"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

MAKIN BUAT DOSA DI AKHIR RAMADHAN



Salam alaikum, sejahtera ke atas kamu. Apa khabar kalian semua? Semoga kita masih di bawah perlindungan ALLAH dalam bulan yang penuh keberkatan ni. Amin. Menganjak masuk 10 terakhir ramadhan ni banyak peristiwa telah saya terima untuk di buat pengajaran kepada kita semua.

Tajuk hari ni saya ambil daripada peristiwa di pasar Rabu. Tahu ke pasar Rabu ni? Pasar ni ada dekat Ayer Hitam, Johor setiap hari rabu. Semua pemborong kain, tudung, tuala, kain, baju kurung seluruh Negara akan berkumpul. Haa..almaklum la kalau pemborong semua barang murah-murah. Semua peniaga lawan-lawan harga dekat sini lah. Jadi bila pemborong yang meniaga, maka ramailah orang berkunjung untuk memborong barang.


Dapat bayangkan tak ramainya orang macam dekat pasar Ramadhan. Sesak gitu kan. Macam orang jalan safa dan marwah. Memang ramai bersesak-sesak, lagi-lagi nak raya. Maka saya pun buat survey, niat dekat hati nak cari benda yang boleh dijadikan motivasi diri. Dah jalan baru kita boleh dapat motivasi dari perlakuan orang lain.

Jalan punya jalan bermacam ragam telatah manusia saya dengar di situ. Ada yang tawar menawar, ada yang jumpa makcik-makcik tengah sembang kat tepi jalan. Ada yang tengah buat barang lelong, sebar flyer, tengah jaga parking pun ada. Namun ada benda-benda yang kita boleh jadikan iktibar. Terutama golongan wanita.

Nak jadi cerita masa saya jalan tu, ternampaklah saya seorang akak hendak membeli tudung. Yang tak sedapnya, dia ni rilek je buka tudung yang dia pakai tu sebab nak test tudung yang bakal dibelinya. Astaghfirullah, nilai tudung itu hanyalah sebagai perhiasan yang dipadankan dengan baju yang dia pakai. Dia lebih memilih kecantikan tudung berbanding aurat yang lebih utama perlu ditutup. Sedih hati ini malihat kejadian tu.

Bila saya lihat tu, terdetik di hati saya. Masyarakat kita masih kurang diberi pendedahan tentang agama. Dan itulah amanah kita yang belajar agama ni nak beri tunjuk ajar yang sebenarnya. Kekeringan ilmu berkaitan agama disebabkan kita dok asyik berdakwah kepada orang yang memang dah belajar islam. Bagaimana keadaan mereka orang awam ni, jika bukan kita yang menolong mereka.

Insyallah di bulan keberkatan ramadhan ni kita latih diri kita, jinak-jinakkan nafsu kita untuk kita buat kebaikan. Tidak kira apa-apa perkara asalkan ia baik untuk kita, masyarakat dan agama. Moga kita dapat kerahmatan daripada ALLAH. Amin. Insyallah kita sambung di artikel seterusnya untuk mengenali, layakkah kita digelar mukmin?. Sekian salam sayang daripada saya LILLAH taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?