"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Tips pengubat lupa....


Salam rakan blogger yang disayangi. Alhamdulillah hari ini, kita masih lagi diberi peluang untuk beribadat dan merendahkan diri kepada Allah s.w.t. Kenapa TK berkata demikian?? Selagi mana kita mempunyai niat atau hasrat untuk mencari ilmu agama dan mengamalkannya percayalah kita masih dibawah penjagaan dan keredhaan Allah s.w.t.

            Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita hari ini lebih mudah dan senang dalam mengerjakan kerja harian kita. Hari ini TK suka hendak menyatakan bahawa manusia ini cepat lupa. Setiap perkara yang berlaku pada hari ini tidak semestinya kita ingat pada seminggu akan datang.

            Terasa lama tidak menulis blog kerana sibuk dengan tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebagai seorang pelajar. Jika kita hendak perbincangkan masalah lupa ini memang banyak. Bahkan asal perkataan manusia juga daripada ‘نسيان’ yang bermaksud sifat pelupa. Mereka bukan hendak lupa dengan sengaja tetapi memang selalu lupa.

            Mengikut pengamatan TK ada kaedah atau cara untuk mengelak penyakit lupa ini dari terus berkekalan. Pertama TK melihat ustazah di universiti sering memanggil pelajarnya dengan sebutan ‘nama’. Contoh : Ahmad.. kamu sudah jawab soalan saya??? Ali.. kamu pelajar tahun 1 kan??? ..

            Jarang sekali TK dengar ustazah tersebut tidak menyebut nama diawal ayatnya. Ini adalah kaedah untuk mengingat nama seseorang. Selagi kita ingat namanya sebutlah dipangkal ayat. Contohnya : Hasyim..Nak kemana?

            Kaedah kedua adalah cara mengingati ayat al-quran. TK percaya ramai antara kalian yang senang menghafal tetapi susah untuk mengingatinya pada masa yang lain. Kalau hendak tahu kita sudah hafal atau belum, cuba baca ayat tersebut di dalam solat sunat. Jika lancar itu bermakna kita sudah menghafalnya dengan sempurna. Jika masih tergagap-gagap bermakna kita perlu melancarkan bacaan kita diluar solat terlebih dahulu.

            Kaedah ketiga adalah mengingati sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Sebenarnya sesuatu perkara itu akan terus diingati jika selalu menyebut atau menjadi sebahagian hidup kita. Contohnya: Hari ini kita pelajari tentang perkara-perkara sunat di dalam solat. Hanya mengamalkannya di dalam solat, percayalah kita akan terus mengingatinya. Walaupun hendak mulakannya sesuatu yang payah dan merumitkan.

            Kaedah keempat adalah beritahu dekat kawan apa kita belajar tadi. Walaupun kita beritahu apa yang kita ingat sahaja, percayalah sesungguhnya Allah s.w.t. yang akan melengkapkan kembali ilmu itu di masa akan datang.

Sekian daripada TK mudah-mudahan kita beroleh manfaat daripada entri TK kali ini. Semoga kita selamat beramal. Wasalam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?