"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Zaharudin.net laman islamik pilihan TK



Salam pengunjung yang dihormati sekalian, semoga hidup dirahmati dan diberkati Allah. S.w.t. Alhamdulillah hari demi hari TK dapat suntikan motivasi daripada web zaharudin.net. TK juga bersyukur kerana ada segelintir guru yang mahir dalam agama Islam yang menggunakan internet untuk dakwah kepada Allah s.w.t. 

          TK agak terlewat diperkenalkan oleh web zaharudin.net. Terima kasih buat rakan blogger yang sedia berkongsi link zaharudin.net dengan TK. TK kata demikian kerana jarang sekali ulama di Malaysia ini menggunakan blog sebagai tempat pertanyaan golongan yang keliru dengan erti Islam sebenarnya. Percayalah andaikata kita betul memahami erti Muslim itu sebenar kita akan bertambah iman kepada Allah s.w.t.

          Bila kita selalu mendengar, melihat dan mengkaji tentang agama Islam nescaya kita akan mendapat satu perasaan untuk menyiakan bahawa Islam adalah agama yang syumul daripada setiap aspek. Kita sekarang bertuah kerana terdapat laman-laman web islamik yang boleh kita rujuk .


          Ada orang yang TK jumpa mereka cukup malu bertanya kepada Ustaz atau guru agama tentang masalah peribadi mereka. Mereka sanggup merahsiakan kemaksiatan daripada kejahilan mereka diketahui orang lain. Fahaman seperti ini bagi TK adalah kurang tepat kerana mana mungkin kita selesaikan masalah kita tanpa rujukan kepada yang lebih pakar. Memang kita tidak dituntut untuk menyebarkan keburukan diri kepada awam tetapi bukan kepada orang yang kita rasa boleh mengubah, menasihati dan menyelesaikan masalah kita.

          Alhamdulillah sekarang kita sudah mempunyai kemudahan dan kecanggihan yang dikenali internet. Jika anda dahulu seorang manusia yang malu bertanya, maka disinilah tempat pengaduan dan pertanyaan. Orang tidak tahu muka atau rupa paras anda untuk anda malu bertanya. Tanyalah seberapa soalan yang menjadi kemuskilan kita sebelum ini. Percayalah kata TK ini bahawa kita akan lebih tenteram sekiranya masalah yang kita pikul selama ini diselesaikan. Ibarat ‘bebanan tanah diatas lori yang dituang ke bumi, hanya pemandu yang tahu menilainya’.

          Begitu juga kita, andai kita dapat mengurangkan bebanan tersebut bukankah itu satu ketenteraman dan ketenangan yang akan kita kecapi. Berkorban malu sekarang untuk kita bahagia di masa akan datang. Setidak-tidaknya kita dapat mengenalpasti apa yang kita lakukan sebelum ini salah atau betul di sisi Islam yang sebenar. TK bukan Allah s.w.t. yang memberi hidayah kepada anda tetapi TK adalah manusia biasa yang juga mempunyai kesilapan dan kekurangan. TK insan yang biasa yang boleh memberi pendapat tidak lebih dari seorang ulamak.

          Andaikata kita punyai masalah rujuklah kepada tempat yang dipercayai boleh menyelesaikan masalah kita. Andaikata rakan adalah tempat terbaik luahkanlah kepada mereka. Andaikata ibu bapa adalah yang tepat beritahulah mereka. Andaikata kita bingung siapalah yang boleh kita percayai luahkanlah kepada Allah s.w.t. supaya Allah s.w.t. memberi petunjuk tempat yang sepatutnya kita rujuk.

          TK cadangkan pendapat kepada golongan-golongan yang mempunyai kelebihan ilmu dalam bidang masing-masing supaya belajar cara mengurus internet terutamanya blog atau web supaya kita yang kurang ilmu dapat merujuk kepada yang pakar.

 Orang yang berilmu selalu memberi nasihat dan  ceramah yang berapi-api tetapi mungkin kadang-kadang mereka terlupa bahawa dakwah mereka bukan pada waktu mereka ceramah sahaja tetapi setiap waktu dan katika. Oleh itu, internet adalah antara tempat yang tinggi di hati pengunjung untuk menelaah dan menghayati motivasi yang diberikan. Internet tidak mengira waktu dan masa untuk kita berdakwah.

Berdakwah atau menyampaikan ilmu tidak semestinya focus kepada agama sahaja. Mereka yang mahir dalam bidang kejuruteraan, perakaunan, sains dan sebagainya boleh menyebarkan ilmu mereka mengikut kepakaran masing-masing. TK ingin suatu ketika bahawa terdapat banyak tempat rujukan(web atau blog)  bagi setiap manusia yang menghadapi konflik yang tiada penghujung. Ini lebih mendapat tempat di hati saudara islam kita berbanding dakwah yang terlalu drastik yang menyebabkan kita menjauhi mereka.

Sekian dahulu daripada TK, mudah-mudahan kita diberi kesempatan di lain waktu untuk kita sama-sama berkongsi pendapat dan motivasi diri. Aminnn
*Dikemaskini pada hari Selasa
15 Zulhijah 1431 - 23/11/2010
         

8 ulasan:

  1. ana setuju dengan entri ini...
    tidak semua ulamak menggunakan inisiatif ini sebgai jalan dakwah...
    kebanyakan mereka ceramah dimasjid2 atau surau..
    tapi anak muda yang diserang melalui internet terus hanyut...

    BalasPadam
  2. pada pndngn ana..
    mmg patut gol berilmu agama ada web..
    supaya mudh org awam menanyakn soalan

    BalasPadam
  3. dalam menyebarkn ilmu kne kreatif..
    ana sokong pendapat tuan

    BalasPadam
  4. benar kata tuan....
    kne kreatif agar org awam mudah mendekati..
    walau kita tidak keluar tv atau radio..
    tapi tetap mmpu mnympikn ilmu

    BalasPadam
  5. tuan mnggunakn bhsa yg mudah..
    lbh sng gne intrnet..
    sbb org kdg2 malu nk tye dpn2...
    yela xmahu tunjuk kejahilan..

    BalasPadam
  6. benar kata supi..
    mmg ada sglintr yg malu bertanya..
    dkt internet senang nk tye

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?