"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Bila ATOK sudah berpesan...

Gambar Hiasan


Salam semua pengunjung yang dihormati dan dirahmati Allah s.w.t.. Alhamdulillah hari ini kita bahagia dan gembira disamping keluarga. Tetapi berapa ramaikah antara kita yang bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan nikmat bahagia tersebut. Hari ini TK hendak kongsikan sebuah kisah yang menarik dengan seorang tua dan budak kecil.

                Mereka berbual dengan rancak tanpa menghiraukan orang disekelilingnya. Berlakulah soal jawab antara mereka. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tegap dan gagah di hadapan mereka. Mengikut adat dalam Islam pemuda tadi haruslah memberi salam kepada yang duduk lebih-lebih lagi yang duduk di situ adalah golongan yang lebih tua. Maka berlakulah konflik atau persoalan anak kecil tadi dengan orang tua tersebut.

        “Atok..kenapa pemuda tadi muka masam je??”

        “Mungkin dia sedang marah atau pening dengan       
         kerjanya.”

        “Tapi bukan dalam Islam kita mesti hormat-menghormati  
         ke Tok?”

        “Benar Cu.. tapi tidak semua hari kita gembira dan 
        bahagia dalam menjalani kehidupan.”

        “Atok mesti banyak pengalaman dalam hidup, boleh 
         ceritakan pada Alang?”

“Kalau hendak diceritakan Cu, memang tidak cukup 10 hari. Banyak pengalaman manis dan pahit yang Atok telah lalui di dunia ini. Tapi banyak-banyak pengalaman yang Atok ada, antara pengalaman manis dan pahit yang tidak dapat Atok lupakan adalah ketika Atok muda dan ketika tua.”

“Ala.. nak tahu juga Tok, macam ‘best’ je”

“Dulu Atok seorang penoreh getah, setiap pagi Atok naik basikal pergi ke kebun. Namun Atok tetap bahagia disamping nenek dan 1 orang anak tunggal (Joko). Walaupun mendapat hasil yang sikit Atok tetap bersyukur kepada Allah s.w.t. Tetapi takdir telah menentukan…”

“Takdir apa Tok??” Alang bertanya dengan nada kehairanan.

“Masa tu zaman Jepun. Atok telah terpisah dengan nenek kerana Atok ditangkap oleh tentera. Tentera tu kata…Atok telah mengambil tanah Jepun untuk mengambil hasil getah.”

“Ohh.. ingatkan nenek kena tangkap. Rupanya Atok!!..”

“Lepas tu Atok telah dikurung di sebuah bilik gelap. Tapi kat situ ada lampu Cuma tidak dihidupkan je..Maka Atok telah diugut untuk membayar ganti rugi dan menyerahkan isteri Atok kepada Jepun..”

“La..habis tu Atok pun serahkan isteri Atok??”

“Belum habis lagi ceritanya, pantang anak lelaki dicabar. Atok bertindak tanpa kawalan menggunakan sepenuh kemahiran silat yang Atok ada…tiba-tiba..”

“Hahh..tiba-tiba apa Tok.. Suka buat ‘suspen’ jer”

“Tiba-tiba Atok…jumpa Cu dekat sini..Hahaha..”

“Atok ni suka kenakan orang, habis apa pengalaman manis dan pahitnya??..Tak rasa apa-apa pun” Alang bertanya dengan muka geramnya.

“Pengalaman pahitnya adalah ketika menceritakan tentang tentera Jepun. Sebenarnya Atok tidak jumpa pun zaman Jepun tu. Pengalaman manis pula Atok dapat ceritakan tentera Jepun pada Alang…Bukan senang orang hendak percaya cakap kita.”

“Atok ni suka buat-buat cerita. Tak nak percaya cakap Atok lagi. Salam.. Nak balik rumah”

"Baik-baik jalan Cu.."

Sebenarnya TK hendak kaitkan bahawa jika kita ini banyak ilmu, jangan sesekali menokok tambah seenak selera jawapan. Lagi-lagi tentang agama islam. Biar kita memberi mengikut kemampuan kita tentang soalan tersebut.

                Sebenarnya entri kali ini lebih untuk mengingatkan diri TK. Bila bergurau jangan sampai tahap berbohong. Bila mula berbohong maka kita akan terus berbohong untuk menyedapkan gurau atau tipu helah kita kepada pendengar. Ibarat hutang, kenapa Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan berhutang. Sebab baginda tahu jika seseorang itu mula berhutang maka dia akan terus berhutang untuk menutup hutang yang lama. Lalu dirinya lama-kelamaan akan terbiasa dengan hutang.

                Pengajaran kedua cerita di atas adalah jangan berbohong kepada budak kecil. Kerana perkara tersebut akan dianggap ‘harus’ bagi mereka untuk berbohong kelak. Perkara pertama akan menjadi ingatan dan dalil utama mereka untuk melakukan sesuat perkara. Memang tidak dapat dinafikan jika daripada kecil mereka telah disogokkan dengan perkara ‘negatif’, percayalah mereka akan terus berfikiran negatif sepanjang hayat mereka.

                TK ada pengalaman tentang ini. Dahulu TK lemah dalam bahasa Inggeris, lalu TK telah disogokkan oleh pak cik bahawa TK ini akan lemah sampai bila-bila. Kesannya dekat diri, sehingga sekarang bila mendengar Inggeris maka telah ada di otak mengatakan “ko ni lemah”, walhal pada TK Inggeris adalah mudah untuk dipelajari. TK ada letakkan penerangan di bab Lemahkah Aku dalam keluarga.

                Rasanya sudah penjang entri kali ini. Insyallah di masa akan datang TK beri lagi input-input untuk menjadi muslim berkualiti untuk masyarakat. Sekian Wasalam…
               

2 ulasan:

  1. Kadang-kadang, TK, seseorang tu sanggup berbohong tidak kira samada bergurau atau mengeluarkan pendapat hingga benda yang salah pun dikatakan benar dan tetap mempertahankannya, memutarbelitkankan cerita seolah-olah ia benar kerana takut dan malu untuk mengaku ia salah pada awalnya dan ia berpanjangan hingga ada yang percaya ia memang benar.

    Kita yang nak mencari kebenaran menjadi semakin keliru.

    BalasPadam
  2. bebar tuan... kadang2 ramai kawan penceramah yang mengeluarkan hujah sendiri walaupun mereka tahu mereka tidak tahu... disebabkan segan kerana kekurangan ilmu .. maka fitnah agama berleluasa

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?