"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

SOALAN KUBUR YANG “COMPLICATED”


Salam tuan dan puan yang budiman. Amacam hari ini, ada perubahan tak. Moga-moga adalah perubahan sedikit kea rah kebaikan. Bagi yang belum ada perubahan, cubalah ada-adakan. Rugi hidup ni jika sama je. Umur meningkat tapi perubahan minda, kematangan, cara berfikir di tokok yang lama. Insyallah kita sama-sama berubah. Amin.


Samabungan daripada cerita lepas berkaitan roh. Kita ni sebenarnya dah tahu dah soalan dekat alam kubur nanti. So, rilek jela. Amboi, senangnya cakap. Kalau nak tahu di kubur nanti bukan mulut kita yang cakap tetapi setiap anggota tubuh kita. Mereka ni akan beritahu semua perkara yang pernah dilakukan semasa di dunia.

Oleh itu, 5 soalan bocor di alam kubur kita kena stanby jawapannya sejak kita kat dunia ni lagi. Contoh, malaikat tanya, “ahmad, siapa tuhan kamu?”. Rasa-rasa si ahmad ni jawab macamana. Dari segi logic akal kita boleh jawab dengan senang menggunakan mulut. Tetapi nak menentukan kita boleh jawab ke tidak bergantung kepada cara hidup kita semasa di dunia. Kalau kita hidup kerana ALLAH maka bolehlah jawab. Tapi kalau kita asyik sibukkan benda lain sampai lupa kepada ALLAH, nauzubillah, kita tak boleh jawab nanti.


Senang-senangkanlah diri kita ni, buat kerja kerana ALLAH. Tak salah kalau kita buat kerja dapat upah dan gaji, sebab itu hukumnya harus. Macam yang saya beritahu pada artikel yang sebelum ni. Niatkan diri kita dulu kerana ALLAH. Insyallah ALLAH beri apa yang kita hendak. Nak kaya, jutawan, belianwan tak salah dalam islam tapi kenalah bersandarkan ALLAH. Jadi orang kaya tapi dermawan. Jadi pengurus bank tapi yang amanah. Jadi pemimpin tertinggi tapi adil dalam menjalankan tugasnya.

Satu kaedah fiqh adalah asal perbuatan itu harus selagi tiada nas mengharamkannya. Jadi nak buat apa, buatlah selagi ia tidak dilarang dalam islam dan dapat member manfaat kepada diri dan orang lain. Soalan kedua kubur, “siapa nabi kamu?”. Samalah bagaimana saya ceritakan tadi. Amalkan apa yang RASULULLAH suruh dan tinggal apa yang baginda larang. Insyallah, senang nak jawab soalan tu.


Muslimin serta muslimat yang dirahmati ALLAH. Bila cerita berkaitan soalan kubur ni ada pulak makcik-makcik bertanya. “Adik, makcik tak tahu bahasa arab, jadi susahlah nak jawab?”. Memang terbaik soalan ni. “Makcik boleh jawab kalau makcik buat apa yang saya beritahu tadi, ALLAH itu maha mengetahui, mana mungkin dia tidak faham dengan bahasa yang kita pertuturkan, ALLAH sebenarnya dah tahu kita boleh jawab atau tidak, jadi makcik tak perlu risau, sebab ALLAH yang gerakkan tubuh kita untuk jawab bagi mereka yang berhak menjawab”.

Alhamdulillah tuan-tuan dan puan-puan, moga kita ambil iktibar dan pengajaran yang bermakna dalam hidup kita. Ingat, siapalah kita disisi ALLAH, hanya seorang hamba yang diciptakan oleh penciptanya. Percayalah, setiap manusia ada jalan ceritanya, yang pasti jalan cerita kita berbeza-beza. Kekuatan, daya, akal, idea semua daripada ALLAH. Jadi cara nak dapat kasih sayang-NYA adalah dekat dengan-NYA. Selamat beramal, wasalam daripada saya. Wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?