"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

TK musafir ke Kedah...


Assalamualaikum kalian blogger yang dirahmati Allah S.W.T. semoga hari ini kita beroleh manfaat hidup di dunia sebagai khalifah muka bumi ini. Hari ini TK berada di Kedah menghadiri satu majlis perkahwinan kawan sekelas TK. ‘First time’ sampai di Kedah sejak tahun 2003. Buat pertama kali juga TK pergi ke Kedah dengan rakan sekelas. Pengalaman yang menyeronokkan, tambahan lagi menaiki kereta api yang memakan masa 12 jam untuk sampai daripada Nilai ke Kedah.
                Kami bertolak pada jam 6.00 petang daripada Kolej Desa Jati menaiki sebuah kereta proton saga Husaini. Berbekalkan pengalaman menaiki LRT ke Seremban, kami duplikasikan menaiki monorel ke KL Sentral. Perjalanan ke KL Sentral merupakan pengalaman pertama TK menjejakkan kaki di tempat bertuah itu. Keadaan di sana sederhana sesak, mungkin kami tiba pada bukan waktu balik kerja. Setelah membeli tiket (takut juga kalau tidak ada tiket), kami solat di sebuah surau. Andaikata TK seorang diri di situ memang agak sukar mengetahui keadaan surau yang terletak di lorong yang tercerok sedikit daripada penglihatan umum.

                Tiket menunjukkan waktu berlepas 9.15 malam waktu Semenanjung Malaysia daripada KL Sentral. TK dikehendaki berada di ‘Gate A’ pada waktu 8.45 malam. Setelah menempuh kesesakan manusia, TK dan sahabat2x sampai jam 8.44 lebih kurang.


                Pengalaman pertama menaiki Kereta api sewaktu umur TK menjangkau usia 9 tahun ke Kelantan. Pada mulanya, TK tidak tahu cara baca no. tiket yang diberikan. Setelah mencuba dan bertanya akhirnya TK berjaya menjejaki tempat duduk yang kelihatan selesa pada pandangan mata. Terasa kehangatan suhu kereta api setelah duduk sejenak menunggu pemergian kereta api bergerak. TK terasing daripada rakan2x kerana perbezaan waktu pembelian tiket.

                Setelah menjangkaui beberapa stesen, tiba-tiba kereta api berhenti di Kepong. ‘Peramugara’ kereta api memberitahu bahawa enjin kereta api rosak dan memakan masa 1 jam setengah untuk meneruskan perjalanan. Sementara menunggu pembaikkan kereta api, TK mencapai sebuah majalah islam “SOLUSI” untuk memenuhi ruang masa yang terluang itu. Bagi TK peranan SOLUSI dalam mentarbiah dan berdakwah sungguh sesuai dalam suasana kebejatan masyarakat sekarang. Pengisian yang menarik diseliti dengan gambar2x yang menarik menjadi daya tarikan golongan muda masa kini.

                Setelah 1 jam setengah, bermulalah misi musafir TK ke bumi orang. Setelah 12 jam jasad berada di kereta api, TK selamat sampai pada jam 9.00 pagi. Kelihatan seperti di stesen Kluang. Suasana yang hampir sama menjadikan TK seolah-olah telah biasa ditempat asing ini. Itulah dikatakan ‘pengalaman itu pembelajaran…lebih merantau lebih pengetahuan’.


                TK bersemadi di rumah kawan (Majdi) rakan sekelas TK. Suasana kampung mengingatkan TK sewaktu keberadaan di halaman sendiri. Cuma bendang sawah yang terbentang luas membedakan tempat kami. Suasana Bandar yang seakan-akan Bandar Batu Pahat menyebabkan TK tidak lagi asing dengan tempat ‘persinggahan Kedah’.

                Pada waktu tengah hari, hidangan disajikan oleh Pak Cik Musa (bapa Majdi). Keenakkan ‘gulai ikan baung’ menambah selera TK sejajar dengan kekosongan perut. Kami berehat pada waktu petang. Niat di hati ingin berjalan ke sekeliling kota Bandar tetapi kami terlena hingga lewat petang. Alangkah rugi waktu tersebut dipenuhi hanya untuk tidur tanpa diisi dengan program yang berfaedah.


                Awal malam jumaat, setelah solat Isyak berjemaah kami tekadkan hati meronda-ronda disekeliling Bandar. Suasana Bandar seakan-akan ‘New York City’ menyeronokkan pengamatan TK. Waktu itu kami pergunakan untuk pergi ke ‘uptown’ satu tempat yang tidak asing bagi penduduk Alor Setar. Pada pemikiran TK, jika di Johor ia lebih dikenali ‘pasar malam’. Di situ TK ada membeli sehelai baju putih yang boleh dikatakan ‘smart’ ala-ala ‘salesman’.


                Tidak cukup ke ‘uptown’, kami meneruskan penjelajahan di bumi Kedah tanpa memikirkan waktu tersebut hampir jam 11.Kami meneruskan orak langkah ke Istana Sultan Kedah. Menariknya di sini, kami didatangi oleh seorang pemuda yang tidak diketahui namanya. TK pun bertanyakan persoalan asas perkenalan. Jawapan yang samar-samar tidak memberikan satu kejelasan namanya. Tiba-tiba dia berkehendakkan agar gambarnya ditangkap untuk menjadi kenang-kenangan. Sungguh aneh orang ini. Sebagai tanda terima kasih kerana menolong tangkap gambar TK dan Majdi, maka kami pun tidaklah menghampakan hasrat pemuda ini.





                Kedatangan sepasang pengantin sewaktu keberadaan kami di Pagar Istana. Kalau dilihat gaya dan cara berpakaian, mereka bangsa India campuran. Semasa mereka ‘syok’ mengambil gambar berlatar belakangkan Istana, kami mengambil gambar berlatar belakangkan kereta pengantin. Terasa macam TK pula yang kahwin.haha..

TK diperkenalkan oleh Majdi sebuah restoran yang dikenali ‘chow kue teow Iman’ lebih kurang ejaannya kalau tidak silap. Di situ kami menjamu selera yang sama. Keenakkan ‘chow kue teow’ sememangnya berlainan dengan Johor. Hidangan tersebut lebih kepada kuah berbanding di Johor. Terasa kepenatan menjelma di dalam jasad, kami pun pulang jam 2. Keseronokan bercampur kepenatan akhirnya disudahi dengan lena hingga ke pagi.


Keesokkan hari, kami berjalan sambil menangkap gambar bendang sawah yang terbentang luas. Sungguh menarik waktu itu ditambah angin yang tiup perlahan terasa berlakon di Hollywood. Permandangan seakan-akan ‘gambar hindustan’ menambah keinginan bergambar di tengah sawah. Suasana yang redup dan tenang sesuai untuk pengambaraan filem. Ketika seronok mengambil gambar, seorang perduduk kampung berpakaian hendak ke bendang senyum sinis melihat kami membuat pengambaraan di tengah-tengah jelapang padi dengan pelbagai aksi dan ‘posing’.





Kami meneruskan perjalanan kuala belud merupakan tempat tinggalan sejarah Kedah sewaktu zaman awal pemerintahan. Di sinilah berlakukan pergolakkan antara penduduk dan penjajah yang hendak menawan Kedah. Terdapat kubu-kubu pertahanan yang kukuh bersumberkan batu bata yang padat.





Setelah solat jumaat di Masjid, kami bertolak ke rumah Kak Aisyah berkenderaankan motor. Kalajuan tahap maksimum diperlukan disebabkan tanda-tanda hari hujan semakin dekat. Tetapi tetap mematuhi peraturan perjalanan, walaupun kadang-kadang ketidaksengajaan terlanggar lampu merah. Kamil rakan sekelas TK menunggu di persimpangan jalan kerana ketiadaan peta rumah pengantin menyebabkan dia terpaksa tunggu kami. Kami di sambut oleh anak-anak dara kelas BLC4, walaupun tidak diminta tapi kami hargai sambutan mereka. Sebagai tanda hormat tuan rumah kami terus berjumpa bapa Kak Aisyah tanda adat tetamu dating ke rumah. Kami dijemput makan dib alai jamuan. Setelah makan kami berjumpa dengan pengantin (Abang Salman dan Kak Aisyah) yang kami telah tahu namanya sewaktu mereka bertunang.

Rasa ‘best’ juga tengok mereka kahwin. Tapi memandangkan usia masih muda maka TK lanjutkan hasrat TK itu. Setelah bergambar dengan pengantin, kami bertiga berangkat pulang. Petang tersebut kami bercadang untuk pergi ke rumah Kamil untuk pergi kolam air panas yang diwar-warkan cantik.


Malam tersebut kami bertiga berserta rakan-rakan Kedah yang lain pergi ke tempat yang dituju. Kolam di situ ada 7 kolam berperingkat. TK bercadang nak terus terjun ke kolam peringkat utama tetapi ditahan oleh rakan-rakan kerana kolam tersebut mencecah suhu 100co. Mujur tidak terjun, andaikata tidak diberitahu habis melecur kulit TK. Kami membuat keputusan untuk mengasah bakat di kolam 3 yang suhunya agak sederhana panas. Kehangatan itu terasa semasa air mencecah tapak kaki. Kami berjaya di peringkat tersebut, lalu meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di kolam 2.

Setelah mandi, kami didatangi orang yaman (jamal) berbual bahasa arab dengan kami. Dengan bekalan pengetahuan yang sedikit, kami bercakap arab dengan dia. Setelah ditanya rupanya mereka bersaudara dengan kami. Ceritanya begini, setelah rancak berbual kami mendapati dan mengenalpasti rupanya dia seorang muslim jadi bersaudara atas ikatan Islam sahaja la. Berdasarkan info yang diberikan dia sedang menuntut dalam bidang PHD.

Malam itu TK berasa sungguh letih kerana tindak balas mandi di air panas. Kami tidur di rumah Kamil beralaskan ‘toto’ tilam nipis di ruang tamu. Keesokkan harinya, kami berangkat pulang ke Alor Setar. Tanpa belengah masa, TK dan Majdi terus pergi ke stesen bas untuk membeli tiket pulang ke Johor. Sesudah membeli, kami sempat berjalan lagi ke Pekan Rabu untuk membeli belah. TK berkesempatan membelek kopiah-kopiah yang beraneka bentuk. Harga yang tidak jauh beza dengan Johor meneruskan hasrat TK membeli kopiah tersebut.

Setelah di Pekan Rabu, kami ronda pula ke Masjid Al-Bukhari untuk mengambil gambar persekitaran masjid (Orang datang untuk solat). Selepas itu, TK berkehendakkan buku ilmiah untuk di bawa pulang ke Johor. TK bergerak ke Giant (dalam Souq Bukhari) untuk menelaah dan membelek buku untuk dibeli. Harga diskaun 20% daripada harga asal menetapkan niat TK untuk memiliki buku tersebut.






Jam menunjukkan 3.35 petang, tiket memaparkan angka 6 pm masa bas bertolak. Kami kembali ke rumah untuk mengemas barang keperluan untuk di bawa pulang. TK dibekalkan oleh pak cik Musa beberapa bungkus kuih bangkit kelapa dan kacang. TK bertolah lebih kurang jam 6.10 pm daripada Kedah. Alhamdulillah, TK selamat sampai di Johor pada jam 5.15 am di tol air hitam. Didatangi kereta Toyota wish menandakan berakhirlah jelajah TK di rantau orang. Syukur dapat pengalaman berada di negeri orang. Banyak tempat-tempat menarik yang dapat ditontoni ‘live’ malalui mata kasar. Sukran kepada kawan-kawan yang memberi kelapangan masa semasa TK berada di Kedah… Semoga kita beroleh rahmat.. Amin

                

7 ulasan:

  1. WAAA..awesome journey...
    jelez ngan kamu ha,,,

    BalasPadam
  2. sonoknye!hehe..

    BalasPadam
  3. tanpa nama: alhmdulillah diberi kesempatan oleh Allah melihat negeri dan budaya orang...

    BalasPadam
  4. faizah: alhamdulillah mmg best...
    byk pengalaman dapat kat sana...
    mmg lain ngan johor...
    tapi diri ini tetap anak laki johor...

    BalasPadam
  5. mmg best...
    tenang tgk sawah

    BalasPadam
  6. wahh ! bestnyee g kedahh , merata jalan cik abg kitaa niii. :D

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?