"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Wali bagaimana yang kita mahu??? fikirkan..


Salam ukhwah semua rakan yang dihormati. Semoga kalian hidup dalam keadaan gembira dan lapang dada. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dan alhi keluarganya. Semoga kita semua beroleh syafaat daripada baginda.

                Bila ditanya tentang kehidupan. Pelbagai tafsiran dan pengertian yang akan diberikan. Bila pula ditanya tentang akhirat maka pasti jawapannya adalah hari @ tempat bila kita meninggalkan dunia ini. Ramai manusia berfikir apa yang nyata dan mampu dilihat pancaindera. Tetapi tidak ramai manusia berfikir benda yang tiada zahirnya seperti dosa dan pahala.

                Jika dihisab dosa dan pahala dalam bentuk nyata, pasti bilangan pahala lebih banyak berkali ganda berbanding dosa. Kerana manusia itu akan percaya setelah yakin ada dalam diri. Selagi mana dinamakan manusia itulah realitinya. Ibarat kita berniaga dalam internet (jual beli) tidak semua
yakin barang yang dijual itu ada. Walhal segala pembuktian kewujudan barang tersebut telah di buktikan. Tetapi sebilangan manusia tidak yakin. Kenapa? Disebabkan fitrah manusia itu yang perlukan zahir (benda yang boleh dilihat) untuk mereka percaya.

                Jika kita merantau jauh, pasti kita akan menemui pelbagai ragam kelakuan manusia. Ada yang rendah diri. Ada yang cakap semua dia betul. Ada yang tidak pernah ngaku kalah. Ada yang suka merendahkan status orang lain dan bermacam-macam lagi. Kalau kita buat penelitian kenapa semua ini terjadi. Jawapannya, itu adalah fitrah manusia. Allah s.w.t. telah menentukan semua perkara pada setiap insane yang diciptakan.

                Bila berkata tentang takdir, ada pula yang mengatakan Allah s.w.t. ini tidak adil. Nauzubillah, semoga kita tidak tergolong dalam kelompok tersebut. Kita semua sedia maklum asas islam itu berdasarkan rukunnya yang lima dan 6 rukun iman. Cuba kita selak sikit bahagian rukun iman yang terakhir. Apakah yang telah tercoret disitu. Bukankah, percaya kepada qadak dan qadar. Justeru itu, mereka yang sentiasa menyalahi qadak dan qadar menunjukkan mereka rukun iman mereka tidak sempurna.

                Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi diberi ruang untuk kita mengingatkan iman kita. Kenapa perlu bersyukur? Sebabnya tidak semua orang yang Allah s.w.t. beri hidayah untuk mereka bersyukur kepada Allah s.w.t. Baik manapun kita dimata masyarakat belum tentu kita mendapat keredhaan Allah s.w.t. Bukan bermaksud TK suruh buat jahat tetapi sebagai peringatan kepada mereka yang kadang-kadang menganggap diri mereka sudah baik dan alim. Takut-takut timbul sifat munafik bertiraikan langsir putih (kebaikan).

                TK pernah berjumpa seorang sahabat. Lalu TK pun bertanya kepada dia.

“Kasim (bukan nama sebenar) , apa cita-cita anta?”
“Ana bercita-cita ingin menjadi seorang wali Allah s.w.t.”
“Anta boleh bezakan ke wali Allah s.w.t. dengan wali syaitan”
“Sememangnya, wali Allah s.w.t. dapat keramat, boleh jalan atas air, boleh terbang, boleh hilang-hilang pada suatu masa dan tempat berlainan, kenapa?”
“Urmm, tidaklah Cuma ana ingin bertanya tidak takut ke kita sebagai seorang muslim dan mengaku beriman kepada Allah s.w.t. timbul satu sifat riak disebabkan kelebihan kita yang tiada pada orang lain?”
“Mestilah takut, tapi macam lain je bunyi persoalan, anta tidak percaya ke keramat wali Allah s.w.t.?”
“Ana percaya tetapi tidak semua, cuba anta fikirkan tujuan kita beribadah adalah untuk apa?”
“Mendapat keredhaan Allah s.w.t. mengikut segala sunnah Rassulullah s.a.w. Kenapa?”
“Kalau anta dah kata begitu tidak mengapalah, tetapi jika anta beribadah semata-mata hendak menjadi wali Allah yang mempunyai keramat dan kelebihan luar biasa, ana rasa itu kena diperbetulkan, takut-takut wali Allah s.w.t. yang kita minta, wali syaitan yang kita dapat, nauzubillah”
“Bunyi bicara macam anta tidak percaya wali Allah s.w.t. kenapa ya?”

“Ana bagi satu penjelasan ringkas, wali Allah s.w.t. adalah mereka yang sentiasa beribadah dan sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t. tanpa memikirkan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Mereka juga redha seandainya mereka ditempatkan di syurga atau neraka. Sebaliknya, wali syaitan adalah mereka yang kononnya ingin menjadi wali Allah s.w.t. tetapi sentiasa mengharapkan kelebihan dan keramat-keramat luar biasa sebagai ganti amal ibadah yang mereka kerjakan daripada Allah s.w.t. Di sinilah ruang peluang syaitan laknatullah mencuri masuk bisikan dihati mereka. Bila kelebihan mula diperoleh mereka menyangka bahawa mereka telah menjadi wali Allah s.w.t. dalam masa yang sama syaitan gembira dengan riangnya kerana berjaya menyesatkan golongan yang menganggap diri mereka alim dan warak.”

“Subhanallah, baru ana sedar yang selama ini ana silap tujuan, astagfirullah, semoga ana diampunkan Allah s.w.t.”

“Insyallah, Allah s.w.t. akan sentiasa menerima taubat hambanya. Semoga kita dijauhi daripada hasutan rohani daripada syaitan. Amin”

                Situasi di atas TK nukilkan buat kalian yang rasa sudah banyak amalnya kepada Allah s.w.t. Sudah rasa bahawa mereka ditempatkan di syurga. Kembalilah kepada syariat yang Rasulullah s.a.w. sebarkan kepada umatnya. Semoga kita beroleh manfaat sedikit sebanyak daripada coretan kali ini. Wasalam… 

2 ulasan:

  1. pndpt sya xyh lah brngn jadi wali kalau amal x sberapa

    BalasPadam
  2. biar amal tnpa blsn itu lebih mnnjukkn ikslas..
    rasa sya

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?