Selamat dan salam daripada saya. Temui saya lagi di ruangan motivasi kehidupan. Seperti yang di janjikan dalam coretean sabarnyer dia ni!!. Saya lontarkan tip-tip menjadi mukmin berkualiti. Akhir-akhir ini ramai daripada golongan manusia ni yang mengadu mereka sering dikutuk dengan kekurangan mereka. Alah biasalah manusia semuakan ada mulut. Sapa yang nak tutup mulut mereka ni jika tidak iman dan ilmu agama.
Mari kita sembang-sembang dengan mereka ni. Ada yang kena kutuk sebab rupa paras mereka. Ada yang kena kutuk hitam, gemuk, pendek, gagap, juling, jongang (siap ada cerita lagi). Kita takkan rasa macamana mereka rasa. Kita cakap senang la sebab kita tak kena. Kita tak kan memahami sesuatu cubaan selagi mana kita tak pernah menerimanya.
Begitu juga macam kita nak kenal orang atau seseuatu kelompok. Kita takkan tahu sifat dan sikap sesuatu golongan selagi mana kita tak masuk dalam kelompok mereka. Haa… jadi lepas ini nak nilai orang, kenalah join dulu mereka baru boleh buat penilaian. Ingat tu.
Berbalik kepada mereka yang kena kutuk, keji, bahan permainan orang. Ada baru-baru ni kawan saya tu rambut kerinting, pendek, Cuma mata tak buta je. Dia kena panggil dajjal. Dasyat punya kutuk. Apa la budak-budak ni. Sorang lagi kawan saya perangai dia nakal sikit tapi budak tahfiz. Nak tahu kena penggil apa. “israil”. Haa.. gila punya kutukan ni. Budak tahfiz pun kena panggil israil sebab dia nakal.
Ok abang, akak, adik, tuan-tuan dan puan-puan. Tip yang pertama nak bagi bila ada orang kutuk kita adalah ketawakan orang yang kutuk kita tu. Eh, napa tak caya. Nak tahu berkesan ke tak, cuba try dulu. Sebenarnya mereka yang kutuk kita ni nak tengok kita malu atau marah je. Itu motif mereka. Tapi cuba kita diam lepastu kita cakap dekat dia. “Dah habis, terima kasih bagi pahala”. Lepas tu kita tinggal je dia sorang-sorang dekat situ. Pehh..memang malu dia nanti. Insyallah lepastu dia tak buat lagi. Sebab malu atau serba salah.
Sama jugak situasi jika kita ketawa lepas mereka kutuk kita. Buat macam ni. Lepas mereka bebel kutuk kita. Kita ketawa dan bagitahu dia “haha, ok bye”. Tinggalkan dia dekat situ. Macam dia pulak yang terkenakan. Tak caya cuba tip ni. Insyallah, ALLAH bersama orang yang sabar. Tak guna kita menegakkan tanduk masing-masing kerana nak menang. Buang masa je dengan mereka ni.
Lagi satu perlu kita tahu, mereka yang suka kutuk ni sebenarnya nak sembunyikan kelemahan dan kekurangan masing-masing. Sebab tu dia cari kekurangan orang lain supa kita lupa bahawa dia juga ada kekurangan. Kita dok sibuk nak cari cara bagaimana nak jaga kekurangan kita supaya tidak dikutuk, tapi kita lupa bahawa orang yang kutuk juga ada kekurangan. Betul ni. Tak tipu punya.
Ok lah kalian semua. Dah tahukan tip-tipnya. Gunakanlah demi menjaga diri anda. Gunakanlah tip-tip kehidupan berkualiti yang saya bagi ketika berhadapan dengan manusia. Anda akan dapat lebih banyak ilmu daripada ini. Insyallah, sebarkan juga kepada mereka yang perlukan bantuan untuk memotivasikan diri. Sebagaimana kita membutuhkan makanan ketika lapar. Salam sayang daripada saya. Moga-moga kita diberi kesempatan untuk berkongsi tip-tip meningkatkan kualiti diri dimasa akan datang. Amin
tq bro.... bgs jugak idea tu..
BalasPadambuat apa penat-penat kutuk org..
padahal diri sendiri belum tentu sempurna..
haha.. kadang2 lawak lak..
BalasPadamcompom dak tu bengang bila guna ayat atas tu..
"senyum je, ok bye"
dia harap kita marah..
rupenye dia yg malu... best idea
cube try... insyallah berkesan...
BalasPadam