Assalamualaikum wahai rakan blogger yang disayangi, Alhamdulillah hari ini kita diberi kesempatan dan ruang lingkup kehidupan daripada Allah untuk kita sentiasa mengingatiNya. Hari ini TK nak buat satu entri tentang kesihatan tubuh badan. Sebenarnya kesihatan ini adalah salah satu kewajipan yang kita patut jaga. Tanpa kesihatan kita susah dan sukar menjalani kehidupan kita.
Masa zaman sekolah menengah dulu, TK tidak ambil berat sangat pasal kesihatan ini. Maklumlah zaman masih muda. Semua perkara dihukumkan ‘harus’ ketika itu. Tapi batasan hokum jagalah. Kembali kepada topik, TK telah berkenalan dengan sahabat seorang ini namanya Izzat. Dia ini seorang yang suka join ‘halaqah’ atau ‘usrah’. TK pun joinlah mereka tanpa memikirkan apa perkara yang mereka bincangkan.
Selepas setahun perkenalan, TK pun tertariklah juga dengan pengisian ‘usrah’ ini. Mereka perbincangkan berkaitan isu semasa, persoalan hukum, tadabbur ayat dan lain-lain. Semasa ulang tahun TK yang ke-18 (muda lagi), TK telah dihadiahkan sebuah buku yang bertajuk “Berubat dengan Solat” karya Fahrur Muis.
Setelah sebulan pemberian buku ini, baru terbuka hati hendak membaca dan mengetahui isi dalamnya. Mula-mula TK ingat pengisiannya tidak menarik, tu yang tidak baca terus. Betullah kata golongan cerdik pandai.
“Jika hendak mendapat ilmu, Jangan dilihat kulit bukunya, Tapi baca dan nilailah samaada ianya baik atau buruknya untuk kita praktikkan.”
Sambung cerita tadi, sebulan kemudian TK pun bacalah dengan harapan memdapat ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat. Tanpa disangka entrinya memang menarik, ringkas dan padat beserta ayat al-quran dan hadis sebagai hujah. Bermula di sinilah TK menggunakannya bagi sesiapa yang bertanyakan perihal kesihatan kepada TK.
Rupanya kita ini boleh menjimatkan kos perubatan sekiranya kita tahu apa yang ada dalam Islam. Selain mendapat ilmu tentang perubatan, kita akan beroleh satu tingkat keimanan yang tidak boleh didefinasikan melalui kata-kata setelah mengetahui kesempurnaan Islam dalam pelbagai sudut. Dengan erti kata lain, bila kita kaji dan fahami sudut ilmu yang lain daripada segi hukum dan hakam kita akan menjumpai lebih kemanisan iman itu dalam diri.
Insyaallah dientri yang akan datang TK akan mengupas satu persatu berkaitan penjagaan dan perubatan kesihatan kita dalam Islam. Pesanan terakhir TK setakat ini.
“Dalam kita mengejar ilmu hukum dan hakam dalam Islam sebagai Fardu Ain kepada kita dan Fardu Kifayah untuk menyebarkannya, apa salahnya sekira kita juga mengkaji ilmu kejuruteraan, perubatan, matematik dan sebagainya untuk kita mendapat keyakinan yang lebih daripada sekarang”
Sekian dahulu daripada TK. Wasalam…
'TK' tu apa?
BalasPadam-tukang karut?
-terima kasih?
-tak ketahuan?
hahahaha..gurau je
TK tu Tazkirah kejap...
BalasPadamngah buat header tentang Tazkirah Kejap...