"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

MUKMIN KUALITI = ORANG ASLI


Salam muhibah dan ukhwah LILLAH taala. Wah Nampak happy hari ini rakan semua. Amacam ada tak peristiwa-peristiwa manis sepanjang hari ini. Kalau ada mari kita kongsi supaya dapat motivasi antara satu sama lain. Syabas bagi mereka yang dah berjaya kualitikan hidup mereka dengan tip-tip yang saya beri sebelum ini.


Tak guna hidup didunia lama-lama jika tiada kualiti hidup. Biar kita menjadi umat RASULULLAH yang singkat usianya tapi kualiti hidupnya. Sebenarnya Baginda s.a.w. telah banyak beri nasihat dan bimbingan dalam kita menempuh hidup ini. Mungkin kita belum menjumpainya. Takpa insyallah saya cuba beri tip-tip menjadi mukmin yang berkualiti. Tip-tip ni untuk saya juga, sebab semua kita ni sama. Yang membezakan ketakwaan kita kepada ALLAH.

Hari ini saya nak kongsi pengalaman tinggal bersama orang asli di kg. Tekir, Labu, negeri Sembilan. Dekat sini pelbagai motivasi diri saya jumpa. Tak sabar rasanya hendak menulis berkaitan mereka ni. Walaupun saya hanya sehari berpeluang bersama mereka. Tapi ia sungguh bermakna dan telah memberi jawapan sangkaan saya kepada penduduk pribumi Malaysia ni.


Kita takkan tahu sifat dan sikap sesuatu golongan, selagi mana kita tidak masuk dalam kelompok tersebut. Kita sering buat persepsi ketika kita berada di luar kotak X, sebelum kita tahu apa isi di dalam nya. Kotak X? yup.. saya umpamakan sebuah kotak yang diselaputi kain hitam tanpa kita tahu didalamnya berisi apa. Maka pelbagai andaian, sangkaan, tekaan, berenang-renang dipemikiran kita. Kalau sangka baik tu kira ok, ni yang suka sangka buruk. Nauzubillah min zalik.

Kawan-kawan nak tahu cerita selanjutnya. Insyallah dikesempatan masa yang akan datang saya sambung di artikel “Orang asli perlukan kita”. Untuk hari ini, kita motivasikan diri kita bahawa jangan cepat buat persepsi atau sangkaan tanpa kita selidiki dan telusuri peribadi dan kebudian sesuatu kelompok. Moga kita dapat beramal bersama. Jumpa di lain hari. WasaLam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?