sendi-sendi terutamanya di bahagian usus dan perut.

                Apa kata mereka???

Menurut Prof. Dr. Von Screber, pakar perubatan daripada Belanda. Beliau berkata “Pergerakan solat menurut Islam adalah suatu cara memperoleh kesihatan.

TK bagi hujah lain menurut Prof. Dr. Andry, pakar perubatan Paris. “Pergerakan solat yang dilakukan setiap hari membantu menurunkan berat badan dan mengurangi penyakit kegemukan”.

Dr. Alexis Carel pemenang hadiah nobel dalam bidang perubatan di Amerika menyatakan “ Solat menghasilkan aktiviti pada pertahanan tubuh dan anggota badan. Sebagai doktor, saya melihat ramai pesakit gagal dalam pengubatan dan doctor tidak mampu mengubatinya. Jadi, ketika pesakit membiasakan diri mendirikan solat, ternyata penyakit mereka hilang. Sesungguhnya solat bagaikan sinar-X yang memancarkan sinar dan melahirkan kekuatan diri”.

Kita lihat pula apa kata Dr. Edwind Frederick Pourz. “ Menyembuhkan banyak penyakit dalam tempoh yang cepat, ia sukar dilakukan. Namun saya tidak menghiraukan semua keajaiban perubatan yang ada di dunia ini. Masih banyak keajaiban lain dapat menyembuhkan penyakit tempang, lumpuh, buta dan sebagainya. Tetapi terdapat beribu kes yang belum dapat ditangani oleh doktor atau pakar terkenal tentang cara mengubatinya. Jadi penyembuhnya adalah melalui keajaiban solat”.

Bagi sesiapa yang susah hendak tidur, jom kita lihat apa kata Dr. Thomas Heslubb “ Solat dapat mengendurkan urat saraf yang tegang akibat insomnia (sukar tidur) . Menurutnya faktor penting supaya dapat tidur adalah melakukan solat. Solat adalah cara terbaik mendapatkan ketenangan jiwa dan mengendurkan urat saraf”.


Di sini TK fokuskan tentang kajian-kajian mengingkap hikmah solat dalam bentuk kesihatan. Mungkin benar dan mungkin juga salah. Sikap pertama yang perlu kita pegang adalah kewajipan beribadah, selepas itu baru kita dapat menyebut kelebihan daripadanya. Sekiranya solat tidak mempunyai kelebihan seperti itu selain symbol ketaatan kepada Allah S.W.T. , maka itu sudah cukup bagi kita mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T.   

                Entri kali ini adalah permulaan begaimana TK hendak memberitahu bahawa rupa-rupanya solat yang kita lakukan setiap hari mempunyai maksud tersirat disebalik pergerakannya. Mengikut kajian, orang yang solat pada setiap hari sistem fisiologi tubuhnya lebih teratur berbanding orang yang tidak solat. Andai ada keluangan masa TK akan akan bawakan entri yang boleh kita tahu mengapa Allah S.W.T. suruh kita rukuk, sujud, berdiri tegak, tamakninah dan lain-lain pergerakan dalam solat. Sekian dulu daripada TK, insyallah TK akan buat entri berkaitan solat dalam bahasa yang mudah difahami. Wasalam….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?