"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Emm perlu ke ingat MATI



Salam lebaran salam muhibah daripada TK. Terlebih dahulu ingin TK mengingatkan diri TK dan  kalian tentang sakaratul maut. Dalam dunia yang penuh cubaan dan dugaan ini menyebabkan kita acapkali lupa akan sakaratul maut. 

APA? Sakaratul maut itu hampir…

Perlu ke ambil tahu perkara ini..?

Satu peringatan memperingati mati yakni kembali kepada Ilahi. Alangkah malangnya sekiranya kita terlewat bertaubat kepada-Nya. Selalunya manusia itu akan menyesal dan duka setelah melakukan sesuatu yang melanggar syariat atau ajaran di dalam islam. Kita tidak salah daripada mengingati mati kerana dengan memperingati mati kita akan lebih bersedia menyelenggara  hidup kita yang sementara.

Perspektif  yang kian menular diri manusia adalah sekiranya seseorang itu mengingati mati mereka itu dikatakan ‘buang tabiat’. 

Secara realitinya bukan itu maksudnya. Manisnya sesuatu perkara yang kita lakukan adalah perkara yang kita kecapi keberhasilannya. 

Ibarat “jika seseorang itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, mereka begitu gembira kerana apa yang mereka rancang beroleh hasil”

Sakaratul maut mempunyai makna yang tersurat dan tersirat dari segi pengenalannya. Maksud yang tersurat  adalah seperti yang sedia maklum, memperingati mati. Manakala, maksud tersirat merungkai 1001 macam pengertian.

Huraian ringkas daripada TK ialah sekiranya seseorang itu memperingati mati mereka akan lebih rasa berjaga-jaga dalam melaksanakan sesuatu perkara. Mereka lebih mengkaji sesuatu perlakuan itu sama ada haram atau halal, baik atau buruk yang akan diperoleh selepas itu.

Kembara TAzkiRah KeJap



Salam ceria dan bahagia daripada TK. Moga-moga Allah memberkati kita di dunia dan akhirat. Rasanya sudah lama TK tidak “mengepos” artikel di blog ni. Bukan sibuk tapi belum diberi ruang daripada Allah untuk menulis.

            Perjalanan hidup TK semasa tidak menulis begitu banyak liku-liku kehidupan yang ditempuhi. Alhamdulillah dengan berkat pertolongan Allah dapat TK menghadapinya. Setinggi-tinggi kesyukuran juga TK panjatkan kepada Allah kerana sekarang TK sudah berjaya ke menara gading. Jika dulu coretan zaman persekolahan kali ni zaman mahasiswa pula.

            Universiti Sains Islam Malaysia itulah nama keramat tempat TK menuntut ilmu. TK ambil jurusan Fiqh dan Fatwa di bawah Fakulti Syariah dan Undang-undang. Sebenarnya kos pilihan dulu adalah Perakaunan atau Perbankan Muamalat, disebabkan Allah itu adalah sebaik-baik perancang akhirnya TK mengambil jurusan Fiqh dan Fatwa.

            Pada mulanya, memang agak susah ‘catch-up’ kos ni. Mungkin disebabkan sukatan pelajaran dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris seluruhnya menyebabkan satu kejutan budaya berlaku. Faktor tempat dan persekitaran juga adalah salah satunya.

HUTANG perosak kehidupan



Salam rakan blog Tazkirah Kejap. Bagaimana hari ini? Mungkin kita gembira.. mungkin juga kita derita dengan pelbagai masalah diri dan keluarga. Hari ini TK nak kongsikan coretan bab HUTANG. Siapa sepanjang hidupnya tidak pernah berhutang, mungkin itu suatu yang mustahil untuk kita elakkan. Siapa yang selalu berhutang, mungkin ini menjadi kebiasaan bagi diri setiap insan.

                TK Cuma nak kongsi sedikit pengalaman TK dengan kalian tentang orang yang berhutang ini. Pertama, jika kita nak berhutang, kita kena pastikan yang kita mampu bayar balik hutang kita. Andaikata tidak mampu, gunakanlah bekalan yang sedia ada.

                Biasanya orang yang berhutan ini dia inginkan sesuatu yang lebih daripada yang dia ada sekarang. Contohnya tahun ini dia ada simpanan RM3000, oleh sebab hendakkan simpanan yang lebih banyak, dia sanggup berhutang untuk melabur, membuka rangkaian perniagaan yang lebih besar atau pun menginginkan sesuatu yang luar dari kemampuan diri mereka.

DOA WUDUK
Maksudnya:

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Sabda Rasullullah SAW:

"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka"






{Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148)}


Kifarah setubuh siang Ramadhan...


Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana didalam hadith Bukhari (Fathul al-Bahri No:1936):-



a. memerdekakan hamba

b. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut

c. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin


Persetubuhan ISLAM berbeza dengan YAHUDI



Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:



” …ramai yang faham jima’ (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima’ di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:


Bagaimana wuduk yg sempurna...

Solat atau lebih dikenali sembahyang merupakan sendi tiang agama islam..Tanpanya seseorang muslim itu goyah dan rapuh...
Sebagaimana yang kita tahu setiap perkara ada mulanya...
Solat yang sempurna mestilah mempunyai wuduk yang sempurna...
Di sini kita bincang dulu pasal wuduk ...

PENGERTIAN WUDUK
Dari segi bahasa:
Mengambil air sembahyang
Dari segi syarak:
Membasuh anggota tertentu dengan menggunakan air dimulai dengan niat.

Fardu Wuduk

Niat                                              

Lafaz niat wuduk dalam bahasa melayu:
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala"
@
"Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taala"

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?