Mari kita jelajahi kehidupan mereka. Alhamdulillah saya dibukakan hati oleh ALLAH untuk menziarahi mereka. Walaupun baru habis kursus, kepenatan belum reda. Namun saya kuatkan juga nak lihat sendiri bagaimana kehidupan mereka di pedalaman. Setelah kami sampai kira-kira pukul 9.00 malam. Kebetulan malam tu malam penutup program bersama mereka.
Saya turut bersyukur kepada ALLAH sebab menemukan saya erti sebuah kenikmatan. Jika kalian lihat rumah-rumah mereka yang kecil, terasa sayu di hati memikirkan rutin harian mereka. Mereka tak didedahkan dengan informasi luar. Mereka hanya tahu perkembangan berita dikalangan mereka.
Tapi suasana disini memang suasana kampong asli sekitar 80-an. Alah macam korang tengok citer-citer dahulu kala tu. Macam tulah gambarannya. Cuma dah ada lampu, kipas, air-cond. Haa jangan tak percaya mereka ada air-cond. Sebenarnya air-cond ni dib alai raya je. Sebagai pusat rawatan dan kesihatan, maka disediakanlah air-cond.
Tapi mereka tetap tabah mengharungi kehidupan disini. Alah bias tegal biasa. Mungkin mereka dah terbiasa. Tapi saya rasa lebih aman duduk di kg. tekir ni, sebab yang pertama udaranya nyaman dan segar. Kalau nak mandi pergi je dekat air terjun. Memang best, tapi waktu tu saya tak berpeluang pergi air terjun sebab bas USIM telah tiba.
Yang kedua sebab disini takda TV. Almaklumlah tv, pelbagai agenda maksiat ada di dalamnya jika tak pandai memilih. Bila saya lihat mereka, untungnya mereka jika mereka mengenali islam keseluruhannya. Jiwa mereka bersih, yela merekakan banyak tak tahu lagi berkaitan islam ni. Kalau mereka tahu berapa banyak saham akhirat kita boleh creat dekat sini. Untung-untung bagi mereka yang tahu.
Namun disebabkan kelekaan kita dibandar dan luar Bandar. Usaha dakwah kita hanya tertumpu dimasjid-masjid. Sayang seribu kali sayang , dakyah kristian sudah bertapak disini. Siap ada gereja lagi. Saya diberitakan oleh rakan yang conduct program ni, bahawa selama beberapa hari mereka tak boleh bersama disebabkan orang kristian buat majlis mengopak durian. Nak tahu apa majlis tu? Ada tari menari, joget, minum tuak dan macam-macam. Mereka tahu orang asli sukakan hiburan. Bukan orang asli je kita pun sama gak.
Bila saya dengar perihal ini, terlintas ayat ALLAH yang menyatakan bahawa mereka yahudi dan nasrani takkan redha dengan orang islam selagi mana kita tidak ikut dia. Di sini sebenarnya saya nak buka minda kalian untuk kita memfokuskan sebahagian dakwah kepada orang asli ni. Ada anaknya islam, mak bapak kristian. Ada suami islam, isteri kafir. Mereka tidak tahu tuan-tuan, puan-puan. Jadi sapa nak bagitahu mereka ni kalau bukan kita.
Mereka ni kalau dengar kita nak datang, mereka sambut kita sungguh baik. Bagi buah-buahan, makanan, tempat tinggal. Mereka tak kisah asalkan keturunan mereka faham ISLAM itu apa.
Sekian dulu daripada saya, insyallah lain kali kita sambung cerita-cerita menarik disebalik pengambaraan saya. Moga kita peroleh iktibar dan pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang sudah berlalu. Sukran, Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)