"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

'GAGAL' awal sbg langkah untuk 'BERJAYA'....



Salam semua pengunjung Tazkirah Kejap. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih lagi Allah s.w.t beri kita peluang untuk ubah diri kita menjadi yang lebih baik. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarganya.

                Hari ini TK bawakan entri berkisar jenaka untuk kalian semua. Ini adalah idea daripada salah satu rakan blogger TK Cuma cara penyampaian yang berbeza. Memang kita semua diberi kelebihan yang berbeza. Sebab itu OKU ditukar nama daripada Orang Kurang Upaya kepada Orang Kelainan Upaya. Sedap sikit mendengar bunyinya.

                Cerita ini berkisahkan sekelompok pelajar sekolah rendah yang pergi mengaji. Mereka adalah Azizi dan Azizan. Mereka rakan karib sejak daripada kecil sebelum sekolah. Suatu hari mereka pergi mengaji di sebuah rumah kayu milik seorang nenek.

                Maka berlakulah perbualan antara mereka.

Azizan   : Zi, ko pernah mengaji al-Quran tak?

Azizi       : Emm.. pernah, kenapa?

Azizan  : Oh.. mesti ko pandai mengaji ye?

Azizi       : Reti la sikit-sikit… tapi aku baca merangkak-rangkak lagi la…

Azizan   : lerrr kenapa teruk sangat? kesian nyer…

Azizi       : Apasal ko nak kesian kat aku lak? Kite bukan saudara pun.. takpe arr.. janji aku reti la juga membaca… pada org lain yang tak tau membaca langsung…

Azizan   :Tidak la, aku kesian la dekat ko.. pasal org lain membaca elok je duduk.. sopan lagi…. yang ko plak, baca merangkak-rangkak tu buat apa.. susah sangat ke sampai tak boleh duduk? Huhu..

Azizi       : (Dalam hati) tidak guna punya kawan.. ada yang makan nasi ikut telinga kang.

                Simbolik disebalik cerita ini adalah untuk beberapa pengajaran dekat kita. Pertama, tidak perlu menunjukkan kelemahan kita kerana kita akan terus takut dan malu untuk bertanya. Buat-buat pandai dalam cara untuk mengetahui sesuatu perkara. Beranikan diri untuk bertanya apa yang kita tidak tahu, insyaallah dengan buat-buat tahu akan menjadi tahu suatu hari nanti.

                Kedua, jangan kutuk kelemahan orang kerana belum tentu kita pandai daripadanya. Mungkin juga kelemahan orang itu adalah kelemahan kita juga. Orang akan lebih hormat, mereka yang merendah diri dengan kelebihan dengan kepandaian daripada meninggi diri walaupun lemah dengan kebodohan.

                Ketiga, jangan bual-bual ketika tiada guru dalam kelas dengan perkara yang sia-sia kerana mungkin dalam perbualan akan terguris hati rakan-rakan. Maka ilmu akan terhijab dengan sebab itu. Diam itu lebih baik daripada bercakap yang sia-sia.

                Akhir sekali, itu hanyalah cerita rekaan dan tiada mengena dengan yang hidup ataupun yang meninggal dunia. Moga-moga kalian terhibur. Wasalam...

3 ulasan:

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?