Salam rakan dan taulan. Semoga hari ini adalah permulaan hari kita mengubah kepada kebaikan. Amin. Nak bagitahu bahawa kalau namanya kehidupan ni. Semua tempat boleh kena musibah. Dan kita kena yakin bahawa musibah itu adalah ujian dan cabaran yang ALLAH berikan kepada hamba-NYA yang terpilih.
Ada pepatah orang melayu. “Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai”. Maka rumahlah di atas laut sebab takde ombak. Huhu bergurau je. Nak cerita dekat sini, tak kiralah rumah ditepi pantai ke, dekat tengah Bandar ke, kita tetap berada di dunia.
Dulu orang Bandar selalu cakap. Tapi tak semua orang Bandar tau, hanya sebahagian je. Mereka kata “alah kami tinggal kat Bandar, tak yah dok risau dengan bencana air ni. Lainlah kalau duduk tepi pantai”.
Dalam hati kata mungkin orang ni terpengaruh dengan pepatah melayu ni. Pepatah tu dah betul dah. Kita yang salah mentafsirkan. Pepatah tu nak bagitahu jangan cari risiko yang tinggi untuk kena bencana. Bukan kat tepi laut je boleh kena bencana.Nak jadi cerita. Tahun 2004, banjir besar seluruh Negara. Haa…ingat tak. Baru-baru ni pun ada banjir dekat negeri utara semenanjung. Yang jadi mangsa banjir orang-orang Bandar. Mereka yang dulu sangkakan Bandar tak banjir akhirnya ketentuan ALLAH melebihi daripada perancangan kita. Baru mereka sedar, mereka bertapak di bumi bukan di langit.
Point nak bagitahu kat sini adalah merancanglah seelok-eloknya dan bertawakallah pada ALLAH. Hebat mana pun teknologi kita. Daya pemikiran tinggi mana pun, ingatlah ALLAH itu lebih tinggi pengetahuannya. Kita ni diciptakan oleh ALLAH, mana mungkin ciptaan melebihi daripada penciptanya. Ok renung-renungkan. Semoga selepas ini kita lebih berhati-hati dalam bercakap. Kerana banyak cakap banyak dustanya. Banyak dusta banyak dosanya. Banyak dosa faham-faham jela. Cakap lah kebaikan. Moga kita peroleh hasil yang baik di akhirat kelak. Amin.
Sekian dulu daripada saya. Insyallah kita berbincang lagi tajuk-tajuk hangat diperbualkan. Untuk mendapat redha ALLAH. Amin. Wasalam semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)