"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Bila DAH pandai mengatasi ULAMA'??

Salam kepada pengunjung sdan rakan blogger yang disayangi. Semoga kalian sihat dan sejahtera disamping keluarga yang tersayang. Moga kita hari ini tidak menjadi orang yang rugi. Hidup itu sendiri merugikan. Pada siapa? Mereka yang suka dan leka dengan permainan masa.

               Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya. Semoga kita tergolong daripada golongan yang mendapat  syafaat baginda s.a.w. Hari ini kita beruntung kerana segala panduan dan rujukan telah pun disusun oleh ulamak-ulamak islam di dalam kitab-kitab mereka. Namun hari ini juga ada segelintir golongan yang menggunakan kitab2x mereka untuk mencari kesalahan dan kekurangan tentang isinya.

               Benar kata pepatah, “jauh perjalanan banyak pendapatan”. TK hendak bawakan tajuk yang agak ekstrem ‘bila hujah dipertikai’. Pemergian TK ke alam universiti membawa seribu persoalan tentang realiti kehidupan sebagai seorang siswa. Pelbagai pancaragam manusia yang dapat dilihat di sini. Segala tohmahan dan kutukan daripada satu pihak dengan pihak yang lain juga wujud.

               Suatu hari TK berkenalan dengan seorang yang pada ‘first impression’ sahabat ini seorang yang tinggi ilmunya. Tidak kurang ilmu bahasa arabnya. Benar kata ulamak.

“Bila kamu menilai seseorang itu, janganlah nilai luarannya (perwatakan) tetapi periksalah dalamannya (hati) dan isi percakapannya (hujah)”

Setelah agak lama berkawan, dia mengajak TK join satu kelas agama. Segala pengisiannya Alhamdulillah memberi banyak ilmu manfaat kepada TK. Cuma satu sikap dia TK kurang selesa dan kadang-kadang marah. Dia suka kutuk ulamak islam lain tanpa memeriksa hujah daripada kedua-dua belah pihak.

                Sebenarnya TK tidak benci dia tetapi benci dengan sikap dia. Suatu hari TK pergi makan malam dan tidak pergi pengajian kelas agama itu. Keesokan harinya dia kata dekat TK “Kalau anta tidak pergi lagi kelas berikutnya, tak payah datang lagi”. Terkejut bila mendengar ayat sebegini rupanya. Adakah wajar seorang yang dikatakan pendakwah menghalang menghadiri majlis agama disebabkan tidak datang sehari. Tanpa bertanya apa alasan yang hendak TK berikan.

                Bagi TK ini pemahaman yang salah. Seeloknya TK sebagai murid baru di situ hendaklah diberi galakkan dan nasihat bukan kata terjahan yang boleh melemahkan seseorang itu untuk belajar selanjutnya. Tambahan lagi, dia suka berhujahkan kepada satu ustaz yang mengajar ilmu tersebut tanpa memikirkan ustaz yang lain. Dia kata jangan taksub dengan mazhab tetapi nampak gaya dia yang taksub dengan ustaz tersebut. Pening kepala TK memikirkannya.

                Walaupun kita seorang yang pandai, ingatlah bahawa ada orang lebih pandai daripada kita. Jangan jadikan agama islam dicop pemecahbelahan disebabkan sikap umatnya yang memecahbelahkan antara mereka. Memang benar orang yang berilmu mempunyai hujah tetapi jangan merendahkan imam-imam besar dahulu dan pendapat ulamak silam. Tidak elok jika didengari oleh anak murid takut disalah ertikan.

                Dia berkata tidak perlu ikut mazhab sangat sebab kita sudah tahu hukum. Ada benar dan ada juga silapnya, cuba tanya diri kita. Hebat sangatkah kita jika dibandingkan ulamak dahulu?. Sudah cukup ke ilmu kita tentang hukum islam?. Dah berapa banyak kitab yang kita belajar?. Berapa ramai guru yang kita tuntut?. Kita pasti ke guru tersebut guru yang sikah, sampai keluarkan pendapat sendiri?.

                Jika kita belum mampu memikul jawapan dan hujah yang kukuh tidak perlu kita sombong mengeluarkan seperti seorang yang sampai tahap mujtahid. Kita sendiri punyai sifat lupa, tidak mustahil apa yang kita sampaikan berbeza dengan apa yang kita belajar.

                Pesanan terakhir TK adalah jangan kata benda yang asas itu tidak penting disebabkan kita sudah mengusainya. Contohnya kita sudah power cakap arab lalu kita pun kata “Kenapa nak belajar benda yang simple ni, ini sekolah menengah dah belajar”. Fahami ayat tersebut, seolah-olah kita memperlekehkan ilmu asas disebabkan kita sudah mahir ilmu tersebut. Jangan sombong sebab setiap guru itu berbeza ilmunya, jika kita tidak menerima ilmu tersebut kita adalah orang yang rugi. Setiap orang itu lain sifat dan kelebihannya dengan diri kita.

                Sekian daripada TK. Wallahu’alam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?