"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."
Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUHASABAH. Papar semua catatan

KESEMPURNAAN KEISLAMAN PART 2



Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana memberi kita peluang dan ruang untuk kita meluangkan sedikit masa untuk kita membaca, menilai, merenung kembali apa yang telah kita pergunakan segala nikmat yang diberi Allah. Kalau elok, alhamdulillah. Kalau kurang elok, marilah kita sama-sama perbetul bersama-sama.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahlinya. Hari ini saya ingin menyambung sedutan yang lepas berkaitan kesempurnaan keislaman part 1. Moga-moga artikel kali ini dapat memberi sedikit input berguna untuk kita praktikkan. Perubahan yang sedikit itu lebih memberi impak yang besar jika berterusan berbanding perubahan yang besar yang sementara dan seketika sahaja.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ؛ فَاجْتَنِبُوْهُ. وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ؛ فَأْتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ. فَاِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ، كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ.
Maksudnya: “Apa pun yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah; dan apa pun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakanlah sekadar kemampuanmu. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh”.
(Riwayat al-Bukhari, no. 6777 dan Muslim, no.1337)

Hadis yang saya petik daripada kitab الاربعون للنووية karangan Imam Nawawi rahimahullah ini adalah kesinambungan daripada peristiwa seorang sahabat nabi yang bernama Al-Aqra bin Habis r.a. Ketika Rasulullah s.a.w. berkhutbah dihadapan para sahabat. Baginda lantas bersabda “ Wahai manusia, Allah telah mewajibkan ke atas kamu haji, kerana itu berhajilah.” Al-Aqra’ bin Habis bertanya : ‘Wahai Rasulullah, adakah setiap tahun?’ Baginda diam. Soalan itu berulang sehingga tiga kali lalu Nabi s.a.w. menjawab : ‘ Kalau aku katakan ya, nescaya menjadi wajib sedangkan kamu tidak akan sanggup melakukannya.’

Kesempurnaan Keislaman (Part 1)


Salam tuan dan puan yang disayangi dan dikasihi. Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana memberikan ruang dan peluang untuk kita sama-sama lagi membaca, menulis dan mendengar segala input yang baik. Disebabkan hidayah ini juga kita dianjurkan supaya membaca doa daripada al-Quran  yang sudah biasa kita amalkan dalam masyarakat kita daripada surah Ali Imran : 3 : 8.



“ Wahai Tuhan kami janganlah kamu pesongkan hati-hati kami selepas Engkau beri kami petunjuk dan kurniakanlah kepada kami daripada sisi-Mu rahmat, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi”

Menurut sebuah hadis riwayat Ahmad, al-Nasa’ei, Ibn Majah dan al-Hakim yang dianggap sohih, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya : ‘Al-Mizan itu berada di tangan ALLAH. Dia akan meninggikan sebahagian golongan dan merendahkan yang lain sehingga ke hari kiamat. Hati manusia berada antara dua jari Allah Al-Rahman. Jika dikehendaki Dia akan menjadikannya istiqamah dalam kebenaran dan jika dikehendaki akan disesatkannya’.

Syukur kita dilahirkan islam. Buka-buka mata sudah diazankan. ALLAH sudah takdirkan kita ini muslim, namun untuk mencapai kesempurnaan seorang muslim kita perlukan beberapa peringkat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w.

Di sini saya ingin kongsikan daripada kitab الأربعون النووية karangan Penghidup Agama al-Imam Nawawi rahimahullah. Hadis ke-12 ; bab ‘kesempurnaan islam seseorang’. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

مِنْ حُسْنِ اِسْلَامِ الْمَرْءِ ، تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيْهِ

Maksudnya: “Sebahagian daripada baiknya (kualiti) keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.”
(Riwayat al-Tirmizi no. 2318, Ibn Majah no.3976, Ahmad no.1732 dan al-Baihaqi)

Kita kena UBAH adab kita...Jom!!!



Salam rakan dan taulan yang dikasihi dan dihormati. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH s.w.t. kerana masih lagi diberi ruang dan kehidupan untuk menulis coretan artikel. Syukur juga dirafa’kan kepada ALLAH s.w.t. kerana memberi kembali semangat menulis di blog ini setelah lama menyepi. Rentetan daripada kelas tasawuf pada nian pagi hari tadi, saya terpanggil untuk berkongsikan kepadas kalian rakan blogger berkaitai “Adab seorang pelajar”.
Saban tahun berlalu, kita tetap bersikap yang sama selagi mana kita tidak mahu mengubahnya. Walau hebat mana tokoh motivator ia tidak mampu mengubah seseorang jika kesedaran hanya seketika. Biar cakap berapi dan berasap, belum tentu dapat membakar semangat. Pokok semua masalah ini adalah kembali kepada adab kita terhadap orang yang disekeliling. Tinggi mana bukit kita mendaki, luas mana hutan kita terokai, besar mana lautan kita renangai, langit mana yang tinggi kita tembusi, jika adab diketepi usah jadi manusia sejati, sia-sia belajar IPT, sia-sia berilmu tinggi, jika hidup tidak diberkati.

Itulah senario yang berlaku masa kini, kadang-kadang apa yang dikejar itu bagus tapi tanpa persiapan yang lengkap kita mudah tergelincir ditepi jalan, ibarat belajar, belajar itu bagus untuk dapat ilmu, tapi jika persiapan kerohanian diri tidak diambil, takut-takut ilmu itu memudaratkan kita. Contoh senang, kita belajar, kita berjaya,kita  kerja, tapi dalam masa yang kita mengecilkan hati guru semasa kita belajar. Kesannya kita akan merasai semasa di alam pekerjaan. Gaji yang banyak terasa sikit, rumah yang besar terasa sempit, bagai hidup dihimpit-himpit, badan yang sihat terasa sakit. 

Jadi di sini saya bawakan beberapa input adab bagi seorang pelajar kepada guru dan rakan-rakan sekeliling. Saya masukkan rakan-rakan sebab mereka juga merupakan guru ketika kita tidak memahami sesuatu perkara. Sebagai contoh; kita kadang-kadang malu dan segan bertanya di dalam kelas, jadi di rumah, rakanlah yang menjadi guru, setiap pertanyaan dikemukakan A-Z. Namun kita sering lupa kawan itu juga guru malah lebih daripada itu. Sebuah kitab tawawuf yang dikarang oleh Sheikh Abdul Qadir Isa yang bernama ‘حقائق عن التصوف’.

Adab seorang murid kepada guru

Pertama : memberi salam (الاستسلام) kepada guru. Ini penting kerana apabila kita mengucapkan salam dengan lafaz ( السلام عليكم) ‘sejahtera ke atas kamu’ ia merupakan satu doa dan doa tersebut akan dikembalikan oleh guru dengan jawapan ( وعليكم السلام ) ‘ke atas kamu kesejahteraan’. Beruntunglah kita kerana didoakan oleh guru dengan kesejahteraan bukan kecelakaan. Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari; bahawa pada suatu hari ada seorang yahudi datang hendak berjumpa Nabi s.a.w. seraya memberi salam dengan sebutan buruk ( السام عليكم ) ‘celaka ke atas kamu’ maka Nabi s.a.w pun menjawab (وعليكم ) ‘dan ke atas kamu juga’, lalu Aisyah r.ha yang ada di sisi Nabi s.a.w. marah dan menjawab dengan lafaz ( وعليكم السام واللعنة  ) ‘ke atas kamu celaka dan laknat’. Perbuatan Aisyah r.ha di tegur Nabi s.a.w., selepas diterangkan oleh Aisyah r.ha, namun Nabi s.a.w. menjawab bahawa beliau sudah pun menjawabnya. 

Prinsip WASATHIYAH dalam kehidupan


Salam rakan dan taulan yang disayangi. Setelah sekian lama menyepi  dengan dunia blog. Sempena sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. pada bulan yang mulia ini, saya ingin mengajak rakan-rakan supaya sentiasa berselawat kepada Utusan terakhir ALLAH S.W.T. di muka bumi ini. Pejam celik pejam celik hari ini sudah 27 Rabiul awwal 1433, mungkin sebilangan diantara kita yang kurang mengambil kisah tentang tahun hijrah, malah ada juga sebilangan yang lain melupakan terus ataupun tidak tahu adanya kelendar hijrah pada masa kini.

Alhamdulillah tuan-tuan, puan-puan, adik,abang dan kakak sekalian kita masih lagi diberi kesempatan masa dan tenaga daripada ALLAH S.W.T. untuk kita penuhi impian kita dan melaksanakan tanggungjawab kita dimuka bumi.


Pada 18-19 Februari 2012 / 25-26 Rabiul awwal 1433 yang lepas saya telah menghadiri Konvensyen Fiqh Ummah yang diadakan di PWTC(Putra World Trade Centre). Konvensyen ini merupakan  perkumpulan ulama’-ulama’ dalam bidang masing-masing yang terdiri daripada Ustaz Dr. Zulkifli Al-Bakri, Ustaz Dr. Zahazan, Ustaz Dr. Zaharudin dan ramai lagi. Seminar ini berjalan bermula 9.00 pagi sehingga 10.00 malam.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan konsep wasathiyyah(kesederhanaan) dalam mengamalkan Islam dan menyebarkannya. Antara isu-isu panas yang diperbincangkan adalah berkaitan akidah, syariah, akhlak, tazkiyatun Nafs, politik, muamalat, gaya hidup dan banyak lagi.

ISU SEMASA & PENYELESAIAN

Setibanya kami di sana, kami telah diberi 2 buah buku yang bertajuk Manhaj Fiqah Wasathiy dan Piagam Kefahaman Islam. Isu pertama dibangkitkan adalah berkaitan akidah umat Islam. Secara ringkasnya majoriti isu ini terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Salafi dan Khalafi. Salafi adalah kelompok yang lebih banyak mengambil pandangan ulama’-ulama’ terdahulu sehingga kurun ketiga hijrah. Manakala Khalafi adalah kelompok yang lebih banyak mengambil pandangan ulama selepas kurun ketiga. Ramai dikalangan pengikut mereka menyangka bahawa apa yang diperdebatkan adalah masalah usul, walhal kebanyakkannya

Weii..ISLAM ini SIMPLE la!!!


Salam ukhwah fi sabililah. Bagi yang kurang faham maknanya , salam persaudaraan di jalan ALLAH. Pokok pangkal kehidupan kita adalah ALLAH.. Kita makan, minum, bangun tidur, pergi pasar, melancong, semua ini hendaklah kita kaitkan dengan ALLAH, baru kerja dianggap ibadat bukan adat.

Adat dan ibadat adalah dua item yang berbeza. Contoh bagi duit raya, maklumlah sekarangkan masih raya lagi, so tak salah jika saya ambil contoh terkini. Bagi duit raya merupakan adat sebuah masyarakat di malaysia. Masa kecil dulu pergi rumah orang bukan nak makan kuih tapi nak duit. Maklumlah pemikiran kanak-kanak, duit merupakan perkara psaikologi mereka. Kalau tak percaya, cuba bagi seringgit ke, dua ringgit ke, dekat mereka ni, lepas tu suruh dia pergi baca buku. Ikut kajian 90 % kanak-kanak yang diberi duit ini akan baca buku. 


Haa..nampak tak bagi duit itu adalah adat sebuah masyarakat. Berbeza dengan ibadat, contohnya puasa, keluar zakat, berbuat baik kepada ibu bapa, solat hari raya (raya lagi). Ini semua adalah ibadat bagi seorang yang bergelar islam. Sebab apa perkara ni digelar ibadat? Kerana semua perbuatan ini dilakukan berasaskan dalil al-quran dan hadis RASULULLAH s.a.w. Setiap benda yang diperintahkan ALLAH dan rasulNYA merupakan perkara ibadat.

Ok, sekarang bagaimana kita nak jadikan adat kebiasaan masyarakat ini menjadi ibadat supaya kita peroleh pahala daripada ALLAH. Memang bestkan jika setiap saat dan tempat, kita peroleh pahala dan ganjaran ALLAH. Haa..mehh dengar elok-elok, cara dan bagaimana adat kebiasaan boleh kita jadikan ibadat.

Al-maklum semua daripada kita sudah mengetahui tentang hadis dan dalil-dalil quran, Misalnya ayat quran tentang berbuat baik kepada ibu bapa. Ayat quran ini menunjukkan perintah umum, asal perkara yang kita lakukan itu disenangi dan disukai oleh ibu bapa maka kita peroleh pahala. Sebab ada ayat quran yang memberitahu tentang ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa.

KALKULATOR DUNIA DAN AKHIRAT ITU BERBEZA


Salam tuan dan puan yang membaca blog ini. Semoga masih diberi kesihatan dan keupayaan daripada ALLAH untuk menjalankan rutin harian kita. Belum terlambat rasanya saya mengucapkan selamat hari raya. Di waktu beginilah pada kebiasaan aktiviti-aktiviti ziarah menziarahi, kunjung mengunjung, bagi duit raya dan macam-macam lagi. Apa yang penting? Memburu keredhaan ILAHI dan keampunan ALLAH.


Abang-abang dan akak-akak, kita ni sebenarnya murah hati, baik hati, tapi kadang-kadang busybody. Haa..jangan marah, itulah kenyataan kita sebagai manusia. Kalau busybody menentang maksiat, takpa la jugak, ini busybody nak ngumpat orang. Bertaubatlah dik, dan abang sekalian. Kita ni sekejap je dekat dunia ni. Kalau kira kalkulator dunia memang terasa lama, cuba kira menggunakan kalkulator. Contoh kita hidup dekat dunia ni paling lama pun 100 tahun, purata bagi seorang wanita umurnya 80 tahun, manakala bagi lelaki 75 tahun. Orang yang sampai 100 tahun begitu jarang untuk ditemui dikalangan kita.

1 HARI (akhirat) =1000 TAHUN (dunia)
*jika hidup 100 tahun, maka kiraanya
100/1000 x 24 = 2 JAM 40 MINIT (akhirat kita hidup)

Nak tahu formula tak. 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia seperti mana diberitakan melalui hadis-hadis dan kata ulamak. Berdasarkan nisbah ataupun ratio perkiraan matematik. Kita hanya hidup 2 jam 40 minit sahaja mengikut perkiraan hari akhirat. Sangat singkat dan sekejapnya kita bedara di dunia ini. Tolak makan, tolak minum, tolak main, tolak tidur, tolak bual-bual, hanya berapa jam sahaja kita memperuntukkan untuk berbuat amal. Itu belum tolak buat maksiat (nauzubillah min zalik). Jadi apa yang patut kita buat. First islah atau perbaiki diri kita balik. Sekurang-kurangnya perbuatan kita sekarang lebih baik daripada perbuatan kita sesaat yang lepas.

SEORANG BUDAK YANG AKU RESPECT


Pekerjaan itu hukumnya harus. Maka pergilah kemana sekalipun, bila dinamakan pekerjaan yang halal maka hukumnya harus. Tetapi ramai daripada kalangan kita yang lupa syarat-syarat sebagai pekerja. Ada yang suka mengambil kesempatan semasa waktu bekerja. Suka ponteng, membuta, menipu, merasuah, sabotaj dan sebagainya. Tanpa mereka fikir hukum yang pada mulanya harus boleh bertukar haram pendapatannya. Sebuah sabdaan Nabi Muhammad s.a.w. “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram (pendapatan, hasil pencarian) maka neraka lebih layak baginya” (riwayat bukhari).

Jom kita islah atau perbaikkan kualiti perkerjaan kita. Mungkin kita tidak tahu, mungkin juga buat-buat tidak tahu. Tapi pokok dasarnya semua orang kena ambil tahu. Satu kaedah fiqhiah, semua perkara berkaitan hukum, selagi mana tinggal dinegara islam dan ada ulamak dalam bidang tersebut, maka tidak ada excuse dihadapan ALLAH di akhirat kelak. Jadi tolong-tolonglah ingatkan kawan kita supaya mengambil berat semampu kita mengetahuinya. Sekurang-kurangnya kalian berusaha untuk tahu. Bukan  takut bila dah tahu hukum, maka kalian tidak boleh lakukan benda tersebut berulang kali.


Rentetan peristiwa saya berada di ekspo. Ketika sedang berniaga saya kagum dengan seorang pemuda ni. Dia masih muda tetapi ambil beratnya tentang bersih gajinya melebihi daripada orang yang lebih dewasa. Bila ditanya rupanya budak ni daripada kalangan yang berusaha belajar agama. Tidaklah sampai tahap ulama’ tapi budak ni berusaha mengamalkan apa yang dia pelajari.

Al-kisah, budak ni hendak pulang daripada kedai bosnya. Beriringan dengan sabun, berus gigi, ubat gigi ditangannya. Lalu bosnya pun bertanya, “kenapa tak ambil je plastic merah tu, senang sikit bawak sabun tu”. Budak ni pun jawab “tuan, saya takut disebabkan plastic ini saya diseksa diakhirat bertahun-tahun lamanya”. Tuannya bertanya “kenapa kamu kata begitu?”. Budak ini menundukkan kepalanya sambil membalas pertanyaan tuannya “saya dibayar gaji untuk menjaga kedai tuan, maka plastik ini bukan hak saya, jika saya mengambilnya maka saya telah mengkhianati tuan, diakhirat kelak saya akan digelar munafik sebab melanggar amanah tuan”. Tuannya termenung mendengar jawapan yang menusuk ke lubuk hatinya, lalu berkata “Terima kasih ya ALLAH kerana memberikan aku pekerja yang begitu amanah menjalankan tugasnya”

PERISTIWA DI MALAM “EKSPO PARIT RAJA”


Salam ukhwah blogger yang dihormati. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi nikmat iman dan akal. Teruskan kehidupan kita dengan riang dan gembira. Baru-baru ini saya berniaga di ekspo parit raja, johor. Memang meriah dengan ramainya gerombolan manusia berpusu-pusu memasuki pasar. Senario di pasar parit raja sukar digambarkan melalui perkataan, hanya mereka yang melihat dan pergi sahaja dapat membuat kesimpulan sebenar.

Baju BOBOI BOY (top product)
Dalam sibuk berniaga menjual baju budak-budak kecil. Seperti lazimnya saya dapat pelbagai pengalaman dan pengajaran yang mungkin kita boleh ambil sebagai iktibar. Firstly, kesibukan di sini bolehlah saya analogikan macam orang mengerjakan saie, sofa dan marwah. Betul punya ramai, sampai berhimpit-himpit. Maka timbullah masalah-masalah kegoyangan iman berlainan jantina. Ada yang mengambil kesempatan, meraba-raba, berpelukan, saling berpegang tangan (takut kekasihnya diambil kesempatan), padahal dia yang nak ambil kesempatan. Bagi mereka ruangan ekspo-ekspo inilah sebagai peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk buat perkara yang dikeji itu.

Abang-abang dan akak-akak, mari kita kira balik, berapalah sangat amalan kita dibulan ramadhan ni. Siang beramal, malam menggatal. Setiap apa yang seronok di dunia ini sekejap. Mereka yang tak dapat mengejar dunia akan rasa kegagalan, manakala mereka yang sudah menikmati nikmat dunia akan merasa kekurangan. Heyy wanita janganlah terpedaya kepada kekasih yang nakkan “body” je. Lepas dah dapat rasa, pakwe kamu tu akan tinggalkan punya. Kalau tak kena tinggal pun, asyik kena marah je. Kamu pula akan sentiasa serba salah, sebab tubuh kamu telah diratah free. Nak marah pakwe takut dia lari, lalu kamu redha je dengan apa yang kaum laki ni lakukan.

BILA DIPUJI, APA NAK BUAT

“Hensem la kau ni”. “lawa kau pakai baju ni”. “lunaknya suara kau, tenang je bila dengar”. Haa.. biasa tak anda dipuji. Sudah tentulah sebab kita punyai kelebihan. Kelebihan yang digilap akan menyerlah setelah kita menutup kekurangan kita. Taky payah fikir sangat tentang kekurangan ni, kita akan down dan belum tentu kita boleh up jika takda orang yang ingatkan.

Anda tak hensem, jangan risau. Bagitahu dekat hati kita, bahawa kita ni hensem. Kalau orang lain kata anda tak hensem, sebenarnya orang tu cemburu dengan kita. Cuba tengok cermin, perhatikan betul-betul bentuk wajah anda. Ada yang kurang tak, telinga takde ke, mata sebelah buta ke, mulut sumbing ke, haa..takdekan maknanya anda hensem. Sebab ada ramai lagi orang diluar sana yang kurang pancainderanya.

Bagi mereka yang kelainan upaya ni. Contoh bisu ke, cuba berfikir tentang perihal orang yang lebih lemah daripada kita. Sebab antara cara nak bersyukur dengan nikmat adalah melihat orang yang kurang nikmatnya daripada kita, bukan yang lebih tinggi daripada kita. Contoh rezeki duit yang ALLAH beri. Kita akan bersyukur sekiranya melihat orang yang lebih miskin daripada kita, bukan lihat orang yang lebih kaya.

BILA ANDA DIKATAKAN LUAR BIASA HEBAT?

Selamat malam bagi mereka yang tengah malam baca artikel ni. Selamat pagi bagi yang baca pagi. Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH. Selawat dan salam kita kepada junjungan agong RASULULLAH s.a.w dan ahli keluarganya. Alhamdulillah, kita diberi nyawa dan islam dalam kehidupan. Kuatkanlah mentality kita untuk kita lebih berkualiti berbanding manusia lain.


Haa.. nak jadi luar biasa hebat, orang itu mesti berfikir tiga atau empat atau lebih langkah ke hadapan. Cara berfikirnya, cara bercakapnya, cara memberikan pendapat, cara melaksanakan tugas, semuanya kena advance daripada orang lain. Baru anda diiktiraf luar biasa. Asal sesuatu kejayaan ada permulaannya. Contoh nak berniaga kena mula berniaga. Mana boleh tiba-tiba senang orang tanya sebab apa. Dia kata berniaga, tapi takda perniagaan yang dia buat.

SOALAN KUBUR YANG “COMPLICATED”


Salam tuan dan puan yang budiman. Amacam hari ini, ada perubahan tak. Moga-moga adalah perubahan sedikit kea rah kebaikan. Bagi yang belum ada perubahan, cubalah ada-adakan. Rugi hidup ni jika sama je. Umur meningkat tapi perubahan minda, kematangan, cara berfikir di tokok yang lama. Insyallah kita sama-sama berubah. Amin.


Samabungan daripada cerita lepas berkaitan roh. Kita ni sebenarnya dah tahu dah soalan dekat alam kubur nanti. So, rilek jela. Amboi, senangnya cakap. Kalau nak tahu di kubur nanti bukan mulut kita yang cakap tetapi setiap anggota tubuh kita. Mereka ni akan beritahu semua perkara yang pernah dilakukan semasa di dunia.

Oleh itu, 5 soalan bocor di alam kubur kita kena stanby jawapannya sejak kita kat dunia ni lagi. Contoh, malaikat tanya, “ahmad, siapa tuhan kamu?”. Rasa-rasa si ahmad ni jawab macamana. Dari segi logic akal kita boleh jawab dengan senang menggunakan mulut. Tetapi nak menentukan kita boleh jawab ke tidak bergantung kepada cara hidup kita semasa di dunia. Kalau kita hidup kerana ALLAH maka bolehlah jawab. Tapi kalau kita asyik sibukkan benda lain sampai lupa kepada ALLAH, nauzubillah, kita tak boleh jawab nanti.

ALAM ROH KITA BERBEZA


Salam tuan dan puan yang dirahmati ALLAH. Apa khabar hari ini? Mudah-mudahan kita masih di bawah perlindungan ALLAH. Di bulan ramadhan yang penuh hikmah ini, banyak benda baik yang perlu kita perbanyakkan. Sebab mungkin di bulan yang lain kita alpa dengan kesibukan dunia, harta dan sebagainya. Jadi ambillah peluang keemasan yang diberi oleh ALLAH kepada kita untuk kita manfaatkan sebaik-baiknya.


Hari ini hendak cerita sedikit perihal kematian. Alam roh dan jasad. Adakah kalian semua tahu kita ditempatkan di mana nanti. Sudah pastinya di antara dua, syurga atau neraka. Kalau syurga, Alhamdulillah tapi kalau neraka, nauzubillah. Rupa-rupanya muslimin dan muslimat sekalian. Saat ketika kita ingin dijemput ALLAH, kita telah tahu dan digambarkan tempat kita dipenantian yang terakhir. Perasan tak kalau orang nak meninggal matanya lihat ke atas. Kata RASULULLAH waktu tersebut mereka telah dibayangkan syurga atau neraka. Jika syurga senyumlah ia, jika neraka muram dan kusamlah muka dia.

Semasa manusia hendak meninggal, datanglah syaitan yang menyerupai ayahnya. Untuk apa ayah dia datang. Untuk membisikkan ditelinga manusia ini, “ayah dah besarkan kamu, jaga kamu, didik kamu, bagi kamu makan dan minum, maka matilah kamu dalam agama yahudi”. Nauzubillah min zalik. Dalam masa yang sama datanglah ibunya disebelah kiri. Maklumlah anak biasa kalau sebut pasal ibu selalu kalah. Ibu yang diserupai syaitan pun berbisik.” Ibu sayang kamu, ibulah yang jaga kamu, bagi makan dan minum, maka matilah kamu dalam agama nasrani”.

HATI TENANG, JIWA GIRANG


Salam takzim daripada saya. Apa khabar kalian hari ini. Semoga emosi kita baik dan hebat di samping keluarga tercinta. Pernah tak anda tengok orang bersedih? Muka mereka mesti muram gitukan. Monyok je memanjang. Kalau orang merajuk pulak, mulutnya memuncung ke depan. Haa..inilah yang dinamakan emosi fizikal kita.


Jangan tak tahu emosi ini memang akan terjadi pada kita. Sebenarnya emosi yang terpapar di wajah dan muka kita berpunca daripada emosi dalaman diri kita. Tak percaya? Takpe nanti saya cerita. Ikut kajian yang dibuat oleh saya sendiri, mereka beremosi semua daripada hati.

Betul ke hati kita ni yang menyebabkan emosi. Kalau tanya saya saya akan jawab betul. Sebab segala keinginan  nak lakukan kebaikan atau keburukan akan terbit bermula daripada hati. Contoh kita nak bagi hadiah dekat seseorang yang kita sayang. Hati akan contact kepada otak untuk menentukan baik atau buruk perasaan itu.

KUTUKAN MEMBINA DIRI



Selamat dan salam daripada saya. Temui saya lagi di ruangan motivasi kehidupan. Seperti yang di janjikan dalam coretean sabarnyer dia ni!!. Saya lontarkan tip-tip menjadi mukmin berkualiti. Akhir-akhir ini ramai daripada golongan manusia ni yang mengadu mereka sering dikutuk dengan kekurangan mereka. Alah biasalah manusia semuakan ada mulut. Sapa yang nak tutup mulut mereka ni jika tidak iman dan ilmu agama.


Mari kita sembang-sembang dengan mereka ni. Ada yang kena kutuk sebab rupa paras mereka. Ada yang kena kutuk hitam, gemuk, pendek, gagap, juling, jongang (siap ada cerita lagi). Kita takkan rasa macamana mereka rasa. Kita cakap senang la sebab kita tak kena. Kita tak kan memahami sesuatu cubaan selagi mana kita tak pernah menerimanya.

Begitu juga macam kita nak kenal orang atau seseuatu kelompok. Kita takkan tahu sifat dan sikap sesuatu golongan selagi mana kita tak masuk dalam kelompok mereka. Haa… jadi lepas ini nak nilai orang, kenalah  join dulu mereka baru boleh buat penilaian. Ingat tu.

Berbalik kepada mereka yang kena kutuk, keji, bahan permainan orang. Ada baru-baru ni kawan saya tu rambut kerinting, pendek, Cuma mata tak buta je. Dia kena panggil dajjal. Dasyat punya kutuk. Apa la budak-budak ni. Sorang lagi kawan saya perangai dia nakal sikit tapi budak tahfiz. Nak tahu kena penggil apa. “israil”. Haa.. gila punya kutukan ni. Budak tahfiz pun kena panggil israil sebab dia nakal.

SABARNYER DIA NI!!



Salam tuan, salam puan, saudara dan saudari yang diisayangi. Alhamdulillah, hari ini kita masih di bawah jagaan ALLAH. Setiap manusia ada kelebihan, ada kekurangan. Gunalah kelebihan anda melebihi daripada menunjukan kekurangan anda. Semoga ia memberI motivasi untuk kita lebih berjaya. Dugaan, cubaan, cabaran, halangan semua memang ujian ALLAH untuk hambaNYA yang bersabar.

Ayuh kita jadi orang yang sabar. Apa sabar? Haah..yup orang yang sabar. Kerana ALLAH itu sentiasa bersama orang-orang yang sabar. “Eleh cakap senang la. Buat tengok”. Haha, memang semua benda yang baik payah lakukan, jika mentaliti kita cakap payah. Semua benda akan jadi susah jika kita yang kata susah. Bahkan benda yang senang pun akan jadi susah jika kita niatkan susah melakukannya.

Takpa dik, abang dan akak. Insyallah saya bantu bagaimana nak jadi orang sabar. Kalau tak keseluruhan pun, praktikkan sedikit dulu dalam kehidupan.  Contoh kalau dulu kita panas baran, lepas ni ubah supaya kurang panas baran. Perubahan yang sedikit itu lebih memberi impak atau kesan yang besar jika berterusan  berbanding perubahan mendadak yang sementara.

KAPAL TERBANG MENDARAT DIKAMPUNGKU



Salam kalian semua. Rakan-rakan blogger, kawan-kawan sekampung, sekelas dan rakan-rakan yang sedang membaca ni. Semoga hari ini hari keberkatan dan kerahmatan ALLAH kepada kita semua. Amin. Tanpa keberkatan dan kerahmatan ALLAH tiada bermakna kita tinggal di dunia. Nak dapat keberkatan ni macam-macam cara kita boleh guna. Dalam kita menlaksanakan tuntutan suruhan ALLAH dan rasulNYA, kta juga dikehendaki meninggalkan laranganNYA.

Hari ini nak cerita pasal kehidupan dikampung. Moga-moga dijadikan pengajaran dan iktibar supaya kita tidak tergolong daripada mereka ni. Aspek yang ni je tau. Bukan bermakna orang kampong ni semua jahat-jahat. Orang Bandar pun lebih kurang jugak.

Kisahnya begini, alkisah suatu hari ada perjumpaan mesyuarat antara mereka ni. Topiknya nak buat pintu gerbang kampong. Pintu gerbang ni bagi sesiapa yang tak tahu pintu hadapan nak masuk kampung. Mereka dah buat keputusan bahawa benda ini dipertandingkan. Barang siapa yang hasil rekaannya menarik dan logic maka dia terpilih sebagai pemenang.

Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu untuk pemilihan siapakah gerangan pemenang rekaan pintu gerbang ni. Maka ada satu rekaan yang dipilih sebagai pemenang. Lawa la jugak. Peruntukan yang diberi rm5000 tapi rekaan ni memerlukan hanya rm3500. Sudah cantik kat situ. Rm1500 boleh simpan. Betul tak.

Nak dijadikan cerita ketua kampong ni punya hal. Dia tak terima keputusan rasmi yang telah dibuat dalam mesyuarat. Maka timbulkan segala pertelingkahan antara orang kampong. Ketua kampong ni nak pintu gerbang rekaan yang lain. Tengok-tengok dia pilih pintu gerbang yang ada kapal terbang dekat atasnya. Sungguh menggelikan hati bila lihat orang kampong pun boleh gaduh pasal pintu gerbang je. Nak kata pemikiran tak matang semua sudah cecah usia 40-an, 50-an. Makan dah seguni garam. Kata orang tua-tua. “Aku ni dah makan banyak garam”. Nilah jadinya.

KELEBIHAN VS KEKURANGAN


Salam tuan dan puan. Selamat pagi daripada saya. Jika hari masih pagi semasa baca coretan ini. Saya waktu sekolah menengah dulu selalu fikir. “Aku ni dah besar nak jadi apa ya?”. Sibuk memikirkan tentang kerjaya semasa dewasa nanti. Rupa-rupanya kerjaya itu akan datang jika kita tahu kelebihan dan kekurangan kita.

Eh betul ni. Tak tipu punya. Insyallah saya bagitahu tip-tipnya. Ada orang merasakan diri mereka tidak berguna. Sebab mereka tak jumpa kelebihan yang ada pada diri. Ingat sekali lagi apa yang saya katakana di coretan saya sebelum ini. Manusia diciptakan ALLAH mempunyai faedah dan kelebihan. ALLAH tak kan ciptakan manusia sia-sia je dekat dunia ni. Pasti ada kelebihan, tapi jangan lupa kita juga ada kekurangan.

Orang yang paling bijak adalah mereka yang tahu kekurangan diri mereka dan mereka berjaya mengatasi kekurangan tersebut. Macamana nak tahu kekurangan ni? Nak cerita sikit. Jangan marah-marah. Ini reliti sifat dan sikap kita. Kadang-kadang manusia akan marah jika orang lain bagitahu tentang kekurangan dia. 

BENCANA DIMANA-MANA



Salam rakan dan taulan. Semoga hari ini adalah permulaan hari kita mengubah kepada kebaikan. Amin. Nak bagitahu bahawa kalau namanya kehidupan ni. Semua tempat boleh kena musibah. Dan kita kena yakin bahawa musibah itu adalah ujian dan cabaran yang ALLAH berikan kepada hamba-NYA yang terpilih. 

Ada pepatah orang melayu. “Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai”. Maka rumahlah di atas laut sebab takde ombak. Huhu bergurau je. Nak cerita dekat sini, tak kiralah rumah ditepi pantai ke, dekat tengah Bandar ke, kita tetap berada di dunia.

Dulu orang Bandar selalu cakap. Tapi tak semua orang Bandar tau, hanya sebahagian je. Mereka kata “alah kami tinggal kat Bandar, tak yah dok risau dengan bencana air ni. Lainlah kalau duduk tepi pantai”.

"NANTI KAU DAH BESAR, KAU TAHU LA"...

GAMBAR HIASAN


Salam dan apa khabar semua? Moga-moga hari ini kita masih lagi dibawah kerahmatan dan keberkatan ALLAH. Alhamdulillah, hari ini membuatkan hati kita tergerak kepada pengisian ilmu. Tak kira apa jua bidang ilmu yang kita belajar. Yang pasti semua ilmu itu milik dan kepunyaan ALLAH.

Abang, akak, tuan dan puan yang dirahmati ALLAH. Amin. Haa.. bila kita dengar seseorang itu mengatakan kebaikan yang menjuruskan kepada diri kita. Cepat-cepat sebut amin. Kenapa ya? Sebabnya bila orang tu sebut kebaikan yang ditujukan kepada kita. Itu bermaksud dia sedang mendoakan kita. Lagi-lagi kalau dekat majlis ilmu, bukan kita je yang sebut amin, bahkan para malaikat yang beribu-ribu meng’amin’kan juga doa itu. Haa.. untungkan.

Mari kita buka minda kita, tenangkan hati kita dengan perkongsiaan ilmu ini. Dulu saya gemar membuat artikel bercirikan akademik, lebih complex gitu. Memang tatabahasa dan ejaan saya jaga betul. Tapi semenjak beberapa hari ini, saya lebih gemar menulis dengan penuliasan yang lebih santai. Supaya mudah difahami. Asalkan isinya sampai kepada pembaca yang budiman. Amin.

Dulu masa saya kecil saya sering diberitahu oleh orang-orang veteran ataupun usia mas. Mereka kata dekat saya “budak kecik tak boleh dengar orang-orang tua cerita” , “alah nanti kau dah besar kau tahu lar” , “jangan menyampuk orang tua cakap”. Haa betul tak. Saya yakin kalau tak semua pun,  2/3 daripada kalangan pembaca menghadapi situasi yang sama macam saya. Maklumlah saya tulis

BEKAS BANDUAN CARI PENGALAMAN


Salam abang, adik, akak, tuan, puan, pak cik dan mak cik yang saya kasihi. Alhamdulillah jika hari ini hari jumaat, laluilah atau jalanilah hari ini sebaik-baiknya. Takur-takut jumaat depan kita tiada lagi di dunia ini. Haa… hari ini saya nak cerita tentang kehidupan.

Macam-macam sebenarnya kalau kita nak dapat ilmu tentang kehidupan ni. First,  kita kena gaul dengan semua orang. Tidak kira pangkat, darjat, harta, tua ataupun muda.

Setelah sekian lama saya menyepi tak tulis di ruangan blog ni. Sebenarnya saya sedang mencari pengalaman ataupun pengajaran dalam hidup kita ni. Tidak semua orang berpeluang nikmati erti kebebasan dalam bergaul. Yeke? Tak caya Tanya orang yang dekat penjara tu. Mereka sebenarnya lebih mengerti erti kebebasan atau

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?