Kenapa perlu menghabiskan ribuan ringgit melakukan pelbagai rawatan wajah dan membeli pelbagai barangan yg mahal belaka semata-mata untuk cantik dan nampak muda???
INI kerana anda mampu awet muda secara semulajadi menerusi keajaiban solat. Solat adalah kemuncak kebahagian dan kesenangan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w..
Menjaga solat dan melaksanakannya dengan sempurna adalah syarat utama suatu amal ibadat itu diterima Allah.Solat juga mampu memberi ketenagan minda dan jiwa membuatkan dada terasae lapang.Apabila perasaan ini menyelinap kedalam diri, sudah pasti wajah akan berseri-seri. Jadi cukuplah dengan berwuduk dan bersolat dengan sempurna, pasti hasilnya menakjubkan.
"Wahai orang-orang yang beriman, jadikan sabar dan solat sebagai penolonganmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar"-surah Al-baqarah (2:153)
Solat turut memberi manfaat kepada kesihatan tubuh seperti:
Merawat fungsi hati kepada sistem imunisasi tubuh
Membersihkan saluran darah daripada tersumbat
Mengaktifkan sistem pencernaan
Menghilangkan perasaan cemas
Menguatkan otot dan sendi
Mewujudkan perilaku yang positif
Menambah stamina.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)