"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Bila SUAMI atau AYAH diistihar DAYUS???


Salam TK kepada semua rakan-rakan dan pengunjung Tazkirah Kejap. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga beliau. Moga-moga hari ini kita beroleh rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t. Ikhlaskan niat hari ini untuk mempelajari dan mencari ilmu Allah s.w.t yang luas di seluruh bumi ini.

                Hari ini TK akan membawakan sebuah tajuk yang sungguh penting di zaman sekarang. Memandangkan maksiat begitu banyak berlaku dimana-mana sahaja. Bila lihat anak-anak gadis yang rosak dengan cara pakaian dan pergaulannya. Pusat hiburan yang semakin banyak di Bandar, sudah menjadi ‘trend’ anak muda sekarang.

                TK ingin memberikan info “Siapakah DAYUS??”. TK mulakan entri ini dengan sepotong hadis daripada Rasulullah s.a.w.

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما    الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله


Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA" - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadis ini kita dapat simpulkan bahawa DAYUS adalah seorang lelaki (bapa dan suami) yang tahu akan perbuatan maksiat (zina, dedah aurat, menari) isteri dan anak-anak perempuannya tetapi tidak risau atau endah terhadap isteri dan anak perempuanya.


                Masyarakat kadang-kadang memandang ringan tentang isu dayus. Mungkin kerana mereka tidak tahu tentang dosa yang mereka dapat jika terus dibiarkan isteri dan anak perempuan mereka terus-menerus melakukan maksiat.

                Tegas TK nyatakan di sini bahawa DAYUS ITU termasuk dalam DOSA BESAR. Sejajar dengan sepakat ulamak menyatakan

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)


Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Sebenarnya banyak perkara yang membuatkan seorang isteri itu curang. Salah satunya mungkin mereka sebelum kahwin secara sah telah melakukan perkara ‘ringan-ringan’ (bercumbu, zina, berpeluk). Tidak hairanlah jika sudah berkahwin isteri tersebut melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain.

                Ini dapat dihalang dengan melakukan taubat nasuha. Insyallah, perkara ini dapat dihalang. Awas!! Jika sudah ‘terlanjur’ atau ‘ringan-ringan’ sebelum kahwin dan tidak membuat taubat nasuha. Benih ‘terlanjur’ tersebut akan merebak kepada seluruh zuriat mereka. Lalu anak-anak mereka akan turut melakukan benda yang sama.

                Oleh itu, si suami hendaklah sekali-sekala ‘check handphone’, dompet atau beg isteri untuk memastikan isteri tidak merahsiakan sesuatu kepada anda. Si isteri pula jangan la kata “abang ni, macam tak percakan saya pula”. Ini adalah tanggungjawab suami begitu juga bapa.

                Ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud Rasulullah s.a.w. itu lebih cemburu sifatnya terhadap isteri-isterinya.

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ  سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )


Secara ringkasnya TK istilahkan DAYUS antaranya seperti berikut:

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Memasuki rancangan hiburan tari menari dan sehati berdansa kononnya suami isteri tetapi membiarkan liuk tubuh isterinya menari dipertonton oleh penonton (orang awam)
Terlalu banyak lagi jika ingin TK nyatakan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

                Maka beruntunglah jika memiliki isteri yang solehah. Mereka telah tahu hukum dan akibat jika mereka berlaku curang. Tapi zaman sekarang memang susah hendak dapat isteri yang solehah. Berdoalah si lelaki semoga anda mendapat isteri yang betul-betul solehah.

                Bagi si isteri berdoalah juga agar mendapat suami yang bertanggungjawab. Wahai isteri dan anak perempuan, jika anda kesihankan suami dan bapa anda, janganlah melakukan perkara yang membolehkan mereka digelar DAYUS.

                Akhir sekali, TK ingatkan diri ini dan kalian.
“Bawalah gambar ibu dan bapa anda, jika anda ingin melakukan (maksiat) sesuatu pandanglah mereka agar kita ingat azab yang akan mereka terima, Jika tidak membawa maka lihatlah dunia, sesungguhnya kita pasti akan meninggalkannya (ingat mati)”

Wallahua’lam…wasalam.
                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?