"Kurang-kurangkanlah daripada suka mengkritik orang, kerana kita kadang-kadang tidak sedar makhluk yang kita kritik diciptakan oleh ALLAH yang maha bijaksana, secara tidak langsung kita mengkritik ciptaan-NYA.Renungkan."

Kehidupan di KK1....

                Salam kepada rakan blogger sekalian. Alhamdulillah setelah lama mendiam diri akhirnya Allah s.w.t. beri lagi kesepatan dalam penulisan blog ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahlinya semoga kita peroleh rahmat daripada baginda di akhirat kelak.

                Alhamdulillah hari ini TK hendak ceritakan pengalaman TK di Kolej Kediaman 1 (KK1). Setelah hampir seminggu beralih tempat kediaman, akhirnya TK boleh juga serasi di tempat yang baru. Bukan bermakna selama ini tidak serasi, tapi belum serasi.

                Masuk ke KK1 macam-macam kawan-kawan kata. Maklumlah mereka kebanyakannya menyewa di rumah-rumah taman. Bagi yang duduk atau tinggal di KK1 ini diorang beranggapan hidupnya dikongkong, terkurung dan macam-macam lagi.


                Mungkin ada hikmahnya juga TK tinggal di KK1, dapat juga merasa surau penghawa dingin, bilik baru, katil baru, bantal baru dan keseluruhanya barulah. Tidaklah terkongkong sangat, kalau hendak keluar boleh je cuma ada ‘guard’ dekat pintu utama.

                Bagi TK semua ini berpunca dari perspektif dalaman kita yang mendengar dakyah-dakyah manusia yang tidak melakukan atau ada pengalaman tapi mereka hanya membuat andaian semata-mata. Diri yang merasa tidak sama dengan mata yang melihat. Mungkin sebelum ini kita lihat orang yang tinggal di KK1 ini seperti merpati di dalam sangkar. Tetapi setelah duduk di KK1 barulah kita boleh simpulkan kebaikan dan keburukannya. Antara kebaikannya:

-          Rumah dan peralatan bilik baru.
-          Tempat basuh baju yang selesa, tak la basuh baju dalam tandas.
-          Ada wifi yang laju, cuma kadang-kadang perlahan.
-          Keselamatan terjaga.
-          Tidak perlu berebut bilik air.
-          Surau dekat beserta penghawa dingin, memang selesa.
-          Dapat kenal rakan baru.
-          Dekat dengan tempat kuliah, jadi jimat masa.
-          Dekat dengan perpustakaan.
-          Dekat dengan tempat sukan, boleh riadah petang-petang.

Setiap kebaikan ada keburukannya. Antarnya ialah:

-          Bilik kecil dan sempit.
-          1 bilik kongsi 4 orang.
-          Tidak boleh bawa barang terlarang, seperti barang masak dan lain-lain.
-          Makanan kurang sedap di kafe.
-          Tidak mempunyai lif.

Secara kesimpulannya, hidup boleh dimana-mana cuma bergantung kepada kita dalam menilai kehidupan kita dibandingkan dengan persekitaran kita. Wallahua’lam.

3 ulasan:

  1. semalam aku nampak ko masak nasi dengan goreng telur kat dlm bilik.masak gne apa ek?hahaha

    BalasPadam
  2. eah bukan ko dah tahu ke...
    ada periuk

    BalasPadam

Kongsi idea murni anda di sini :)

Mahukan bantuan! Apa masalah paling susah diselesaikan?