Salam kepada semua rakan dan taulan yang sudi baca coretan ini. Hari ini kita diberi peluang dan ruang masa untuk kita membaca, menulis, mendengar, melihat dan sebagainya. Kita juga diberi kesempatan hidup dan kelanjutan usia untuk kita berbakti kepada ALLAH yang satu. Hari ini ana nak bawa kalian melihat apa yang ada dekat kita. Tak payah jauh2x. Lihat lampu, kipas, kereta kita. Apa yang yang ada pada benda tu semua?..haa..
Kipas yang ada kat bilik kita adalah kipas yg kita beli atau mak ayah kita beli. Tujuan beli kipas ialah untuk bagi kita angin, keselesaan, mengurangkan bahang dan panas. Cuba kita fikir, pernah tak kipas ini mengeluarkan sesuatu yg bukan kita mahukan. Contoh tiba2x kipas ini keluar api, asap ataupun air. Begitu juga dengan lampu. Kita beli lampu untuk menerangi kehidupan. Menerangi bilik kita yang gelap pada waktu malam. Memberi cahaya untuk kita lihat di waktu malam. Majoriti benda apa yang kita beli ada tujuannya dan matlamatnya.
Setelah kita bercerita tentang kipas dan lampu. Apa yang kita dapat daripada mereka ni? Kalau kita tengok luaran dan tersurat. Sudah tentu kita dapat angin dan cahaya yang member faedah dekat kita. Tapi ana nak ajak kita fikir jauh sikit. Apa hikmah dan tersiratnya tentang kipas dan lampu ni??.
Hikmah yang pertama, secara tak langsung begitulah yang dinamakan MANUSIA. Apa manusia? Ya.. benar manusia. Kita reverse balik asal kejadian manusia ni. Ada yang kurus, gemuk, hitam, putih, lawa, handsome dan macam2x lagi. Tapi amanah yang diberi oleh ALLAH adalah sama. Iaitu membuat kebaikan, menghindari kejahatan. Senang menyebut tapi payah melaksanakan. Hahh sekarang Nampak tak tujuan kipas dan lampu diciptakan manusia. Mereka semua diciptakan dan diamanahkan oleh kita untuk memberi keselesaan hidup kita. Tapi mereka tak pernah ingkar dengan kita. Tapi kita sebagai manusia, bukan sahaja tak melakukan kebaikan malah melakukan kejahatan yang ALLAH larang. Malu la sikit dik, bang, tuan dan puan. Kita ni kalah dengan lampu dan kipas. Sedangkan ALLAH berfirman dalam surah tin, kita ni sebaik-baik kejadian.
Oleh itu, fikir-fikirlah dalam lakukan sesuatu. Ada pepatah daripada ana.
“Pengalaman pahit dan manis kita pada hari ini adalah perbuatan yang kita lakukan dimasa lampau, Pembalasan kita di hari esok (akhirat) adalah kelakuan kita di hari ini (dunia).
Sekian dulu, nanti esok-esok kita sambung dengan pengalaman yang baru. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)