"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

SABARNYER DIA NI!!



Salam tuan, salam puan, saudara dan saudari yang diisayangi. Alhamdulillah, hari ini kita masih di bawah jagaan ALLAH. Setiap manusia ada kelebihan, ada kekurangan. Gunalah kelebihan anda melebihi daripada menunjukan kekurangan anda. Semoga ia memberI motivasi untuk kita lebih berjaya. Dugaan, cubaan, cabaran, halangan semua memang ujian ALLAH untuk hambaNYA yang bersabar.

Ayuh kita jadi orang yang sabar. Apa sabar? Haah..yup orang yang sabar. Kerana ALLAH itu sentiasa bersama orang-orang yang sabar. “Eleh cakap senang la. Buat tengok”. Haha, memang semua benda yang baik payah lakukan, jika mentaliti kita cakap payah. Semua benda akan jadi susah jika kita yang kata susah. Bahkan benda yang senang pun akan jadi susah jika kita niatkan susah melakukannya.

Takpa dik, abang dan akak. Insyallah saya bantu bagaimana nak jadi orang sabar. Kalau tak keseluruhan pun, praktikkan sedikit dulu dalam kehidupan.  Contoh kalau dulu kita panas baran, lepas ni ubah supaya kurang panas baran. Perubahan yang sedikit itu lebih memberi impak atau kesan yang besar jika berterusan  berbanding perubahan mendadak yang sementara.

Jom kita niat untuk berubah hari ini. Eh, cepat nya. Ya kena cepat kak dan abang oi, bila lagi masa kita nak niat. Seperti mana saya kata tadi, perubahan biar sedikit tapi niat untuk berubah kena disegerakan. Takut-takut lepas ni hati kita tertutup untuk berubah. Haa.. lagi payah kalau dah gelap hati.

Mula-mula niatkan bahawa kita ini seorang yang sabar. Tanamkan dulu dekat hati dan kotak fikiran kita kita ini orang yang sabar. “aku seorang yang sabar sebab orang yang paling kuat adalah mereka yang boleh menahan sabar ketika marah”. Haa…ingat ayat tu. Nak jadi kuat macam ahli bina badan kena pergi jim. 

Tapi nak jadi orang yang terkuat adalah orang yang kuat rohaninya. Tak guna kuat diluar je dik, abang dan akak, tapi dalam kosong tentang sifat pengabdian kepada ALLAH. Rugi sangat-sangat. Bukan sikit rugi ni.
Tapi ada seorang ni saya tengok dia memang boleh sabar ketika marah atau orang kutuk dia. Tapi satu masa dia memang tak boleh tahan kemarahannya ketika dia penat orang dok gurau-gurau dengan dia. Haha. 

Memang macam-macam orang ni. Empat tempat kita biasa akan marah. Pertama orang kutuk, keji, malukan kita, kebanyakan kita tewas dekat sini. Kedua, masa kita penat, orang datang gurau-gurau, senda-sendakan kita. Peh, memang bingit hati, menahan gelojak marah yang membuak-buak. Ketiga, masa orang lapar diacah-acah, dimain-mainkan makanan dihadapannya. Kempat, orang ngantuk dikacau.

Teorinya senang je supaya orang tak buat perkara di atas dekat diri kita. Caranya kita jangan buat dekat orang lain. Tapi kadang-kadang terbuat jugak benda atas tu. Maklumlah manusia benda yang jahat dan buruk memang best buatnya. Sedangkan banyak benda baik boleh buat. Tapi takpa sama-sama kita berubah ke arah membentuk mukmin sejati.

Nak tahu cara mereka yang dikutuk ni mengatasi supaya orang lain tak kutuk. Kita tunggu di coretan yang saya tulis kutukan membina diri. Insyallah di situ kalian yang selalu kena kutuk ni dapat teknik supaya orang yang kutuk kita tu terasa macam diri dia pulak yang dikutuk. Haa…betul ni. Ok sekian dulu daripada saya untuk kali ini. Kita sambung di coretan yang akan datang. Salam saying dari saya. Selamat dunia akhirat. Amin. 

1 ulasan:

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?