Salam kepada semua rakan yang dihormati. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi ruang dan luang masa untuk kita sama-sama saling berfikir tentang diri kita sebenar. Semoga kalian hidup dalam keadaan bahagia dan damai disamping keluarga.
Selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w. dan ahlinya. Semoga kita tergolong dalam kalangan yang mendapat syafaat dan pertolongan di akhirat kelak. Hari ini TK ingin bawakan sebuah entri perihal kehidupan kita sebagai orang awam.
Pernah suatu ketika dahulu TK pernah bertanyakan pelbagai soalan berkaitan hukum-hakam islam. Bila ditanya kepada ustaz ini dijawabnya begini, kalau ditanya ustaz yang lain pula dijawabnya jawapan yang lain. Lalu TK fikir sampai bila hendak dapat jawapan yang betul dan sahih. Setelah berfikir maka TK membuat keputusan supaya TK mencari sendiri asal dan usul hukum tersebut.
Bermulalah perjalanan seorang musafir yang ingin mencari tujuan tetapi kurang ilmu pengetahuan. Bila hari demi hari berlalu, TK pun mula membeli buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan apa yang TK hendak cari. Alhamdulillah, suatu ketika TK bertemu dengan seorang ustaz. TK pun bertanya persoalan yang masih tergantung tiada kesudahan. Lalu jawapan yang diberikan tetap berbeza dengan jawapan ustaz yang lain.
Penyelesaian
Rentetan daripada peristiwa di atas TK fikir lebih baik TK bertanya mana satu yang tepat. Akhirnya dengan jawapan yang pendek dan padat ustaz tersebut memberitahu bahawa.
‘Lihatlah dalilnya bukan hujah fikirannya, di situ kamu akan lihat indahnya dan sempurnanya islam. Jika berhujah tiada dalil menunjukkan hukum tersebut dipengaruhi hawa dan nafsu orang yang berilmu, disebabkan segan dan malu, lalu hukum diwartakan tanpa bersandarkan dalil al-quran dan as-sunnah’
Di sini boleh TK simpulkan bahawa semua ustaz atau ulama mempunyai ilmu dalam bidang masing-masing. Maka konsep kita bertanya juga penting. Wajarkah kita bertanya perihal kedoktoran kepada seorang mekanik motor. Sudah tentu jawapannya tidak. Bertanyalah mengikut jurusan kepakaran bidang ustaz tersebut. Andaikata bidang ekonomi bertanyalah berkaitan muamalat @ ekonomi islam. Ini kita bila dikata gelaran ‘ustaz’ semua bidang permasalahan ditujukan kepada ustaz tersebut. Si ‘ustaz’ yang ingin menjaga status terpaksa memberi jawapan walaupun diri mereka sendiri tidak yakin dengan jawapan tersebut.
Akhir kata, janganlah kita fikir bahawa semua permasalahan yang terbit di hati kita ada jawapannya. Jangan pula kita menyangka bahawa semua ustaz atau ulamak mampu memberikan jawapan permasalahan kita. Bersederhanalah dalam bertanya kerana itu lebih disenangi dan selesa bagi orang yang ditanya. Janganlah menimbulkan persoalan yang pada pemikiran kita ustaz tersebut tidak mampu menjawabnya. Kita akan merasa apa yang ustaz tersebut rasa bila kita berada di tempatnya. Jangan kita pertanyakan soalan yang pelik sehingga menjatuhkan seseorang, jika kita tidak mahu orang lain memperlakukannya pada diri kita. Wallahua’lam…
haahh tok gak..
BalasPadambila jumpa ustaz ni kate lain.
jumpa ustaz ini kata lain..
best gak artikel ini...
BalasPadampenah gak terfikir sume ni
memang menarik...
BalasPadamYe, betul juga. Lain ustaz, lain bidang yang dipelajarinya.
BalasPadambetul faris..
BalasPadamlepas ni ana dah tahu dah nak tanya soalan solat kat sape..
Mesti lah anta yang paling faqeh.