"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Bila 'IBUBAPA' kata 'LEMAH'..maka anak pun 'LEMAH'


Salam ukhwah daripada TK. Selamat berkunjung di ruangan Tazkirah Kejap. Semoga kalian ceria dan bahagia disamping keluarga pada hari ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya.

                Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi kelapangan masa dan keadaan untuk kita sama-sama memperingati antara satu dengan yang lain. Hari ini TK hendak bawakan sebuah entri yang bertajuk Mak Bapak kata ‘LEMAH’, anak semakin ‘LEMAH’. Peristiwa ini TK olah dalam bentuk dan gaya bahasa TK. Ini adalah peristiwa benar yang berlaku kepada Ali (bukan nama sebanar) merupakan rakan TK.

                Sebelum itu, TK ceritakan perwatakan Ali. Dia seorang budak yang petah bercakap semasa kecil dan agak nakal. Segala perbuatan manusia dia persoalkan. Persoalan yang akan memberinya jawapan. Kelebihan pantas berfikir dan peramah disedari oleh sebilangan besar saudara maranya.

                Suatu hari, Ali masuk ke alam persekolahan (Tadika). Pada hari pertama masuk, Ali seorang yang pendiam. Tambahan lagi, hidup yang selama ini tidak bergaul dengan rakan sebaya manambah lagi sifat pendiamnya. Ali ada seorang Pak Cik yang selalu menghantar dan mengambilnya dari sekolah.

                Buat pertama kalinya, Ali menduduki peperiksaan akhir tahun ketika umur 5 tahun. Namun takdir Allah s.w.t telah menentukan bahawa Ali mendapat no.25 di dalam kelas. Sejak daripada itu, Pak Ciknya mengajar matapelajaran yang dia lemah. Namun Ali belum sedia menerima ilmu kerana pemikirannya berkehendakkan bermain bersama rakan.

                Di sebabkan Ali susah menerima ilmu, Pak Ciknya selalu kata “Kau ni lemah betul la, susah sangat ke BI ni”. Pertama kali Ali dilontarkan perkataan ‘LEMAH’ dan perkataan seterusnya “LEMAH BI”. Disebabkan peristiwa itu, Ali telah menganggap dirinya lemah dalam bi.

                Tahun hadapan di tadika, Ali berjaya membuktikan pencapaiannya dengan mendapat no.1 di dalam kelas. Pak Ciknya hanya mengucapkan tahniah tetapi disambung kata-kata “Kau ni semua metapelajaran dah pandai, Cuma bi je masih lemah sangat”.

                Peristiwa itu, memberi kesan yang mendalam dalam diri Ali. “Aku ni memang lemah dalam bi”. Berterusan perasaan itu hingga ke sekolah rendah, menengah dan peringkat universiti. Semua matapelajaran yang Ali ambil semua cemerlang kecuali bi. Ini adalah faktor pertama Ali lemah dalam bi.

                Sampai diperingkat menengah, tidak disangka bahawa mak bapak Ali turut mengatakan benda yang sama. “Kau ni kena tuisyen banyak, bi asyik ‘fail’ je”. Menambah kekusutan Ali untuk berubah kepada ‘PANDAI BI’. Dalam hati Ali “Mak bapak aku pun kata aku ni tak pandai bi, buat apa aku belajar bi”.

                Walaupun Mak bapak Ali kata begitu, mereka tetap belikan buku bi, cerita bi, tuisyen bi, surat khabar bi dan banyak lagi supaya anak mereka pandai. Tetapi mereka silap sebab mereka telah menanam perkataan ‘LEMAH BI’ dalam diri Ali. Tidak berguna kita gunakan bahan pembacaan jika anak tidak berminat. Datangkan minat baru boleh berjaya.

                Namun Ali tetap tabah menghadapi semuanya. Ali hendak buktikan bahawa dia seorang yang pandai bi. Dia mula membaca dan bertanya kepada rakan yang pandai tetapi hati Ali tetap mengatakan yang dia seorang yang ‘LEMAH BI’. Bila bapanya suruh belajar dengan rakan yang pandai, Ali ikut dan belajar dengan mereka tetapi hati Ali yang kian pudar dengan bi.

                Sehingga ke peringkat universiti, Ali terus bergelumang dengan persepsi negatif dirinya. Tambahan lagi, kawan-kawan semua pandai bi tetapi dia terus dikepong dengan kelemahannya. Ali pernah berjaya satu hari, dia mendapat markah tertinggi dalam kelas. Ali pun beritahu ibunya, tetapi ibunya hanya mengatakan “Ye ke…” seolah-olah tidak percaya. Meruntuhkan semangat Ali.

                Rentetan itu, Ali masih lagi lemah dalam bi walaupun dia menganggap bi itu senang. Ali pernah memberitahu TK “Aku tahu bi ini senang, tetapi ibu, ayah dan pak cik yang menyebabkan aku hilang semangat untuk belajar bi, bila jumpa pak cik aku je, dia mesti beritahu rakan-rakan aku yang dulu aku ni lemah bi, bengang betul aku”

                Cerita ini TK coretkan sebab hendak beri pengajaran kepada ibu dan bapa atau saudara mara yang rapat. Janganlah melontarkan perkataan negatif, lagi-lagi kepada kanak-kanak kecil. Ubahlah perkataan lain seperti bertuah, pandai atau bijak. Kerana perkataan yang pertama diketahui oleh kanak-kanak merupakan gambaran yang mewakilkan dirinya.

                Pak cik pula, tidak perlulah hendak melontarkan ‘bebal’, ‘lemah’, bengap dan sebagainya kepada anak saudara. Cuba bayangkan anak kita diperkatakan begitu, sudah tentu kita tidak selesa.

Ibu dan ayah juga sama, kerana setiap percakapan ibu dan ayah merupakan doa yang mustajab bagi anaknya. Jika anak tidak berjaya, jangan salahkan mereka dengan mengatakan ‘bodoh’, bengap dan sebagainya. Ini kerana anak tersebut bukan semakin pandai bahkan semakin lemah dan terus lemah.

TK ‘post’ dekat blog ini pun bukan ibu dan ayah atau pak cik Ali baca. Tetapi sebagai pengajaran kepada kita, jika inginkan anak kita berjaya. Guru-guru pun sama, kalau hendak garang tidak mengapa tetapi gunakanlah perkataan yang elok didengar agar anak murid lebih hormat kepada kita.

“Tidak rugi kita berkata baik kepada orang kerana sifat tersebut akan kembali kepada kita”
“Ruginya kalau kita berkata jahat kepada orang kerana perkataan tersebut akan balik kepada kita, 
jika tidak kita maka akan diberikan sifat tersebut kepada anak kita”

Fikir-fikirkanlah wahai rakan yang disayangi. “Berdiam itu lebih baik daripada bercakap yang sia-sia”
Wasalam…

6 ulasan:

  1. hmmm...bagus utk along. sy nk terapkn dlm minda spy snts beringat jgn buat mcm tu pada anak2 suatu hari nanti.

    BalasPadam
  2. sukran akhi pemerhati dunia...
    semoga kita berjaya memdidik anak..

    BalasPadam
  3. salam,
    sangat setuju, kanak-kanak membesar dengan apa yg diberi oleh org2 di sekelilingnya. itu yang akan membina peribadi mereka..

    kalau diberikan yg positif, insyaAllah mereka akan membesar dengan positifnya. begitu juga jika sebaliknya..

    suka en3 ni..

    :)

    BalasPadam
  4. hans: benar setiap perkataan itu doa terutama ibu dan bapa...

    BalasPadam
  5. manna_salwa: suka ayat " membesar dengan apa yang diberi sekelilingnya"... semoga kita berjaya mendidik anak dengan lebih matang dan kaedah yang betul..amin

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?