Salam tuan dan puan yang dirahmati ALLAH. Semoga sihat dan ceria selalu disamping keluarga tercinta.Senyumlah selalu untuk dapat kehidupan yang berkualiti. Eh betul? Kalau tanya saya, saya akan jawab betul sebab. Otak kita ni teransang berdasarkan emosi kita. Ingat, bukan nafsu je boleh teransang, otak pun sama jugak. Jika kita melakukan sesuatu kebaikan atau benda yang positif, maka otak kita teransang untuk melakukan yang positif.
Haa… dah jumpa kan tip nak bagi kita ceria. Hidup kena ceria-ceria. Janganlah muram dan monyok je. Nanti diri kita pun monyok jugak. Sebab itu banyak masalah yang timbul. Masalah di tempat kerja. Masalah dengan kawan, keluarga dan semua orang yang berhubung dengan kita.
Nak tahu tak dengan senyum jugak kita dapat selesaikan masalah kita. Nak tahu macamana? Ni nak cerita sikit ni. Bila kita ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Waktu tu sebenarnya otak kita tidak menggunakan keseluruhan daya pemikiran untuk fikir cara penyelesaian. Sebab tu kita kena senyum untuk aktifkan minda kita ke arah pemikiran positif. Barulah masalah dapat diselesaikan. Jadi abang-abang, akak-akak, adik-adik kalau ada masalah cuba senyum kalau tak boleh, paksa-paksa senyum. Kerana mungkin diri kita ni kena paksa baru nak jadi.
Saya ada tanya seseorang rakan baik saya. Saya cerita dekat dia yang saya ni takut jadi sombong bila dah berada di tempat yang tinggi. Eh.. ni bukan tinggi gunung tau. Tapi bila kita dah bekerjaya. Saya takut saya lupakan orang yang berada di tingkat yang bawah. Maklumlah manusia bila-bila boleh berubah. Hari ini dia bersama kita. Boleh sembang-sembang, borak-borak. Belum tentu bila berjaya dia ingat kita. Walaupun tinggal serumah, kerja sepejabat, kawan sejak kecik, semuanya boleh berubah jika kita tidak tahu cara mengelaknya.
Nak tahu rakan saya ni kata apa. “Alah faris…kau senyum je dengan semua orang yang kenal atau pun tak. Nanti lama-lama kau dah terbiasa bergaul dengan semua orang”. Ya itulah jawapannya. Ni cerita betul-betul ni. Senyum pun boleh menangkis sifat sombong. Tapi jangan tetiba kena sebat dengan penyapu sebab senyum dengan anak dara orang. Haa..jaga-jaga jugak. Kang bapak dia ingat kita nak ngorat anak dia. Niat dah baik dah tapi tempat tak kena pun tak jadi jugak.
Ok lah abang-abang dan akak-akak sekalian. Rasanya saya sampai sini dulu. Insyallah ingat pesan saya. Ceriakan kehidupan untuk menjadi insan berkualiti. Bila hidup dah berkualiti maka ibadah kepada ALLAH juga berkualiti. Sukran jazilan daripada saya. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)