"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

BEKAS BANDUAN CARI PENGALAMAN


Salam abang, adik, akak, tuan, puan, pak cik dan mak cik yang saya kasihi. Alhamdulillah jika hari ini hari jumaat, laluilah atau jalanilah hari ini sebaik-baiknya. Takur-takut jumaat depan kita tiada lagi di dunia ini. Haa… hari ini saya nak cerita tentang kehidupan.

Macam-macam sebenarnya kalau kita nak dapat ilmu tentang kehidupan ni. First,  kita kena gaul dengan semua orang. Tidak kira pangkat, darjat, harta, tua ataupun muda.

Setelah sekian lama saya menyepi tak tulis di ruangan blog ni. Sebenarnya saya sedang mencari pengalaman ataupun pengajaran dalam hidup kita ni. Tidak semua orang berpeluang nikmati erti kebebasan dalam bergaul. Yeke? Tak caya Tanya orang yang dekat penjara tu. Mereka sebenarnya lebih mengerti erti kebebasan atau
kemerdekaan ini berbanding kita.



Nak tahu sebab apa? Sebabnya kita memang dah bebas. Boleh jalan-jalan, bual-bual, makan minum kat warung, shopping dekat Bandar. Tapi mereka yang dekat penjara ni sebenarnya sedang belajar erti kehidupan yang sebenar.

Tanpa kita sedar, sebenarnya mereka telah bergaul dengan pelbagai orang yang bermasalah dalam hidup mereka. Ada yang masuk sebab mencuri, merompak, merogol, membunuh dan macam-macam lagi. Justeru itu, maka timbulllah pelbagai alasan daripada mereka yang masing-masing tidak mengaku bersalah. Yela mana ada orang kencing berdiri nak mengaku. Tapi memang tidak dinafikan ada sebilangan daripada mereka masuk sebab dianiaya atau fitnah. Dan mereka yang difitnah dan dianiaya inilah yang mengambil peluang belajar daripada kesilapan orang lain.

Mereka masuk bukan sebab mereka jahat. Mungkin disebabkan tidak mampu bayar peguam. Ataupun mereka dituduh tanpa usul periksa. Tapi lepas mereka masuk di dalam besi palang baru mereka tahu hikmah disebalik kejadian atau dugaan yang mereka terima. Kalau mereka keluar mereka telah mengenal seseorang melalui tingkah laku dan perwatakan. Sebab itu tak payah heran kalau ada orang boleh baca fikiran ataupun cirri-ciri seseorang. Sebabnya mereka ini telah banyak jumpa orang daripada pelbagai sifat dan sikap.

Oleh itu, abang2x, adik2x, akak2x, tuan dan puan, berhati-hatilah dengan kebebasan yang kita kecapi. Takut-takut kita tak ready jika cabaran dan dugaan ALLAH yang diberi kepada kita dalam bentuk yang kita tidak sangka. Jangan terlampau merasakan diri kita di ‘zon yang selesa’ dilimpahi nikmat dan rezeki daripada ALLAH. Percayalah kadang-kadang kebebasan membuatkan kita lupa tentang kesusahan yang bakal diterima.

Ya.. Sekian dulu dari saya. Insyallah dikemudian hari kita sambung topik berkaitan kehidupan seorang insan. Amin. Wallahua’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?