Salam tuan dan puan. Selamat pagi daripada saya. Jika hari masih pagi semasa baca coretan ini. Saya waktu sekolah menengah dulu selalu fikir. “Aku ni dah besar nak jadi apa ya?”. Sibuk memikirkan tentang kerjaya semasa dewasa nanti. Rupa-rupanya kerjaya itu akan datang jika kita tahu kelebihan dan kekurangan kita.
Eh betul ni. Tak tipu punya. Insyallah saya bagitahu tip-tipnya. Ada orang merasakan diri mereka tidak berguna. Sebab mereka tak jumpa kelebihan yang ada pada diri. Ingat sekali lagi apa yang saya katakana di coretan saya sebelum ini. Manusia diciptakan ALLAH mempunyai faedah dan kelebihan. ALLAH tak kan ciptakan manusia sia-sia je dekat dunia ni. Pasti ada kelebihan, tapi jangan lupa kita juga ada kekurangan.
Orang yang paling bijak adalah mereka yang tahu kekurangan diri mereka dan mereka berjaya mengatasi kekurangan tersebut. Macamana nak tahu kekurangan ni? Nak cerita sikit. Jangan marah-marah. Ini reliti sifat dan sikap kita. Kadang-kadang manusia akan marah jika orang lain bagitahu tentang kekurangan dia.
Maksudnya jika orang kritik apa yang kita lakukan. Maknanya itulah kekurangan kita. Tanpa kita sedar bahawa dia nak bantu kita memperbaiki diri kita. Kita tidak akan sempurna tapi berusahalah untuk menjadi orang yang hampir sempurna.
Sempurna seseorang adalah apabila mereka tahu menggunakan kelebihan ditempat yang betul dan mengatasi kekurangan dengan kelebihan yang dia ada. Fuhh..memang orang hebat jika dapat buat macam ni. Betul ni. Kekurangan sebenarnya boleh diatasi, kelebihan boleh digilap sepaya ia kelihatan bersinar di wajah kita. Ada orang tanya, muka kalau nak ceria dan bersinar buat apa ye. Kira macam aura la tu. Saya bagitahu dia cari kelebihan dan kekurangan supaya dapat aura yang di inginkan.
Tip nak atasi kekurangan adalah paksa diri terima nasihat dan pendapat. Jika tak boleh, kena paksa-paksakan. Sebab diri kita ni kadang-kadang manja sangat. Sebab kita yang manjakan dia. Bila paksa baru nak jadi. Macam ayah paksa anak mengaji, baru mereka nak ngaji. Sebab dengan terima nasihat hati akan menjadi lebih lembut.
Justeru, kalau ada kekurangan kita contohnya panas baran, kaki complain, cakap besar, riak atau sombong,. Lama-kelamaan sifat atau sikap ini akan hilang sedikit demi sedikit. Ingat abang-abang, adik-adik, tuan-tuan dan puan-puan, paksa diri terima nasihat orang lain. Kerana di situ ada kebaikan yang tersirat. Jika kita dapat ubah percayalah bahawa kita bakal menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.
Beres satu tip kehiudpan. Moga disebar-sebarkan kepada rakan yang masih terpinga-pinga mencari kehidupan sebenar sebagai manusia. Wallahua’lam. Assalamualaikum.
point...
BalasPadam"Sempurna seseorang adalah apabila mereka tahu menggunakan kelebihan ditempat yang betul dan mengatasi kekurangan dengan kelebihan yang dia ada. "..
that great..