"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Apa pesanan Rasulullah S.A.W. kepada Saidina Ali....??


“Wahai Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya:
Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riak, penyakit akhlak mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri,penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan…”
 

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Wahai Ali, orang yang riak itu mempunyai tiga ciri iaitu:
1. Rajin beribadat ketika dilihat orang.
2. Malas ketika sendirian.
3. Ingin mendapat pujian dalam segala perkara.
Wahai Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdoalah:

“Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-dosaku yang tersembunyi darinya dan janganlah kata-katanya mengakibatkan seksaan bagiku…”

Bagaimana hendak ubat hati yang resah:
1.Dengarlah bacaan Al-quran...
2.Pergilah ke majlis ilmu...
3.Pergilah ke tempat yang sunyi untuk bersendirian...

Jika x terubat juga..mintalah kepada Allah digantikan hati lain sebagai ganti hati yang dulu....

1 ulasan:

  1. It's going to be finish of mine day, except before ending I am reading this great post to increase my knowledge.
    Also see my webpage :: natural hemorrhoid treatment

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?