Salam rakan yang disayangi. Semoga kita masih lagi di bawah perlindungan Allah s.w.t. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya. Moga-moga kita semua beorleh syafaat daripada baginda.
Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi kelapangan masa dan kesihatan badan untuk kita meneruskan kehidupan yang singkat ini. Hari ini TK hendak bawakan sapotong ayat Al-quran. Allah s.w.t. berfirman:
Maksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalat secara hutang hingga tempoh tertentu, maka hendaklah kamu menulisnya”.
(Surah Al-Baqarah:282)
TK bawakan ayat ini kerana hendak mengingatkan diri dan rakan-rakan bahawa hutang bukan benda yang remeh-temeh bagi diri seorang muslim. Disebabkan hutang amalan kita tergantung. Hebat mana pun kita, banyak manapun amalan kita tapi jika berhutang maka amalan baik tersebut tidak dikira sehinggalah hutang itu dijelaskan.
Kebelakangan ini TK lihat ramai betul yang suka berhutang tapi tidak mengambil endah untuk membayarnya. Mereka beranggapan bahawa alah member-member hutang nanti boleh bayar, boleh runding, boleh settle. TK kesian dengan orang yang beranggapan seperti ini, mungkin tiada orang yang hendak memperingatkan mereka.
Ada pula yang berkata:
“Alah kau ni member-member kira halal jela, itu pun nak berkira ke”.
“Ea aku tak bawak duit la, len kali aku bayar”
“Ko ni kawan-kawan berilah diskaun”
Nasihat TK kalau niat tu taknak bayar hutang, tak payah hutang. Tidak berguna amal banyak, belajar agama, tapi hutang keliling pinggang. Hendak ditegaskan dekat sini bahawa hutang tetap hutang. Samaada halalkan atau tidak itu atas budi bicara orang yang memberi hutang, bukan orang yang berhutang.
Ada pula member seorang ini, suruh kawan TK itu buat kerja, setelah selesai buat kerja member tu kata mahal pula. Nasihat TK kepada mereka-mereka ini kalau malas hendak buat kerja tapi kedekut hendak bayar tak payah suruh orang lain buat tugasan itu. Ini benda dah selesai, tinggal hantar sahaja pun berkira hendak bayar…
Sekian daripada TK wallahua’lam….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsi idea murni anda di sini :)