Salam TK buat semua pengunjung blog Tazkirah Kejap. Alhamdulillah hari ini kita sihat dan bahagia disamping keluarga yang tersayang. Beberapa hari ini TK tak ‘post’ entri sebab bercuti bersama keluarga yang tersayang. Kita mulakan artikel ini dengan lafaz Basmallah semoga apa yang kita baca kita ingat dan mampu menyebarkan serta mengamalkannya. Jika ia bermanfaat gunakanlah andaikata ada yang tidak bermanfaat tinggalkanlah.
Setelah bercuti bersama keluarga banyak pengetahuan yang TK dapat. Melihat ciptaan Allah S.W.T. yang cantik dan indah menyebabkan ketenangan hati dan jiwa. Lafazlah ‘subhanallah’ apabila kita melihat sesuatu penciptaan tuhan. Ada seorang ‘member’ ini, dia ini pantang tengok perempuan. Bila terpandang lalu dilafazkan ‘subhanallah’, lepas itu ajak pula kawan-kawan dia ‘usya’ perempuan itu dengan alasan bahawa kecantikan perempuan adalah ciptaan Allah S.W.T. Tambahan pula jika wanita tersebut seksi dan mengghairahkan. Semakin kuat ‘Astaghfirullah’ semakin kuat ‘Subhanallah’.
TK pernah diberitahu suatu kejadian yang menarik perhatian TK. Waktu itu berlaku perbualan antara wanita yang seksi (tidak tutup aurat) dengan lelaki yang boleh dikatakan arif ilmu agamanya. Maka berlakulah perbualan seperti berikut:
“Apakah agaknya yang diinginkan oleh perempuan yang seksi??? Dengan pakaian skirt…t-shirt pendek yang ketat lagi sendat?”
Ada kalangan mereka yang serba salah nak jawab atau tidak. Ada juga yang ‘confident’ hendak jawab tapi tidak diluahkan. Ada yang malu-malu disoalkan sebegitu rupa. Tetapi ada segelintir yang berani menyuarakan pendapat sabagai wakil semua.
“Kami nak dilihat cantik la, ustaz…” sambil tersenyum-senyum.
“Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu..?” ustaz bertanya.
“Untuk siapa lagi… kalau tidak lelaki. Baru dapat pujian..”
“Oklah…jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan dan ingin menyentuh bahagian indah pada tubuh kamu. Adakah kamu mengizinkan…?” ustaz manguji.
“Ishh.. ustaz..mana boleh itu dikira gangguan seksual namanya..”
“Kalau begitu perempuan yang mendedahkan rupa bentuk tubuh yang indah juga merupakan gangguan seksual bagi lelaki..” ustaz cuba memberi penjelasan.
“Eh.. macammana pula tu ustaz?”
“Ye la. Cuba kalian bayangkan lelaki yang telah tergoda dengan bentuk tubuh wanita seksi lalu naik syahwatnya untuk berzina ataupun melakukan maksiat, sudah tentu kalian telah mengganggu nafsunya dan itu dikatakan gangguan seksual lelaki.” Ulas ustaz.
Ibarat kita mengacah kucing yang kelaparan dengan ikan segar yang ‘fresh’ lalu digoyang-goyangkan di depan matanya. Sudah tentu kucing tersebut akan menerkam ikan itu. Lebih teruk lagi muka orang yang diacah juga akan diterkam. Tetapi tidak semua kucing macam itu, begitu juga lelaki.
Jika lelaki yang dipertayangkan susuk tubuh yang masih lagi bergetah, lalu dia berjalanan ala-ala model antarabangsa yang sedang memperagakan perhiasan badan di atas pentas. Mana mungkin lelaki tersebut boleh menahan nafsu seksual. Tambahan dengan wangian ‘perfume’ yang manambah keenakkan seksual yang dibayangkan menyebabkan lelaki lebih terseksa oleh ganguan seksual. Tayangan ‘live’ itu, menyebabkan segelintir lelaki tewas dengan ‘senjata syaitan’ (perempuan).
Disebabkan faktor tempat awan yang ramai orang, lalu lelaki tersebut menangguh hasratnya untuk memuaskan nafsu seksualnya. Masalahnya, kanak-kanak yang berusia 7 hingga 12 tahun yang menjadi mangsa keadaan disebabkan perbuatan ‘seksi’ perempuan tersebut. Tidakkah kalian berasa dosa yang berlarutan disebabkan perbuatan kalian. Jika kalian bernasib baik kerana tidak dicabul atau dirogol disebabkan tempat yang tidak mengizinkan tetapi bagaimana pula nasib kanak-kanak yang tidak berdosa yang menjadi mangsa keadaan disebabkan ‘line clear’ lelaki terbabit memuaskan nafsu liarnya.
Cuba kalian bayangkan di padang mahsyar nanti sewaktu semua umat manusia perlukan syafaat Nabi untuk masuk ke syurga. Lalu diperlihat oleh Rasulullah S.A.W. akan pakaian seksi yang dipakai, adakah nabi akan tersenyum dan gembira? Adakah kita akan memperoleh syafaat nabi? Adakah kita akan mencium bau syurga jika nabi dan Allah murka dekat kita?... Semuanya tanyalah diri dan jawab melalui hati. Adakah persoalan tadi akan mendapat jawapan negative atau positif.
Pelbagai dalil yang digunakan oleh kaum seksi (tidak tutup aurat) ini untuk mengharuskan dan membenarkan perlakuan yang dianggap betul mengikut akal fikiran tanpa bimbingan alim ulamak. Pernah TK mendengar segelintir artis yang kurang ilmunya dalam agama mengatakan bahawa Allah s.w.t. itu tidak memandang luaran tetapi dalaman (hati). Sememangnya benar ada hadis sohih yang manyatakan:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim).
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja. Di sini TK boleh membuat perumpamaan.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Pada pemikiran kalian, adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja. Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person’.
Akhir daripada TK andai kita tiada ilmu bertanyalah, takut-takut sifat malas bertanya dan terus menghukum mengikut keinginan nafsu akan menjerut kita ke dalam neraka Allah s.w.t. Wallahua’lam…
Benar aq sokong betul...
BalasPadamhuhu
tanda2x kiamat wanita itu berpakaian tetapi telanjang...
BalasPadammohon taubat cepat2
ana sokong akhi...
BalasPadamsebagai wanita kita kne menjaga hak eksklusif kita..
bukan senang nak tgk tubuh dalaman kecuali suami...
andai kata senang bermakna kita tiada maruah diri..
kesian bakal suami kita.. kerana tubuh kita sudah ditonton awal oleh lelaki yg tidak kita kahwini... lebih terus lagi jika sudah dinodai..
bertaubatlah
sy sokong kemen saudara/saudari..
BalasPadammoga boleh dikongsikan bersama
memang seronok bila dapat pujian kaum lelaki yang liar ini.. pantang tgk pmwn seksi yang mendedahkan b*a* *ad*...
BalasPadamtapi kita fikir azab dan laknat nabi yang kita akan terima di akhirt kelak..
benar fairuz...
BalasPadamakhirt adalah khpn sebenar kita..
manakala dunia ini hanya sementara untuk bekalan kita di akhirat..
jika baik maka baiklah kita di akhirat..
jika sebaliknya ..nauzubillah..
andai kita ada tbh yg lawa dan menawan..
BalasPadamsimpanlah ia utk suami...
jgn lah nk tyg..
sebab suami nak mamiliki kita kne bayar mahar..
org lain tge 'free' je..
x rugi ke
ni artis punya pasallah pmwn skrg jd begini..
BalasPadamrncngn tv pun sme jerkk
tidakkh kita tahu bahawa salah satu rncngn org kafir adalah "screen"...mknenya tv..
BalasPadamlihat lh prgram yg boleh mngktkan iman kte..
bukan menjauhkn kita dr allah
terpulang pada diri msg2..
BalasPadamnak tutup atau tak...
saudara/saudari...
BalasPadamsmmgnya dlm undang-undang adalah peruntukan hak kebebasan..
tetapi sebagai muslim/muslimah hndklah kite mengikut ajaran islam sebenarnya...
islam ini sebenarnya kesian dekat wanita yg tak menutup aurat..
kerana terdedah kpda ancaman bahaya dan kes2 jenayah...
jgn kita menyesal sesudah berlaku perkara tersebut kat diri...
jgn kita mnyesal andai maruah sudah dinodai..
jgn kita menyesal andai keluarga tidak terima kita...
ketahuilah bahawa setiap anjuran islam itu membawa kebaikan kepada umatnya bukan untuk mnyusahkan diri...
faris tapi akak takutlh kena ejek ngn kekwn...
BalasPadamcakap bajet macam ustazah pula..
alhmdulillah setidak-tdknya akak sudah mula mendpt hidyh drpd Allah...
BalasPadamjika dibndingkn ejekan dengan azab mana yang akak pilih...
azab Allah ini berat kak lebih berat drpa gunung yang tertinggi kat dunia..
xmmpu utk kita mennggungnya...
kalau kita kata alah nanti semua umat islam akan msk syurga... celup2 kat neraka lepas tu diangkat masuk syurga...
kalau kita dicelup pun... seksanya teramat pedih dan menyeksakan... ibarat kalau kat dunia ini kita termsk kat kolah lava gunung berapi.. atau pun kita bayangkan seorang bayi yang termasuk dekat kuali yang barisi minyak panas...
dapat bayangkan... justeru itu bertaubatlah... itu adalah jln termudah untuk kita menghindari drpd seksaan api neraka...
tq faris..
BalasPadaminsyaalh akak cuba..
tapi camne nk taubt..
maaf krg arif
alhamdulillah.. cre yg plg senang..
BalasPadamambil wuduk.. solat sunat dua rakaat niat taubat..
"aku solat sunat taubat 2 rakaat krna allah"
pastu buat mcm solat biasa..
pastu doa bersngguh2 agar diampunkn segala dosa...
bernekad tdk akan mengulangi dosa tersebut..
membenci perlakuan yg telah dilakukan..
selesai..insyallah allah terima
minta share
BalasPadamdipersilakn.. jgn lupa letakkan sumber blog ini.. sukran
BalasPadamtika saat dunia di pengakhiran ...
BalasPadamakan berlaku bermacam bentuk kemusnahan....
yg datang dari manusia sendiri...
dan ini adalah sebahagiannya...
maka ini lah tanggungjawab kita untuk mengubahnya...
insyallah..
BalasPadamsama2 kita ubahnya..
thankz atas peringatan,,,
BalasPadam