"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

TIP 1 : CAKAP SORANG-SORANG



Salam semua pembaca budiman. Amin. Saya doakan ni. Maka cepat-cepatlah amin. Semoga keberkatan dan kerahmatan ALLAH dicurahkan kepada kita. Amin ya rabbal alamin. Seperti yang diceritakan diartikel sebelum ini. Hati tenang jiwa girang. Hari ini saya nak kongsi pengalaman dan pengajaran kepada anda.


Hati ni kalau nak tenang kena buat orang lain tenang dengan kita. Orang yang boleh didampingi adalah mereka yang senang mendampingi. Carilah kawan yang boleh mendampingi kita, mendengar masalah kita, mendengar luahan hati kita. Jangan simpan sangat masalah yang menampung di kotak pemikiran kita. Kalau takda kawan yang nak dengar macammana Faris?

Haa..ikut kajian yang saya buat bersama rakan-rakan lain. Hati akan tenang jika luahan masalah telah diluahkan. Jika takda sesiapa nak dengar. Cakap je sorang-sorang dekat dalam kereta ke. Dekat tepi parit ke. Kalau nak jerit, jeritlah sepuasnya kat dalam kereta. Orang lain pun tak dengar. Janji masalah yang kita ada tu boleh dikurangkan.


Haa..tu tip yang pertama nak lepaskan masalah supaya hati tenang. Yang kedua jangan cari masalah dengan orang lain. Susah kita abang-abang, akak-akak, tuan dan puan, bila bermasalah dekat orang ni. Hati kita akan sentiasa gelisah memikirkan tentang orang yang kita buat masalah ni. “Dia boleh maafkan aku tak”. “Kejam sangat ke aku ni”. “Aduh, kenapa aku buat dia macam tu, tak patut betul la”. Haa…Nampak tak timbulnya persoalan-persoalan yang tak berjawapan di inbox akal kita.

Create your own banner at mybannermaker.com!

Banyak sangat soalan yang tak berjawab akan menyebabkan hati gundah-gulana memikirkan jawapan tersebut. Sebab tu kita muram je sepanjang hari. Memikirkan perihal jawapan yang belum tentu tahu soalan yang sebenar. Jadi intipatinya jangan buat masalah dengan orang. Senangkanlah orang dengan kehadiran kita, insyallah kita jadi senang.

Tip yang ketiga, hati boleh tenang bermula di awal hari kita. Lepas bangun pagi kitakan baca doa. Lepas baca doa cuba senyum. Senyum je tiba-tiba, jangan risau orang tak nampak. Yang tahu kita senyum ALLAH dan tubuh badan kita je. So¸jangan risau atau takut diketawakan orang lain. Kenapa bangun tidur kena senyum ni..apa faedahnya? Rasanya saya ada cerita sikit dekat artikel “kambing pun tahu senyum”. Cuma saya nak tambah dekat sini bahawa senyum adalah factor awet muda. Wahh.. bestkan. Muka kita nampak ceria selalu dan tenang je.

Ok ingat tau pesanan saya. Pertama luahkan masalah sorang-sorang kalau takda orang nak dengar masalah kita. Kedua, jangan cari masalah dengan orang lain. Ketiga, senyum lepas baca doa bangun tidur. Insyallah, banyak lagi caranya. Contah baca quran dan fahaminya. Lain masa saya sambung bicara kehidupan insan berkualiti. Wow..jumpa lagi. Wasalam.

5 ulasan:

  1. great idea... sukran

    BalasPadam
  2. go..go...go
    jgn mengaku kalah dgn masalah..
    rilek je

    BalasPadam
  3. insyallah..kita sama-sama amalkan...
    cakap je sorang-sorang bukan org dengar pun...
    yg penting kita happy...
    huhu

    BalasPadam
  4. ya idea yang bagus.. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  5. insyallah...
    kita sama-sama praktikkn teori ini..
    bagi saya alhamdulillah berkesan dekat diri..

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?