Salam semua pengunjung. Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan bahagia dengan keluarga. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahlinya. Moga kita beroleh rahmat dan hidayat daripada Allah s.w.t pada hari ini.
Alhamdulillah syukur kita kerana kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan amal kebaikan. Gunakanlah peluang yang Allah s.w.t. berikan sebaik mungkin. Mungkin hari ini adalah penghabisan riwayat hidup kita. Tiada siapa yang mampu mengelak takdir Ilahi.
Hari ini kita juga masih diberi ruang taubat yang luas untuk kita bertaubat. Percayalah Allah s.w.t. itu Maha Mengasihani, Dia sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Jika kita telah melakukan perkara yang dilarang, jangan risau bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh kerana taubat disisi Allah s.w.t adalah taubat nasuha.
Ramai yang diluar sana merasakan diri mereka sudah tidak berharga jika melakukan satu kesilapan besar dalam hidup mereka. Terpaku di dalam hati mereka “Alang-alang dah buat dosa, baik aku teruskan je, masuk neraka”. Jangan silap rakan-rakanku, Allah s.w.t. sentiasa menerima taubat hambanya.
Bersyukur kita sekarang menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Hanya dengan taubat nasuha kita diampunkan segala dosa yang dilakukan. Tidak perlu ‘terjun bangunan’ atau bunuh diri seperti umat Nabi Musa a.s sebagai tanda mereka bertaubat. Kita hanya dengan solat taubat dan berjanji tidak melakukan benda yang sama. Selepas itu kita mampu membuat amal kebajikan, semestinya mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah s.w.t.
Tidak semua orang yang baik tidak melakukan kesilapan. Tidak semua orang yang jahat tidak diberi keampunan. Percayalah kata TK, jahat mana pun kita belum tentu kita masuk neraka SEKIRANYA BERTAUBAT, baik mana pun kita belum tentu kita masuk syurga SEKIRANYA KUFUR.
Hari ini kita perbetulkan balik niat kita, siapakah kita di sisi Allah s.w.t. Dalil dalam surah Tin sudah membuktikan bahawa kita adalah sebaik-baik kejadian. Gunakanlah kelebihan kita untuk mengurus diri menjadi insane yang berguna.
Tambahan lagi Allah s.w.t. berfirman dalam al-quran, “Kamu umat Muhammad adalah sebaik-baik umat, mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran”. Jelas dekat sini, kita ada dua kelebihan yang tidak ada pada umat terdahulu. Jika kita ajak baik dan larang benda yang jahat, kita tergolong dalam sebaik-baik umat.
Cuba kita bayangkan, sepasang suami dan isteri yang mempunyai dua anak yang berkelakuan berbeza. Satu baik dan satu jahat. Agak-agak jika kedua-dua anak itu menginginkan sesuatu, siapakah yang akan di ‘kabul’ kan permintaannya. Semestinya anak yang baik. Begitu juga kita, jika kita melakukan apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang, pasti Allah s.w.t kabulkan segala permintaan kita.
Bunyi entri macam ‘best’ kan, tapi baca sahaja tidak cukup tanpa amal. Gunakan yang mudah dan senang. Mula-mula tinggalkan apa yang jelas hukumnya haram. Contohnya rokok telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Antarabangsa dan Majlis Fatwa Malaysia. Cubalah berhenti daripada rokok jika kita hendak keberkatan daripada Allah s.w.t.
Sifat yang haram akan menghijab segala doa kita. Ibarat lubang golf yang ditutup tin biskut, pasti bola tidak akan masuk. Buanglah segala tabiat buruk, lagi-lagi sudah jelas pengharamannya. Jangan kita terpedaya dengan dakyah syaitan, kononnya hisap rokok boleh kuat tenaga, hafal cepat dan tidak ngantok. Itu adalah fitnah syaitan dalam diri anda.
Hari ini kita percaya syaitan, lihatlah dimasa lain kita akan terbelenggu dengan perkara yang lebih dahsyat. Lagipun, sekarang ada ubat di farmasi untuk kita berhenti rokok. Sebenarnya diri kita yang tidak mahu bukan sifat rokok itu. Kononnya Nampak ‘macho’ bila hisap rokok di tempat awam, padahal orang duduk kutuk dan benci orang yang hisap rokok.
Setiap yang haram pasti ada keburukannya. Ingat senang-senang hendak keluar hukum haram. Ada pula yang menghukumkan harus berdasarkan hujah akal mereka. Ya memang benar hukum harus pernah dikeluarkan sebahagian ulamak tetapi telah termansuh dengan hukum haram yang baru difatwakan.
Hari ini, entri TK mungkin ada yang marah dan benci (lagi-lagi mereka yang rokok). Tetapi ingatlah TK hanya mampu membuka fikiran anda. Tetapi keputusan ditangan anda untuk mengubah hidup atau terus dengan perkara yang jelas haram. Pada kawan-kawan yang membaca dan selalu bual dengan TK, entri ini bukan mahu memutuskan persahabatan tetapi kerana sayang kepada kalian daripada azab api neraka yang dahsyat dan pedih.
Diam TK sewaktu berbual dan bergaul dengan kalian bukan tanda TK redha tetapi TK rasa dengan cara menulis secara ini lebih member impak kepada diri kalian. Ada yang kata “Maaf ea faris, kitaorang hisap rokok depan orang yang tidak hisap”. TK hormat permintaan mereka tetapi tidak bermakna TK terus meredhai perbuatan mereka. TK bukan benci rakan-rakan yang hisap rokok tetapi benci dengan perbuatan menghisap rokok.
Kalau dahulu TK diam dan tidak meluahkan rasa hati TK. Hari ini TK luahkan bahawa asap rokok itu pembunuh. Hendakkah anda semua dituduh pembunuh. Wajarkah seorang pembunuh hanya perlu meminta maaf kepada orang yang dibunuh dengan hanya lafaz kata-kata. Wajarkah perbuatan membunuh diri hanya perlu mengatakan maaf kepada tuhannya bila dia disoal.
Ingatlah tubuh kita hanya pinjaman daripada Allah s.w.t. Wajarkah seorang peminjam memberi barang pinjamannya dalam bentuk yang buruk atau rosak. Fikir-fikirkanlah, TK bukan sesuka hati membuat entri ini, tetapi demi membetulkan persepsi rakan-rakan TK yang disayangi.
Orang kafir duduk merancang hendak menjatuhkan dan menghancurkan kita. Kita sibuk membunuh antara kita (Merokok). Tidak terfikirkah kita tentang generasi akan datang. Apakah yang akan berlaku kepada mereka jika kita tidak ubah daripada sekarang. Jika kalian benci dengan TK, TK tidak kisah tetapi TK telah menyampaikan apa kebenaran sebenarnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. lebih benci kepada orang yang tahu haramnya perbuatan tetapi dia tetap melakukan dengan sengaja.
Akhir sekali, pohon maaf jika ada terkasar bahasa yang menyinggung perasaan sesetengah daripada kalian. Percayalah TK sayang kepada kalian bukan untuk meleraikan persahabatan. Wasalam...
ade pnah dngar cramah..kal0 0rg alim nak jwb s0alan 0rg yg nak taubat nih..dia akn jwb dgn pnuh kyakinan "taubat lah!xde sape yg akan halang taubat mu.."
BalasPadamTK sye pun tak suke rokok..
BalasPadamatika: disebabkan jawapan begitu kdg2 manusia terus melakukan maksiat kerana mereka sangka di akhir hayat mereka sempat bertaubat...
BalasPadamadan: alhamdulillah... teruskan menasihati rakan ..moga kita beroeleh rahmat daripada allah
BalasPadam