"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Orang BERJAYA dan orang GAGAL..apa bezanya??

                Salam semua, apa khabar kalian hari ini? semoga sihat disamping keluarga. Bukan mahu cerita motivasi tapi ingin berkongsi pengalaman. Maklumlah kitakan mempunyai watak yang berbeza. Sudah tentu jalan ceritanya juga berbeza.

                Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w. dan ahli keluarganya semoga kita mendapat rahmat semasa hari perhitungan nanti. Ramai yang kata dekat TK kenapa perlu ulang ucapan selawat ini. TK hendak soal kepada kalian dalam sehari berapa kali kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Adakah wajar bagi seseorang yang hendak mohon dan meminta rahmat dari baginda s.a.w. tapi ucapan selawat kepadanya hanya sekali-sekala.

                Di sini buka TK hendak perbahaskan ucapan tersebut, tapi cerita tentang kehidupan kita di dunia. Agak-agak kalian berapa kali kita berjaya dan gagal dalam kehidupan. Semestinya tidak terkira. Bagi mereka yang selalu gagal mungkin boleh mengira bilangan mereka berjaya. Tapi cukup jarang sekali orang yang selalu berjaya mengira bilangan kegagalan mereka.


                Mangapa ini semua terjadi? jawapannya senang kerana itulah fitrah manusia. Kenikmatan adalah satu kepuasan bagi mereka yang belum merasainya. Kegagalan merupakan satu kepahitan kehidupan bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.

                Persoalannya berapakah tahap kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. bagi setiap kejayaan yang Allah s.w.t. berikan. Sudah pasti tidak setimpal kesyukuran itu jika dibandingkan dengan kenikmatan Allah s.w.t. TK pernah bertanya kepada seorang rakan TK tentang orang yang berjaya dan gagal.

                Ini antara ‘statement’ mereka.

“Orang yang berjaya tidak akan merasa puas dengan kejayaannya, mereka pasti hendak berjaya lagi. Manakala orang yang gagal akan terus gagal jika mereka tidak berani mengubah kehidupanya.”

“Orang berjaya itu ego jika mereka lupa untuk bersyukur, manakala orang yang gagal itu lemah jika tidak mengubah perihal kehipupan mereka.”

“Orang yang berjaya selalu sombong dengan kejayaannya, manakala orang yang gagal selalu bercakap bohong untuk menafikan kegagalannya.”

“Orang yang berjaya hidupnya tertekan untuk mengekalkan kejayaan mereka, manakala orang yang gagal hidup dalam tekanan dalam memikirkan bagaimana untuk berjaya.”

Begitulah antara komen-komen mereka bagi orang berjaya dan gagal. Kesimpulanya, jadilah orang berjaya yang memberi manfaat kepada orang disekelilingnya. Bagi mereka yang gagal sabarlah dan usahalah dalam mengubah strategi untuk berjaya. Semoga Allah s.w.t. merahmati kita semua. Amin. Wallahua’lam.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    isi entri ini byk betulnya..
    utk berjaya dn gagal adlh pilihn..
    dn kedua-duanya susah.. =)

    BalasPadam
  2. semoga kita redha dengan usaha yg kita lakukan... amin

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?