Salam tuan dan puan yang dirahmati ALLAH. Apa khabar hari ini? Mudah-mudahan kita masih di bawah perlindungan ALLAH. Di bulan ramadhan yang penuh hikmah ini, banyak benda baik yang perlu kita perbanyakkan. Sebab mungkin di bulan yang lain kita alpa dengan kesibukan dunia, harta dan sebagainya. Jadi ambillah peluang keemasan yang diberi oleh ALLAH kepada kita untuk kita manfaatkan sebaik-baiknya.
Hari ini hendak cerita sedikit perihal kematian. Alam roh dan jasad. Adakah kalian semua tahu kita ditempatkan di mana nanti. Sudah pastinya di antara dua, syurga atau neraka. Kalau syurga, Alhamdulillah tapi kalau neraka, nauzubillah. Rupa-rupanya muslimin dan muslimat sekalian. Saat ketika kita ingin dijemput ALLAH, kita telah tahu dan digambarkan tempat kita dipenantian yang terakhir. Perasan tak kalau orang nak meninggal matanya lihat ke atas. Kata RASULULLAH waktu tersebut mereka telah dibayangkan syurga atau neraka. Jika syurga senyumlah ia, jika neraka muram dan kusamlah muka dia.
Semasa manusia hendak meninggal, datanglah syaitan yang menyerupai ayahnya. Untuk apa ayah dia datang. Untuk membisikkan ditelinga manusia ini, “ayah dah besarkan kamu, jaga kamu, didik kamu, bagi kamu makan dan minum, maka matilah kamu dalam agama yahudi”. Nauzubillah min zalik. Dalam masa yang sama datanglah ibunya disebelah kiri. Maklumlah anak biasa kalau sebut pasal ibu selalu kalah. Ibu yang diserupai syaitan pun berbisik.” Ibu sayang kamu, ibulah yang jaga kamu, bagi makan dan minum, maka matilah kamu dalam agama nasrani”.
Lihat batapa bencinya syaitan dekat manusia. Sampai dihujung usia dan hayat kita pun mereka masih mahu memesongkan kita. Sebab tu biasa orang hendak mati ni, dia rasa haus. Maka kita sebagai pemerhati wajib memberinya air. Sebab dalam masa yang sama syaitan-syaitan ini juga membawa air untuk memesongkan hati kita dengan akidah islam yang kita anuti sebelum ini. Subhanallah. Banyaknya hikmah jika kita tahu tentang kamatian ni. Ziarahlah orang mati, moga-moga kamu mendapat iktibar dan pengajaran. (mafhum hadis RASULULLAH s.a.w)
Muslimin serta muslimat yang dirahmati ALLAH. Kematian bukanlah kesudahan, tetapi perpindahan roh ke alam yang lain. Diberitaka dari imam Malik bin Anas bahawa kematian di dunia ni sungguh singkat. Setalah kita check in dari alam rahim ibu ke dunia, kita check out dari dunia ke alam kubur. Roh yang keluar daripada jasad dunia akan masuk balik ketika jasad di kubur. Dimasa itu kita hidup cara dekat kubur la. Ada pulak yang kata, macamana nak nafas dalam kubur yang sempit tu. Haa.. macamana? Tuan-tuan pernah tak kita terfikir bagaimana kita barnafas ketika kita nak check in ke dunia sewaktu kita di alam rahim ibu.
Percaya tak percaya alam kubur, kita tetap akan lalui alam tersebut. Sebab ALLAH dah bagi skrip setiap manusia ni ikut urutan alam. Mana mungkin kita terus melangkah kea lam yang lain. Cuma cara kita hidup, bernafas, bergerak, sudah tentu berlainan. Kubur yang sempit pada kaca mata kasar kita. Keluasannya hanya ALLAH yang tahu. Kubur yang gelap pada pandangan kita belum tentu gelap bagi mereka yang di dalamnya. Sedangkan bumi yang gelap di waktu malam pun masih ada yang mampu berjalan di ekspo-ekspo. Inikan pula urusan kubur, yang berada di bawah urusan ALLAH.
Alhamdulillah, hari ini kita dapat tahu sedikit sebanyak tentang kematian. Moga kita ambil iktibar daripada coretan pendek yang saya tulis. Ops..saya taip. Mudah-mudah di lain masa, kita sambung topic-topik yang member semangat untuk kita terus melakukan amalan kebaikan. Moga-moga diri ini tidak riak dan sombong disebabkan rasa tingginya ilmu. Sebab ilmu itu milik ALLAH. Subhanallah, kita jumpa lagi , wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)