Salam takzim daripada saya. Apa khabar kalian hari ini. Semoga emosi kita baik dan hebat di samping keluarga tercinta. Pernah tak anda tengok orang bersedih? Muka mereka mesti muram gitukan. Monyok je memanjang. Kalau orang merajuk pulak, mulutnya memuncung ke depan. Haa..inilah yang dinamakan emosi fizikal kita.
Jangan tak tahu emosi ini memang akan terjadi pada kita. Sebenarnya emosi yang terpapar di wajah dan muka kita berpunca daripada emosi dalaman diri kita. Tak percaya? Takpe nanti saya cerita. Ikut kajian yang dibuat oleh saya sendiri, mereka beremosi semua daripada hati.
Betul ke hati kita ni yang menyebabkan emosi. Kalau tanya saya saya akan jawab betul. Sebab segala keinginan nak lakukan kebaikan atau keburukan akan terbit bermula daripada hati. Contoh kita nak bagi hadiah dekat seseorang yang kita sayang. Hati akan contact kepada otak untuk menentukan baik atau buruk perasaan itu.
Maka waktu data diproses oleh otak, maka timbullah beberapa kesimpulan. “Kalau aku bagi, nanti apa dia rasa?”. “Aku bagi ni dia nak terima ke”. “Hish, rasa malu la pulak nak bagi hadiah ni”. Nampak tak sekarang otak kita sedang memproses data. Buka computer je tau boleh proses data. Selepas proses ni, otak atau pun akal fikiran kita akan mengarahkan seluruh anggota badan untuk bertindak melaksanakan misi.
Maka tangan akan memberi, mulut akan berkata, mata akan melihat, telinga akan mendengar respond daripada si dia. Kalau nak tahu proses ini akan berterusan sehinggalah hadiah itu diberikan. Jika baik respondnya maka sukalah kita, jika sebaliknya maka berdukalah kita. Haa… maka ketika itu akan berlakulah transformasi diri yang pada mulanya ceria bertukar sedih. Happy bertukar muram. Jangan sedih dik oi, semua benda ni boleh tangkis kalau tahu cara.
Nak tahu caranya? Caranya kembali kepada pokok atau dasar masalah itu timbul. Iaitu Hati kita. Tenang dan ceriakan hati kita. Insyallah semua proses tubuh akan ceria. Tak kiralah kita ni orang kaya ke, orang miskin ke, bijak ke, pandai ke, kecik ke, besar ke, yang penting kita mempunyai hak untuk ceria dan gembira.
Insyallah kita sambung di artikel yang akan datang. Cara nak tenang hati. Haha..rilek sudah. Bina diri menjadi insan yang hebat supaya kita lebih maju dimasa hadapan. Halangan yang kita terima sekarang menandakan kejayaan akan berputik di hujungnya. Sekian daripada saya. Lain masa kita sembang lagi perihal kehidupan berkualiti. Wasalam.
hidup happy lagi best daripada muram je..
BalasPadammasalah pun cam xde je..
kalau ada pun senang je nk selesai..
INSYALLAH orang yg nak hebat..
BalasPadamdia mulakan hari dengan wajah yg happy je...
sy tggu care nak tenangkan hati...
BalasPadaminsyallah...artikel akan menyusul...
BalasPadam