Salam ceria dan bahagia daripada TK. Moga-moga Allah memberkati kita di dunia dan akhirat. Rasanya sudah lama TK tidak “mengepos” artikel di blog ni. Bukan sibuk tapi belum diberi ruang daripada Allah untuk menulis.
Perjalanan hidup TK semasa tidak menulis begitu banyak liku-liku kehidupan yang ditempuhi. Alhamdulillah dengan berkat pertolongan Allah dapat TK menghadapinya. Setinggi-tinggi kesyukuran juga TK panjatkan kepada Allah kerana sekarang TK sudah berjaya ke menara gading. Jika dulu coretan zaman persekolahan kali ni zaman mahasiswa pula.
Universiti Sains Islam Malaysia itulah nama keramat tempat TK menuntut ilmu. TK ambil jurusan Fiqh dan Fatwa di bawah Fakulti Syariah dan Undang-undang. Sebenarnya kos pilihan dulu adalah Perakaunan atau Perbankan Muamalat, disebabkan Allah itu adalah sebaik-baik perancang akhirnya TK mengambil jurusan Fiqh dan Fatwa.
Pada mulanya, memang agak susah ‘catch-up’ kos ni. Mungkin disebabkan sukatan pelajaran dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris seluruhnya menyebabkan satu kejutan budaya berlaku. Faktor tempat dan persekitaran juga adalah salah satunya.
Setelah satu semester di USIM, TK merasa gembira bersama rakan-rakan yang ‘spotting’ dan faham dengan perangai TK ketika bersama mereka. Satu kejutan budaya yang besar adalah TK terpaksa satu kelas dengan perempuan. Ketika di Maahad Johor hendak tengok perempuan pun segan-segan. Ini hari-hari tengok perempuan.
Ketabahan dan kekuatan hati yang Allah beri, telah berakhirnya satu semester di USIM. Insyallah, jika diberi kesempatan TK akan menulis apa sahaja kembara ilmu TK di USIM. Bukan mahu menunjuk tetapi ingin dikongsi dan disebarkan kepada sekalian manusia. Kita tidak semestinya menjadi seorang ustaz/ustazah atau alim ulama’ untuk kita sampaikan ilmu. “Biarlah jadi seseorang yang sederhana tapi membawa manfaat kepada qariahnya, Jangan jadi orang yang tinggi ilmunya tetapi qariahnya buta dengan dunia”.
Sekian dulu daripada TK. Diruangan masa yang panjang TK akan cuba mengolah perkaitan agama dalam bentuk coretan yang berlainan. Semua rakan blog yang sentiasa menyokong TK itulah sumber kekuatan TK untuk meneruskan perjuangan ini. Insyallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)