Salam ukhwah. Salam rakan. Salam sahabat. Berapa banyak salam daa. Alhamdulillah, hari ini kita sihat dan luar biasa bagus. Melihat diri kita kat cermin, teringatkan siapa kita sebenarnya. Adakah kita orang yang berjaya. Atau kita seorang yang gagal dalam hidup. Semuanya itu ditentukan berdasarkan apa yang kita persembahkan kepada ALLAH.
Hari ini ana nak bawa kalian semua satu kisah ORANG YANG GAGAL. Sebelum ulas lebih lanjut, kita kena ingat siapa kita di muka bumi ini. Serta apakah tata syarat menjadi orang yang Berjaya di dunia dan akhirat.
“Kita tidak perlukan orang yang bijak satu perkara tapi bodoh banyak perkara, tapi apa yang kita inginkan orang yang bijak setara tapi semua perkara”
Apa maksud ni?? Haa.. mari kita survey kita nak jadi yang mana. Kawan-kawan, abang-abang, adik-adik, akak-akak semua orang yang berjaya. “urmm.. mana ada, kita orang periksa asyik gagal je”. Ya..inilah yang cuba ana sampaikan. Orang yang gagal dalam periksa tak bermakna dia gagal dalam semua perkara. Begitu juga orang yang berjaya dalam periksa jangan mereka sangka mereka telah berjaya dalam semua perkara.
Ramai di kalangan kita yang merasa tertekan, rendah diri, murung, sedih disebabkan keputusan yang mengecewakan. Dik, bang, akak. ALLAH itu maha Adil, Dia tidak akan membiarkan hamba yang diciptakan itu sia-sia. Ada ke manusia cipta barang yang sia-sia. Begitu juga dengan kita. Yakinlah, percayalah kita gagal bukan bermakna ALLAH tak saying kita, malahan ALLAH lebih saying orang yang gagal. Sebab tidak boleh dikatakan seorang itu beriman selagi mana ALLAH tidak menguji mereka. Seeloknya kita bersyukur dengan kegagalan kita pada hari ini. Sebab kita dah tahu apa erti sebuah kehidupan. Kita juga akan terbiasa dengan segala ujian ALLAH. Berbanding mereka yang selalu berjaya tanpa gagal. Pasti mereka belum sedia ataupun kalah jika kegagalan menimpa mereka.
Haa.. dah Nampak sikitkan kenapa ALLAH bagi kita gagal. Adik, abang, akak, saudara, saudari jangan risau bila kita gagal. Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya. Sebenarnya kegagalan adalah langkah menuju kejayaan. Cuba kita lihat orang-orang yang berjaya dimuka bumi ni. Semuanya menempuh kegagalan yang berulang kali sebelum mereka berjaya. Banyak dari kalangan adik-adik kita yang mengadu dekat ana.
“Abang.. kenapa ye.. saya dah belajar, menghafal, buat latihan tapi saya masih gagal semasa ujian atau peperiksaan”. Nak tahu apa saya jawab. Itu tandanya kamu akan jadi seorang guru. Apa guru?? Ya.. betul ni. Bukan bohong-bohong.
Ikut pengalaman yang saya ada. Seorang guru atau pendidik yang baik dan terbaik adalah mereka yang selalu gagal dalam periksa. Kemudian mereka berjaya. Kenapa pulak?? Haa.. sebabnya mereka semua ada skill atau kaedah nak berjaya daripada gagal. Berbanding guru yang daripada tadika dah nombor 1. Masa sekolah rendah dan menengah pun nombor 1. Sampailah mereka mendapat PHD. Mereka ini kalau gagal pun sekali-sekala.
Guru yang selalu gagal semasa zaman kecilnya lebih memahami orang yang gagal. Kalau kita gagal carilah guru-guru yang pernah gagal macam kita. Jangan cari guru yang condemm kita. Takut-takut bukan semangat membina yang kita dapat tapi kita rasa kita ini rendah sangat berbanding yang lain. Ingat pesan saya, cari guru ataupun rakan-rakan yang pernah gagal macam kita bukan rakan yang memang dah pandai dan nak tahu condemm kita je.
Untuk bantu kita kearah kejayaan. Insyallah, kita akan sambung tip-tip ilmu ini. Supaya ia memberi manfaat kepada kita semua. Amin.. Sekian daripada saya. Setakat ni dulu la. Ok. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)