Salam rakan dan taulan yang dikasihi dan
dihormati. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH s.w.t. kerana masih lagi diberi
ruang dan kehidupan untuk menulis coretan artikel. Syukur juga dirafa’kan
kepada ALLAH s.w.t. kerana memberi kembali semangat menulis di blog ini setelah
lama menyepi. Rentetan daripada kelas tasawuf pada nian pagi hari tadi, saya
terpanggil untuk berkongsikan kepadas kalian rakan blogger berkaitai “Adab
seorang pelajar”.
Saban tahun berlalu, kita tetap bersikap yang
sama selagi mana kita tidak mahu mengubahnya. Walau hebat mana tokoh motivator
ia tidak mampu mengubah seseorang jika kesedaran hanya seketika. Biar cakap
berapi dan berasap, belum tentu dapat membakar semangat. Pokok semua masalah
ini adalah kembali kepada adab kita terhadap orang yang disekeliling. Tinggi
mana bukit kita mendaki, luas mana hutan kita terokai, besar mana lautan kita
renangai, langit mana yang tinggi kita tembusi, jika adab diketepi usah jadi
manusia sejati, sia-sia belajar IPT, sia-sia berilmu tinggi, jika hidup tidak
diberkati.
Itulah senario yang berlaku masa kini,
kadang-kadang apa yang dikejar itu bagus tapi tanpa persiapan yang lengkap kita
mudah tergelincir ditepi jalan, ibarat belajar, belajar itu bagus untuk dapat
ilmu, tapi jika persiapan kerohanian diri tidak diambil, takut-takut ilmu itu
memudaratkan kita. Contoh senang, kita belajar, kita berjaya,kita kerja, tapi dalam masa yang kita mengecilkan
hati guru semasa kita belajar. Kesannya kita akan merasai semasa di alam
pekerjaan. Gaji yang banyak terasa sikit, rumah yang besar terasa sempit, bagai
hidup dihimpit-himpit, badan yang sihat terasa sakit.
Jadi di sini saya bawakan beberapa input adab
bagi seorang pelajar kepada guru dan rakan-rakan sekeliling. Saya masukkan
rakan-rakan sebab mereka juga merupakan guru ketika kita tidak memahami sesuatu
perkara. Sebagai contoh; kita kadang-kadang malu dan segan bertanya di dalam
kelas, jadi di rumah, rakanlah yang menjadi guru, setiap pertanyaan dikemukakan
A-Z. Namun kita sering lupa kawan itu juga guru malah lebih daripada itu.
Sebuah kitab tawawuf yang dikarang oleh Sheikh Abdul Qadir Isa yang bernama ‘حقائق عن التصوف’.
Adab seorang murid kepada guru
Pertama : memberi salam (الاستسلام) kepada
guru. Ini penting kerana apabila kita mengucapkan salam dengan lafaz ( السلام عليكم)
‘sejahtera ke atas kamu’ ia merupakan satu doa dan doa tersebut akan
dikembalikan oleh guru dengan jawapan ( وعليكم السلام ) ‘ke atas kamu
kesejahteraan’. Beruntunglah kita kerana didoakan oleh guru dengan
kesejahteraan bukan kecelakaan. Sebuah hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari;
bahawa pada suatu hari ada seorang yahudi datang hendak berjumpa Nabi s.a.w.
seraya memberi salam dengan sebutan buruk ( السام
عليكم ) ‘celaka ke atas kamu’
maka Nabi s.a.w pun menjawab (وعليكم ) ‘dan ke atas kamu
juga’, lalu Aisyah r.ha yang ada di sisi Nabi s.a.w. marah dan menjawab dengan
lafaz ( وعليكم السام واللعنة ) ‘ke atas kamu celaka
dan laknat’. Perbuatan Aisyah r.ha di tegur Nabi s.a.w., selepas diterangkan
oleh Aisyah r.ha, namun Nabi s.a.w. menjawab bahawa beliau sudah pun
menjawabnya.