"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Kenapa kita hidup tak bahagia...



Kita selalu duduk
kita akan termenung …
Termenung membuatkan kita leka dengan dunia..
Mulalah memasang impian yg macam-macam…
Kalau yang belum kahwin …impian dengan ‘cewek’ nya…
Kalau yang dah kahwin…berangan pula nak pasang dua…


Itu lah sifat manusiawi….
Tak pernah cukup dengan ape yg ada….
Kalau hari ni dapat mutiara…
Esok nak emas pula…
Bukan ker begitu???


Oleh itu kita mesti kawal musuh kita…
Kita mesti jaga dengan baik musuh itu
Dia tidak jauh bahkan dalam diri kita
Musuh itu ialah nafsu…


Kalau syaitan kita boleh cakap dia jahat…
Dia penghasut…dia yang menyebabkan kita lupa pd Allah…
Tapi nafsu kalau kita kutuk ibarat "bola yang dilantun ke dinding…Balik-balik kita yg kene…."


Hahhh ….nak tahu apa kelemahan nafsu??
Nafsu tak akan kalah kalau dia dipanaskan..
Nafsu juga tak akan kalah walau dia disejukkan…..
Tapi nafsu akan kalah jika dia tidak diberi
makanan(lapar)….
Justifikasinya.. selalulah berpuasa kalau nak lawan nafsu….
Ok….wallahua’lam….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?